Ganjaran Hadiah Dan Wang Tunai Untuk Anda.

Dapatkan hadiah-hadiah menarik & wang tunai di sini. Daftar Segera. Berbaloi! [Klik Di Sini]

Berminat nak dapatkan Galaxy W
? [KLIK DI SINI]

Anda ingin peluang memenangi MPV? [KLIK DI SINI]


Followers

Benarkah sokongan terhadap UMNO Perlis semakin berkurangan?

Cikgu Shida Ratu Lawak Facebook & YouTube



Anak Sapo Laaa Ni? Buat mereka yang selalu berkunjung ke laman Facebook dan youtube mesti familiar ngan nama Cikgu Shida yang tiba-tiba saja dah meletup dengan miming nye. Cikgu Shida telah membuatkan dirinya popular, selepas video miming beliau tersebar melalui facebook. Kini video tersebut, telah semakin tersebar luas melalui forum dan juga blog.

Cikgu Shida, merupakan seorang guru bahasa inggeris disebuah sekolah rendah di Perak dan berasal dari Parit. Tidak sampai sebulan saja, Cikgu Shida telah mempunyai peminat-peminatnya sendiri. Cikgu Shida juga telah mewujudkan satu pages di Facebook iaitu CikShidaDariParit's Fans yang sehingga kini telah mempunyai lebih dari 2000 peminat.

Cikgu Shida sudah berjaya membuatkan orang terhibur dengan gaya sengal udangnya. Mungkin ada orang yang tidak setuju dengan cara dia berkarya. Ada pihak yang menyokong, dan ada juga yang mengecam apabila melihat telatah Cikgu Shida di dalam videonya kerana telah memalukan bidang perguruan.

Bukan niat nak menyokong Cikgu Shida ni,  Tetapi kita perlu berfikiran positif, janganlah membunuh terus bakat yang dia ada walaupun bakat tu nampak hanya seperti sengal udang saja. :P Kita anggap saja ianya sekadar hiburan dimasa lapang Cikgu Shida. Sekurang kurangnya kita juga boleh terhibur dengan aksinya.

Kepada mereka yang masih belum lagi menonton gelagat Cikgu Shida, lihat video di bawah. Dan apa komen dari anda? :)


LET'S ENJOY...PEDULI APE ORG NAK KATE! YEAH!!!!!!

Paderi Lembut Hina Agama Islam.

Paderi Benjamin Si Bodoh
Seorang Paderi, Benjamin Stephen (gambar sebelah) di dalam sebuah video klip didapati menghina Islam dan Nabi Muhammad pada sebuah ceramahnya dipercayai di Kuching, Sarawak baru-baru ini. Paderi Benjamin Stephen yang hina Islam dipercayai merupakan seorang islam murtad yang berasal dari Pontianak, Indonesia dan merupakan pendakwah Kristian.

Video itu yang sebelum ini tersebar luas di internet dan Laman Facebook, sedang disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. Video ini yang menyesatkan lagi menghina ini akan disiasat oleh pihak berkuasa lain, dan pihak berkuasa berharap agar jika terdapat sebarang saksi dan responden lain sila turut membuat laporan mengenai video klip tersebut.

Antara dakwaan mengarut Paderi Benjamin Stephen itu ialah dimana beliau mengatakan bahawa Nabi Muhammad itu adalah seorang Pedophiliac apabila mengahwini isteri baginda, Aisyah. Beliau mengaku bahawa sebagai seorang melayu, beliau diminta menjauhi anjing kerana disebabkan malaikat dalam islam takut kepada anjing dan buta apabila malam.

Kepada sesiapa yang belum tengok lagi video tu, sila lihat video dibawah, Pasti menyirap darah bila lihat paderi tu hina gila-gila Al-Quran dan Rasulullah. Harap pihak Kementerian Dalam Negeri dan Polis jangan jadi bacul kali ini, Ambil tindakan segera, ini bukan lagi isu perkauman tapi ini isu kurang ajar dan hina agama Islam.


AC Mizal Dapat Gelaran Dato'?

Jenguk jenguk ja blog hiburan, kebanyakkan isunya pasal Ac Mizal dapat anugerah Dato'. Kalau nak diikutkan, orang yang dapat anugerah atau gelaran Dato' ni mesti orang yang ada sumbangannya. Bukan senang nak dapat gelaran ni, YB² yang dah lama berkhidmat pada rakyat pun masih ada yang belum menerima gelaran ni. 

Seperti yang kita sedia maklum, Sultan Pahang adalah sultan paling pemurah dalam memberikan darjat kebesaran bergelar Dato' ini. Tapi tertanya-tanya la jugak, apa la agaknya kriteria sehingga melayakkan AC Mizal menerima anugerah tu? Kalau tengok berdasarkan sumbangan²nya, macam tak ada apa² ja selain kerjayanya sebagai seorang artis. Apa sumbangan dia dalam industri dan untuk negara?

Kalau berfikir secara positif, mungkin jugak la anugerah itu diberikan kepadanya sebagai artis yang berjaya di dalam perniagaan. AC Mizal yang juga merupakan pengurusi AC Konsortium Sdn Bhd sudah berjaya dengan perniagaan gelangnya serta kejayaan²nya dalam membantu ramai orang menjadi kaya.

Apa-apa pun, tahniah dan syabas kepada AC Mizal kerana sudah bergelar Dato'. Semoga dengan gelaran Dato' ini akan menjadikan AC lebih berjaya.

UPDATE : Namewee Melarikan Diri Majlis Batal






Menurut laporan terkini dari rakan blogger Mr Gomo Perhimpunan di hadapan dewan perniagaan Cina baru sahaja bersurai atas arahan pihak Polis!

Namwee telah melarikan diri mengikut pintu pagar belakang dengan menaiki kereta yang mana gagal kami kesan sama sekali! Telah jelas sama sekali bahawa Namwee takut dan Bachol bila enggan berjumpa dengan kami Wira Perkasa dan NGO NGO lain serta pahlawan pahlawan Melayu yang hadir di situ.

Dalam dewan tadi juga terdapat bena yang tidak sepatutnya wujud dalam Pelancaran Album Namewee! Jelas disini Bahawa Namwee merupakan DAP babi dan layak di Bakar hidup hidup! Ini lah sifat Racist Namewee yang bachol dan penakut yang tahu Menyalak di Video dan media sahaja!

Di Akhir tadi Gomo menerima Laporan 1 orang Cina penyokong Namewee telah di tangkap pihak Polis kerana Dalam keadaan Mabok cuba mencetuskan Pergaduhan dengan beberapa orang Melayu di sana!

Ingatan Keras kepada semua Petualang dan Bangsat Bangsat yang cuba menghina Islam, Melayu dan Negara ini kami akan terus mencari anda sehingga ke Lubang Cacing! Lawan tetap Lawan!!!

Taniah dan syabas buat Gomo, Wira Wira PERKASA, NGO yang terlibat, dan anak melayu yang turut serta. HIDUP MELAYU!!!

UPDATE : Pergaduhan Hampir Tercetus Di Chiness chamber.






Wira PERKASA Malaysia Gegarkan Namewee Malam Ini.

Maklumat terbaru dari rakan blogger Gomo, malam ini di satu lokasi rahsia, "Wira² Perkasa Malaysia" dan disertai dengan Ngo Ngo Melayu yang lain sedang bersiap sedia bagi mengegarkan si Namewee jahanam yang akan membuat satu pelancaran Album Menghina Malaysia bertempat di Dewan Chiness Asembely Hall KL! Mereka akan berarak sebentar lagi. Ayuh kita beri sokongan padu buat "Wira² Perkasa Malaysia" dan beberapa NGO lain bagi menentang si jahanam ini.

Dr MAZA Menyeru Umno Supaya Tidak Menakutkan Orang Kampung.


Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyeru Umno supaya tidak menakut-nakutkan warga Pulau Pinang dengan dakwaan kerajaan negeri menipu berhubung sumber kewangannya bagi membiayai program membantu golongan miskin termasuk untuk masyarakat Islam.

"Sudahlah mereka miskin, kita persalahkan mereka. Saya nak sebut kepada rayat Pulau Pinang tak payah susah hati. (Umno) janganlah nak takutkan orang kampung, jangan kata doa tak makbul atau (fikiran) sudah benak sebab makan dari sumber haram.

"Sekiranya semua transaksi bantuan dipersoalkan sumbernya, tidak ada lagi wang yang bukan daripada sumber haram. Setiap duit yang kita terima itu tentulah pernah digunakan untuk kegiatan lain.

"Apa yang jadi pertikaian bukanlah duit contohnya RM50 daripada hasil judi itu, tapi nilainya. Apabila diterima, nilainya adalah sumbangan daripada hasil judi, tapi bila ia disalurkan kepada orang miskin, nilainya adalah bantuan," katanya.

Sebaliknya, Dr Mohd Asri berkata, perkara yang perlu dipertikaikan dalam isu pemberian bantuan orang miskin daripada hasil judi ialah promosi kepada syarikat judi yang menghulurkan sumbangan kepada kerajaan.

Katanya, keadaan itu boleh dilihat melalui liputan melalui media yang memperbesar-besarkan sumbangan yang diberikan oleh syarikat judi kepada kerajaan.

Cukai satu hukuman

"Kita tanggung dosa bila biarkan aktiviti judi atau lakukan tindakan seakan-akan memuliakan judi, sedangkan aktiviti seperti itu sepatutnya direndah-rendahkan.

"Promosi seperti itu juga seperti memberi galakan kepada perjudian. Saya pernah tengok (laporan) di majlis penyampaian sumbangan, ada ahli politik yang naik ke pentas terima cek besar daripada syarikat judi ini.

"Sepatutnya sumbangan ini diberikan senyap-senyap, tidak mengapa," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Tambahnya, cukai yang dikutip daripada syarikat judi sebagai hasil kerajaan juga tidak semestinya menerima nilai judi itu sendiri.

"Sedikit sebayak, cukai yang dikenakan ke atas syarikat itu juga adalah satu bentuk hukuman kepada mereka," katanya lagi.

Dr Mohd Asri juga berkata para ulama pula kini masih berbeza pandangan sama ada hasil daripada riba yang diperolehi kerajaan adalah halal atau haram.

"Setahu saya tidak ada. Pada masa saya (jadi mufti) tidak pernah ada mesyuarat (Majlis Fatwa Kebangsaan) untuk putuskan perkara ini," katanya lagi ketika ditanya.

Nabi terima hadiah Yahudi

Tambahnya, pandangan seperti yang dikemukakan ulama terkenal antarabangsa Dr Yusuf al-Qardhawi pula menyebut, hasil daripada riba seperti perjudian itu boleh digunakan untuk membantu orang miskin memandangkan nilai yang diberikan itu atas nama sumbangan.

"Bukannya ia diberikan atas nama hasil judi. Contohnya ada kawan hendak belanja kita kerana dia menang judi, tidak boleh kerana itu meraikan judi.

"Tapi kalau orang bukan Islam sekalipun belanja kita makan dan beri kita ang pau, tidak mengapa kerana dia hendak belanja," tambahnya.

Katanya lagi, Nabi Muhammad sendiri pernah menerima hadiah daripada orang Yahudi dan juga daripada pemerintah Rom.

"Buktinya, memang tidak salah jika hendak mengambil apa yang hak kita. Nabi mengambil hadiah daripada orang Yahudi walaupun nabi tahu orang Yahudi menjalankan kegiatan (ekonomi) riba dan pemerintah Rom terlibat dengan kezaliman," katanya.

Jelasnya, baginda tidak menerima nilai riba atau kezaliman tersebut tetapi nilai sumbangan berkenaan.M/kini

PILIHANRAYA KECIL LAGI : ADUN Galas meninggal dunia

Al-Fatihah buat ADUN Galas YB Che Hashim yang telah kembali ke rahmatullah. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT. Allahyarham Che Hashim yang menghidap kanser usus meninggal dunia di Pusat Perubatan Kg Baru di sini petang ini. Perkara itu disahkan oleh naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menerusi twitternya sebentar tadi.
 
Beliau disahkan menghidap penyakit tersebut sejak Mei tahun lalu selepas batuk mengeluarkan darah. Susulan itu beliau menjalani pembedahan di The First People's Hospital Fu San, Beijing selepas menerima rawatan di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur selama tiga bulan.

Pada pilihanraya umum ke 12 yang lepas, PAS memenangi kerusi DUN N45 Galas dengan majoriti kecil iaitu 646 dimana Calon Pas YB Chek Hashim Selema mengalahkan Calon BN iaitu En Mohamad Saufi Deraman, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang (pada masa itu) yang juga penyandang bagi kawasan berkenaan. 

* Al-fatihah semuga ALLAH mencucuri rahmat keatas rohnya.. Amin.

" ...jika semua parti buang saya, nampaknya saya kena pencenlah daripada politik"- ZAID IBRAHIM

KUALA LUMPUR 26 SEPT: PENGERUSI PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR) WILAYAH PERSEKUTUAN, DATUK ZAID IBRAHIM YANG BERTANDING KERUSI TIMBALAN PRESIDEN PARTI, MENGANGGAP CARA BELIAU BERPOLITIK TIDAK BOLEH DIUBAH.

Beliau berkata demikian pada satu wawancara bersama Mingguan Malaysia - akhbar mingguan terbitan Kumpulan Utusan.
"Saya tidak boleh tukar perangai saya dan selepas ini jika semua parti buang saya, nampaknya saya kena pencenlah daripada politik.

"Saya tidak akan menukar pendirian saya dan berharap ia tidak perlu menjadi satu isu," katanya dipetik akhbar berkenaan kepada satu soalan.

Pada soalan wawancara yang sama, beliau juga mengaku mengamalkan pendekatan 'selalu melawan' sejak berada dalam Umno selama 25 tahun dan tidak bercadang mengubahnya.

"Saya berpolitik saya buatlah apa yang saya kata, itu saja," katanya lagi pada wawancara bertajuk 'Jangan Halang Saya Bertanding'.

Zaid juga percaya Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding kerusi presiden parti walaupun Ketua Pembangkang itu sudah menyatakan untuk tidak menerima sebarang pencalonan bagi sebarang jawatan.

Beliau juga mengkritik amalan mewujudkan kumpulan ertentu pada saingan pemilihan PKR dalam akhbar kawalan Umno-Barisan Nasional (BN) itu, walaupun Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR itu tidak pasti dengan kewujudan mereka.

"Saya sebenarnya tidak tahu secara sahih, ia hanya percakapan orang," katanya yang setakat tidak menerima sebarang sokongan terbuka dari pimpinan PKR.

Zaid turut mendedahkan beberapa kelemahan dalam PKR, selain memberi penjelasan sebab beliau bertanding jawatan timbalan presiden parti tetapi ia tidak pula menyentuh kenyataannya sebelum ini yang menyatakan untuk tidak bertanding sebarang jawatan.

Bagaimanapun, beliau mengakui dirinya 'gila' jika disamakan dengan Tun Ghafar Baba apabila menjawab mengenai kenyataannya yang mengaitkan bekas timbalan perdana menteri itu.

Wawancara itu disiar pada halaman sama dengan artikel tulisan seorang pengarang Utusan Malaysia yang mengkritik tindakan Nurul Izzah Anwar bertanding jawatan naib presiden parti.


Sumber Camar Putih

Peguam Bela Suspek Pembunuh Sosilawati Adalah Bekas Pelakon Filem Lucah?

Menurut sumber dari wikipedia D.P Vinjandran merupakan bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Malaysia. Beliau merupakan peguam yang terkenal dan menjadi ahli politik dari parti MIC. Nama beliau menghilang selepas dibabitkan dengan Pita video Lucah Vijandran pada 1988. Beberapa tokoh politik termasuk M.G Pandhithan yang juga bekas Naib Presiden MIC mendesak beliau meletakkan jawatan. Pilihan Raya Umum Malaysia 1990 diadakan tanpa nama beliau. Nama beliau muncul semula selepas menjadi peguam bela suspek kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya.

Pita video lucah Vijandran muncul setelah rumah D.P Vinjandran dimasuki pencuri pada 8 Ogos 1988 . Pencuri tersebut telah mencuri 11 pita video dipercayai aksi lucah D.P Vijandran yang tersimpan dalam sebuah peti besi . Ibu dan anak saudaranya yang berada di dalam rumah itu turut diugut. Dua bulan kemudian, Datuk Megat Junid Megat Ayub selaku Timbalan Menteri Dalam Negeri mengumumkan bahawa 4 orang lelaki telah ditahan dan sedang disiasat oleh pihak polis PDRM kerana memiliki pita video tersebut.

Pada 6 Disember 1989 , Karpal Singh seorang peguam dan ahli parlimen Jelutong, Pulau Pinang telah membangkitkan isu pita video lucah tersebut. Pada 11 Disember 1989 beliau menamakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, D.P Vijandran sebagai lelaki dalam video tersebut. D.P Vijandran segera menafikan hal itu dan menutup suis pembesar suara Karpal Singh dan mengarahkan Karpal Singh keluar dari Dewan Rakyat. Tetapi Karpal Singh terus membuat dakwaan di luar parlimen dan mendesak V.P Vijandran meletak jawatan. Lalu D.P Vijandran membuat saman malu terhadapnya.

M.G Pandhithan yang juga bekas Naib Presiden MIC ketika itu menyatakan tokoh tertentu jelas terbabit dan D.P Vijandran harus meletakkan jawatan.. Datin Paduka Hajah Rahmah Osman selaku Ketua Pergerakan Wanita Semangat 46 mahu D.P Vijandran meletakkan jawatan sebagaimana pemimpin politik Jepun meletakkan jawatan apabila terbabit dengan skandal membabitkan geisha dan skandal penyelewengan dana parti politik.

Suspek Utama Kes Sosilawati Dakwa Ditumbuk, Mahu Buat Aduan.

Suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, mendakwa polis menumbuk, menendang dan memaksa menandatangani dokumen tanpa kerelaan.

Tiga peguam yang mewakili suspek dan adiknya, kedua-duanya juga peguam berjaya menemui klien mereka untuk pertama kali di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur Khamis lalu. Mereka sampai pada jam 3 petang ditemani isteri suspek yang mendapat kebenaran bertemu suami mereka.

Peguam DP Vijandran dan Ravi Nekoo memberitahu media, suspek berusia 41 tahun itu mendakwa dikasari polis selepas mereka bertemu selama 30 minit. "Suspek mendakwa dipukul dengan getah paip, ditumbuk di muka dan ditendang sehingga memudaratkan tulang belakang," kata Vijandran, menambah suspek belum menerima bantuan perubatan berikutan kecederaannya.

Suspek utama itu juga mendakwa dipaksa menandatangani dokumen tanpa kerelaannya. Vijandran berkata, mereka akan membuat laporan polis mengenai hal itu esok. "Klien saya mendakwa mereka tidak terlibat langsung (dengan pembunuhan itu) mereka disiasat dan tidak bersalah. "Bagaimanapun, mereka bersedia memberi sepenuh kerjasama kepada polis tetapi berharap dilayan dengan lebih adil pada masa yang sama," kata Vijandran.

Sementara itu, isteri suspek menemui suami mereka selama 10 minit dalam pengawasan ketat pihak polis. "Mereka tidak dibenarkan dekat dengan satu sama lain. Isteri-isteri mereka amat tenang sepanjang pertemuan," tambahnya. -tvs

* BANGSAT TAK KAN POLIS NAK BAGI NASI BERIANI KAT PENJENAYAH MASA DISIASAT! Siasat dengan mulut mana boleh jadi. Baru kena siasat dah macam macam.. Memang Dasar La Si Bangsat Ni..

Kes Sosilawati : Isteri jutawan India dedah rakaman perbualan telefon dengan suspek

S. Usharani, 27, isteri kepada jutawan dari India yang hilang, Allal Kanthan Muthuraja, 35, hari ini mendedahkan satu rakaman perbualan telefon antara beliau dengan seorang peguam yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.
Usharani memperdengarkan perbualan selama kira-kira dua minit yang dirakam menggunakan telefon bimbitnya dengan peguam terbabit yang merupakan suspek utama dalam kes pembunuhan itu pada sidang media di pejabat Anggota Parlimen Kapar, S. Manikavasagam di Kapar di sini.
S. Usharani
Rakaman melalui perbualan telefon bimbit jenis Nokia yang berlangsung dalam bahasa Tamil dan diterjemahkan oleh peguam Y. Murugan itu berkisar mengenai pertanyaan Usharani kepada suspek berkenaan keadaan suaminya, Allal.

Usharani berkata, dalam perbualan pada 28 Januari itu, suspek mendakwa dia berada di Thailand dan hanya akan memberitahu beliau mengenai keadaan suaminya sebaik suspek balik dari negara itu. Turut dimainkan ialah rakaman perbualan telefon antara Usharani dengan seorang lelaki yang mendakwa dia adalah pegawai polis dari Bukit Aman bernama ASP Suresh.

"ASP Suresh meminta saya wang bernilai RM1 juta untuk menyelamatkan suami saya kerana mendakwa ditangkap atas kesalahan penyeludupan dadah jenis ketamin di negara ini,” kata Usharani melalui terjemahan oleh Murugan. Selain itu, beliau yang baru tiba dari Chennai, India semalam berkata, beliau turut menerima satu lagi panggilan telefon daripada seorang lelaki yang mendakwa dia adalah Inspektor Muru dari Bukit Aman dengan tujuan yang sama iaitu untuk meminta wang daripadanya. – Bernama

Datuk Seri Shafie Apdal Kahwin Dengan Artist?




Kali ini cerita mengenai artist pulak, Pertama sekali kita kena take note yang ini hanya gosip sahaja ok. Sama ada ianya sahih atau tak, kena tunggu tuan empunya diri keluarkan kenyataan kepada umum. Yang menariknya gosip ini melibatkan seorang menteri dengan artist. Sama seperti sahabat blogger Jelapang, nak berceritakan pasal artist ni tak la berminat sangat, tapi apabila gosip ini melibatkan ahli politik terutamanya Menteri, nampak macam menarik juga.

Gosip angin sepoi-sepoi bahasa ini, menyatakan yang Datuk Shafie Apdal dah berkahwin dengan Zahida Rafik sebelum bulan puasa hari tue. Khabarnya perkahwinan tersebut pula dibuat di London dan dilakukan secara tertutup. Gosip yang tengah panas di blog blog hiburan  mengenai cerita Datuk Seri Shafie Apdal dan Zahida Rafik ni dah tersebar sebelum Ramadan lagi.


Kalau betullah dah berkahwin, tahniah kami ucapkan kepada Datuk Seri Shafie Apdal dan Zahida Rafik. Semoga kekal bahagia. Kalau tak betul minta maaf, mungkin hanya sekadar gosip.

Teringat balik kisah Bung Mokhtar yang lebih kurang cerita dia macam ni juga. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh juga ke tanah. Akhirnya ngaku jugak walaupun sebelum ini, menafikan tiada hubungan.

Unit Penyelam Temui Gelang Disyakki Milik Datuk Sosilawati


Unit penyelam Pasukan Gerakan Marin hari ini menemui satu objek seakan-akan gelang emas dalam operasi mencari bahan bukti kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain di kawasan kunci air Kampung Sungai Lang di sini, hari ini.

Empat penyelam memulakan operasi pada 3.20 petang di kawasan kunci air itu yang terletak berhampiran pasar awam pekan tersebut dan operasi ditamatkan pada 5.05 petang tadi. Turut berada di kawasan operasi menyelam itu ialah suspek utama kes pembunuhan empat individu itu. Suspek, yang juga seorang peguam berumur 41 tahun, turut disiasat berhubung kes seorang lelaki ahli perniagaan warga India yang dikatakan hilang di Banting sejak awal tahun ini.

Kawasan operasi menyelam itu menjadi tumpuan orang ramai petang tadi dan mereka sanggup menunggu walaupun hujan turun pada masa itu bagi melihat sendiri bagaimana pasukan polis menjalankan tugas mereka.

Sementara itu, pada jam 3.00 petang tadi, kira-kira 15 petugas Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor tiba di ladang ternakan milik suspek utama kes pembunuhan Sosilawati di Ladang Gadong, Tanjung Sepat.

Mereka tiba dengan tiga kenderaan pacuan empat roda dan lori satu tan di ladang itu yang dipercayai lokasi di mana Sosilawati dan tiga yang lain dibunuh dan dibakar. Kakitangan jabatan itu menghabiskan masa hampir satu jam 45 minit untuk menangkap empat lembu dan lapan kambing termasuk biri-biri yang berada di dalam ladang itu dan memuatkan haiwan tersebut ke dalam lori sebelum beredar daripada lokasi berkenaan.

Bagaimanapun, mereka enggan mengulas lanjut mengenai operasi tersebut ketika diminta oleh pihak media.

Sumber Bernama

Adik Nik Aziz akui terima cek bernilai RM4 billion

Banyak tu. Kantong PAS sudah buncit dan pastinya tidak akan kering.

Apa tidaknya. Sebuah syarikat tempatan mengumumkan sumbangan RM4 bilion kepada PAS Kelantan kelmarin.

Ia dibuat atas alasan untuk membantu kerajaan negeri membangunkan prasarana beberapa jajahan yang mundur di negeri ini.

Pengerusi Eksekutif I'DA World Group Sdn Bhd (I'DA World), Abdul Rahim Abdul Wahab (gambar kiri), menjelaskan sumbangan itu bukan membalas ganjaran diberikan Kerajaan Kelantan kepada syarikat itu membangunkan projek di Tumpat, Kelantan, yang bernilai lebih RM300 bilion.

Sumbangan I'DA World ini tidak ada kena mengena dengan projek diperoleh syarikat daripada kerajaan negeri yang bernilai lebih RM300 bilion.

Ia lebih kepada membantu membangunkan beberapa jajahan di negeri ini seperti pekan Rantau Panjang, yang kelihatan mundur dan memerlukan bantuan untuk pembangunan, katanya.
Beliau memberitahu pemberita selepas majlis pelancaran projek dan makan malam I'DA World yang dihadiri lebih 200 tetamu di Hotel Renaissance di Kota Bharu, malam kelmarin.

Bagaimanapun, tiada kenamaan selaku wakil kerajaan negeri hadir pada majlis itu.

Sempena majlis itu, I'DA World turut menyampaikan surat pelantikan kepada lebih 100 kontraktor yang dipilih untuk melaksanakan dengan projek yang dibangunkan firma terbabit.

Sejurus penyampaian surat pelantikan kontraktor itu selesai, Abdul Rahim membuat kejutan apabila mempamerkan replika cek memaparkan nilai RM4 bilion atas nama Parti Islam Se-Malaysia (PAS) selepas pengacara majlis membuat pengumuman mengenai sumbangan firma itu kepada Kerajaan Pas Kelantan.

Berdasarkan taklimat yang disampaikan pada majlis itu, I'DA World dengan modal berbayar RM1 juta mendakwa mempunyai aset lebih AS$2 trilion.

Firma itu bercadang membangunkan Projek Super Mega Seri Tujuh (S7) di Tumpat, dengan anggaran kos pembangunan RM313.71 bilion, selain beberapa projek membabitkan empat negeri iaitu Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan membabitkan kos keseluruhannya RM1 trilion.

Antara projek yang mahu dilaksanakan termasuk pembinaan lebuh raya Link Timur-Barat (EWL) yang turut dilengkapi dengan saluran minyak dari Tumpat ke Yan, Kedah; landasan kereta api berkembar dan beberapa terowong pintas melalui Banjaran Titiwangsa.

Sumber blog Kijang Jantan

* 4 billion bukannya sikit. Makan tak habis la lepas ni..

Virus Malware Tetamu Tak Diundang Menyerang Blogger

Beberapa portal berita di Malaysia termasuk The Malaysian Insider dan Malaysia Kini dipenuhi amaran malware - perisian yang boleh merosakkan komputer daripada pengendali web pencarian gergasi, Google.
Malware itu dikatakan berasal dari 'Innity' sebuah syarikat jaringan pengiklanan online. Google kini menghalang pengguna dari memasuki lebih 600 laman web setelah Innity mula menyiarkan iklan yang menghubungkan kepada laman web yang dicemari malware berbahaya.

Hari ini saja, beberapa laman seperti The Star, The Malaysian Insider, Malaysia Kini, Berita Harian dan My Sinchew turut terjejas. Malah banyak blog pro kerajaan seperti Pisau.net, Minda Intelek Melayu dan juga blog Bumiyang.blogspot tak dapat dibuka. Begitu juga blog pemimpin terkenal seperti CheDet.cc.
Mengikut laporan 'Google Safe Browsing', Innity telah menjadi hos untuk perisian berbahaya yang disebarkan ke laman web yang menyiarkan iklannya.

Pemilik laman web yang terlibat dinasihatkan membuang semua kod dan iklan dari Innity sehingga ia menyelesaikan masalah ini. Untuk langkah keselamatan, buang semua link iklan atau blog dan portal yang mempunyai jangkitan Malware ini untuk sementara waktu.

Innity dalam laman webnya mendakwa jaringan pengiklanannya melayan lebih 2.1 billion iklan dan mempunyai lebih 29 juta pengguna sebulan termasuk 250 laman web terkenal di Malaysia, Singapura, dan negara Asia Tenggara yang lain. Google telah mengesan ancaman itu pada 19 September dan ia meliputi pelayar internet terkenal termasuk milikan Google sendiri iaitu Chrome, Mozilla Firefox, Internet Explorer dan Safari yang digunakan pengguna Apple. Malware merupakan perisian yang direka bentuk untuk memasuki ke dalam sistem komputer dan menyebabkan resiko kerosakan komputer tanpa disedari oleh pengguna.
Nama Malware wujud daripada gabungan ‘malicious’ yang membawa maksud niat jahat dan ‘software’ pula bermaksud perisian. Perisian ini dicipta oleh individu yang mempunyai kepakaran berkenaan kod program pelbagai perisian. Tujuan golongan ini ialah untuk mengganggu, mengancam dan menimbulkan masalah kepada pengguna komputer.

Pada masa ini Malware diwujudkan untuk tujuan mengaut keuntungan. Bukan saja untuk mengganggu sistem komputer tetapi ia juga digunakan untuk mencuri data, identiti, wang serta maklumat pengguna, semata-mata bagi mengaut keuntungan yang berlipat ganda oleh penjenayah siber.

Serangan malware termasuklah terhadap kebanyakan blog yang ada diantaranya terus tidak dapat diakses kecuali mereka yang mengambil risiko mengabaikan arahan daripada melayari blog-blog berkenaan. Beberapa template tertentu dikesani mudah untuk berkompromi dengan malware ini.Bagi yang telah terkena jangkitan malware ini pastikan anda membersihkan "cookies" daripada browser-browser anda.

Pastikan portal dan blog anda TIDAK memasang iklan daripada Innity dan manggaonline. Bagi iklan pop-up dari widgeo.net yang mengganggu pelayaran blog, buang widget yang memaparkan data pengunjung. Sekalipun cantik dan maklumatnya bermakna, tetapi iklan popup yang diterbitkan terlalu menganggu sehinggakan pengunjung boleh menjadi bosan kerananya. Semua malware akan menyebabkan sistem komputer bertambah lambat seperti penyambungan Internet dan juga masa untuk sistem ‘boot’ menjalankan operasinya.


Sumber blog Media Permatang Pauh

*Nah blog ni pun dah kena???

Rakan Sosilawati ditemui mati

BUKIT MERTAJAM 18 Sept. - Pengasas produk kecantikan Aveer, Sarina Jaafar yang juga kenalan rapat jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya ditemui mati di rumahnya di Taman Pauh Jaya di sini hari ini.
Pemilik syarikat SBJ Aveer Services Sdn. Bhd. berusia 45 tahun itu ditemui tergantung di biliknya kira-kira pukul 8.30 pagi oleh anak bongsunya yang berusia 16 tahun.

Polis setakat ini mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut.

Anak sulung Sarina, Mohd. Azrul Affendi Zakaria, 24, yang dihubungi memberitahu, berita kematian ibunya mengejutkan seluruh ahli keluarga kerana arwah tidak menunjukkan perubahan sikap kebelakangan ini. Mohd. Azrul berkata, kejadian berlaku ketika dia berada di Kuala Lumpur dan kali terakhir dia menemui Sarina ialah pada petang semalam dan sempat menasihati ibunya supaya berhati-hati dalam perniagaan ekoran banyak berlaku kes pembunuhan kebelakangan ini.

"Ibu beberapa kali turut menyuarakan rasa terkilan dan sedih berhubung kejadian yang menimpa Datuk Sosilawati kerana ibu rapat dengannya," kata Mohd. Azrul. Menurutnya, kejadian tersebut sangat menyedihkan keluarganya tambahan lagi ia berlaku ketika mereka sedang memulakan persiapan bagi majlis perkahwinannya yang dijadualkan Januari nanti. "Saya telefon ibu pagi tadi tetapi tidak diangkat sehinggalah diberitahu mengenai kejadian ini," katanya. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Supritendan Mohan Singh Tara Sigh yang dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes tersebut setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Katanya, mayat Sarina ditemui mati di rumahnya kira-kira pukul 8.30 pagi dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini untuk bedah siasat. "Polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut dan kita harap semua pihak tidak membuat spekulasi walaupun mangsa dikatakan kenalan rapat Datuk Sosilawati," katanya.

Sumber Utusan Malaysia 

M. Rajoli meninggal dunia

Al Fatihah buat M Rajoli atau nama sebenar beliau Haji Mohd Rajoli Bin Mohamed Zain yang telah kembali ke rahmatullah akibat barah otak pada jam 10.45 malam tadi.

M Rajoli merupakan seorang pelakon veteran dari era lewat 70-an dan cukup dikenali dengan lakonannya yang begitu verstail dan bersahaja.

Sewaktu dimasukkan ke hospital tersebut, pelakon itu sudah didapati semakin tenat dan diberi alat bantuan pernafasan kerana masalah yang dihadapinya itu.
Allahyarham telah mengidap penyakit barah otak sejak 4 tahun lalu dan pernah menjalani beberapa pembedahan sebelum ini dan sering kali keluar masuk hospital. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat, Kuala Lumpur sebelum solat zuhur, hari ini (Sabtu).

Al Fatihah kepada Allahyarham M Rajoli.

Murugiah buat laporan polis kaitkannya dengan suspek utama kes Sosilawati

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T. Murugiah hari ini membuat laporan polis berhubung satu khidmat pesanan ringkas (SMS) yang beliau terima mengaitkannya dengan suspek utama pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya.

Beliau berkata laporan itu dibuat di Balai Polis Pekan Baru, Ipoh berikutan SMS yang dihantar melalui telefon bimbit yang berbaur fitnah.

"SMS ini adalah fitnah terhadap saya yang sengaja mengaitkan saya 
dengan suspek utama pembunuhan kejam Sosilawati di mana SMS berkenaan tidak  benar sama sekali," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini. Beliau berkata antara kandungan SMS itu berbunyi :"peguam yang kena tuduh dalam kes Sosilawati bercadang sertai MIC kata Murugiah yang juga kawan  baik beliau. Peguam ini juga adalah salah seorang penasihat Timbalan Menteri berkenaan dalam kes ROS (Pendaftar Pertubuhan). Murugiah adalah rakan kongsi peguam dalam perniagaan di mana Murugiah dapat RM3 juta dalam urusan itu".

Murugiah berkata suspek tersebut bukan peguam yang mengendalikan kes ROS
seperti yang dinyatakan dan SMS itu sengaja dihantar bagi menjejaskan imej dan kedudukannya dalam politik dan sebagai Timbalan Menteri.

"Saya yakin SMS berkenaan kemungkinan dihantar oleh orang yang mempunyai
kepentingan politik dan mendapat manfaat sekiranya karier politik saya dibunuh.

"Perkara ini amat serius bukan sahaja ia SMS fitnah terhadap saya tetapi
juga penyebarannya boleh menjejaskan penyiasatan kes Sosilawati yang merupakan kes berprofil tinggi," katanya.

Sebelum ini Murugiah ketika menziarahi keluarga Sosilawati mendedahkan
pernah bertemu dengan suspek utama pembunuhan tersebut, iaitu peguam bergelar Datuk itu dalam satu majlis penyampaian sumbangan hari raya di Banting, Selangor pada 8 September lalu.

Pada majlis itu suspek turut menyatakan hasratnya kepada Murugiah untuk
menyertai MIC.

Sementara itu Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Ibrahim Abu Bakar
ketika dihubungi mengesahkan bahawa pihaknya ada menerima laporan berkenaan daripada Murugiah.

Beliau berkata setiausaha Timbalan Menteri berkenaan membuat laporan di
Balai Polis Pekan Baru 10 pagi tadi.

"SMS berkenaan diterima ketika Timbalan Menteri itu menghadiri satu program
di Teluk Intan (Perak) semalam," katanya.

Selain itu, menurutnya satu laporan polis berkaitan perkara itu turut dibuat
oleh setiausaha beliau di Ibu Pejabat Polis Daerah Teluk Intan semalam.

Sumber BERNAMA

PERLUKAH PERKASA DISOKONG?

PERKASA adalah salah satu pertubuhan atau NGO yang mendapat sokongan padu dari Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan ramai lagi pemimpin pemimpin dan pejuang pejuang melayu, pun begitu terdapat juga pemimpin pemimpin dan pejuang pejuang melayu menolaknya atas beberapa alasan yang boleh diterima pakai.

Apa pendapat anda pula terhadap keujudan PERKASA, mestikah PERKASA disokong oleh semua bangsa melayu atau sebaliknya, komen anda bererti nada melayu anda!!!

* Bincang mengenai PERKASA di sini.
            SILA KLIK DI SINI

SELAMAT HARI MALAYSIA 16 September

Selamat Hari Malaysia kepada semua warga Malaysia. Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Hari Malaysia ialah menandakan penyertaan bersama Malaya (Semenanjung Malaysia), Borneo Utara (Sabah) , Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia pada tahun16 September 1963. Sempena detik bersejarah ini juga, marilah kita bersama-sama menghayati pengorbanan negarawan yang pernah memperjuangkan kemerdekaan tanah air kita. Semoga negara tercinta akan terus aman makmur dan berkembang maju.

*Selamat hari Ulang Tahun juga buat Anwar Ibrahim sempena 2 tahun Anwar Ibrahim mengangkat sumpah di hadapan potret yang dipertuan agong menjadi perdana menteri Malaysia yang ke 6. :)

Pembunuhan kejam Sosilawati: Pemuda kerat mangsa diburu

BANTING: Polis kini sedang memburu seorang pemuda berusia 19 tahun yang dikatakan bertanggungjawab mengerat mayat Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain sebelum mereka dibakar.

Mangsa dikatakan dibunuh selepas berselisih faham berhubung pinjaman sejumlah wang dengan suspek utama, seorang peguam bergelar Datuk.

Dalam perkembangan berkaitan, polis berjaya menahan seorang lagi suspek, dipercayai bekas pengawal peribadi kepada Datuk berkenaan.
ANGGOTA polis dari unit forensik mendulang serpihan tulang dan bahan bukti yang dibuang ke dalam Sungai Panchau oleh suspek pembunuhan Sosilawati dan tiga individu lain dekat Tanjung Sepat, semalam.

Lelaki itu ditahan tidak jauh dari lokasi semua mangsa dibunuh dan dibakar di Ladang Gadong, Tanjung Sepat dekat sini, kira-kira jam 11 pagi, kelmarin.

Penahanan lelaki itu menjadikan setakat ini sembilan orang ditahan untuk membantu siasatan kes bunuh Sosilawati dan tiga individu lain, sejak Khamis minggu lalu.
Berikutan penahanan terbaru itu, polis kini memburu beberapa lagi suspek termasuk seorang lelaki berusia 45 tahun yang juga pekerja kepada Datuk berkenaan.

Setakat ini, selain suspek utama yang juga seorang ahli perniagaan berusia 41 tahun, polis turut menahan adiknya, juga seorang peguam berusia 38 tahun dan enam individu lain, termasuk dua wanita.

Sementara itu, kira-kira jam 5.30 petang semalam, Unit Forensik Polis yang meneruskan operasi mencari bahan bukti di Sungai Panchau di sini, menemui beberapa lagi sisa tulang.

Mereka terpaksa menggunakan teknik mendulang berikutan dasar sungai itu yang dikatakan berlumpur.

Sumber Berita Harian

Datuk Sosilawati dan tiga pembantunya dipukul dan dibakar dengan tahi lembu.

Inikah lokasi  Sosilawati dan tiga rakannya dibunuh dan dibakar?
Lagi maklumat sahih yang di terima, semua mangsa dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, dan tiga pembantunya lain pada mulanya dipukul dengan kayu kriket dan senjata tumpul lain dengan tujuan melemahkan mereka sebelum tangan diikat menggunakan dawai.

Mangsa yang dalam keadaan lemah itu dikatakan dibunuh seorang demi seorang oleh seorang daripada lapan lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan polis berhubung kes kehilangan empat mangsa itu.

Mereka juga telah dilumur dengan tahi lembu ditubuh mereka sebelum semua mangsa dibakar bagi menghilangkan bukti kes pembunuhan kejam terbabit. Tahi lembu boleh digunakan untuk membakar sesuatu dengan pantas, dalam 30 minit saja benda yang dibakar menggunakan tahi lembu boleh terus jadi abu sebelum dibuang ke dalam sungai.

*Walau sehebat mana pun tahi lembu yang tidak boleh meninggalkan kesan, rasanya PDRM lebih hebat daripada itu, 

Datuk Sosilawati dan 3 individu lain disembelih?

Pendedahan terbaru berhubung kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati Lawiya, dan 3 yang lain lebih menyentap perasaan apabila hasil siasatan tidak menolak kemungkinan kesemua mangsa disembelih menggunakan senjata tajam.
Anggota pasukan penyelam polis mencari bukti kes pembunuhan Datuk Sosilawati

Menurut sumber yang rapat dan boleh dipercayai, berdasarkan siasatan dilakukan, mangsa disembelih sebelum dibakar oleh suspek suspek terbabit hingga menjadi debu.

Hasil maklumat dikumpul setakat ini, polis mendapati pembunuhan itu adalah tindakan jenayah sadis yang dirancang dengan begitu rapi. Polis turut percaya, abu dan sisa tulang semua mangsa yang dibakar terbabit bukan hanya dibuang di dalam Sungai Panchau, malah turut dibuang ke dalam beberapa parit kecil berhampiran yang arusnya mengalir ke laut,” katanya.

 Sedih bila fikirkan bagaimana keadaan mereka pada masa itu. Hanya mangsa sahaja yang tahu azab yang mereka lalui ketika itu. Lebih mennyedihkan apabila semua mangsa seolah-olah dilayan seperti binatang tanpa perikemanusiaan.

Polis geledah firma guaman milik peguam bergelar Datuk

Suspek dibawa ke lokasi senjata dibuang
BANTING: Polis hari ini menggeledah pejabat firma guaman milik peguam bergelar Datuk di sini bagi mencari bukti penglibatannya dengan kes penipuan hingga membawa kepada pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.

Sepasukan polis dilihat tiba di pekarangan firma guaman, yang terletak di Jalan Kemboja 33, Off Jalan Sultan Alam Shah di sini kira-kira jam 10.45 pagi, namun beredar lima minit kemudian apabila gagal membuka pintu pejabat berikutan kunci yang tidak sesuai.

Polis kemudiannya dilihat kembali ke firma itu kira-kira 30 minit kemudian bersama seorang lelaki, yang berpakaian lokap warna ungu, dipercayai peguam bergelar Datuk itu. 
Peguam berumur 41 tahun itu adalah seorang daripada lapan suspek yang ditahan bagi membantu siasatan pembunuhan kejam Sosilawati, 47, bersama pemandunya, Kamarudin Shansuddin, 44, pegawai CIMB Bank Cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38,dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Selepas lebih satu jam berada di firma milik suspek, polis dilihat membawa keluar peralatan seperti CPU dan beberapa dokumen sebelum membawa keluar suspek dari pejabat itu kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Laporan sebelum ini menyebut, firma guaman berkenaan adalah lokasi terakhir semua mangsa dilihat sebelum dibunuh dan dibakar di ladang milik suspek, dan abunya dibuang ke sungai berhampiran.

Firma itu difahamkan menjadi lokasi urus niaga suspek dan mangsa. - Bernama

* Macam mana boleh SALAH bawa kunci pula?


Kronologi kehilangan Datuk Sosilawati dan tiga individu lain

6 September 2010
Media melaporkan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, hilang sejak 30 Ogos lalu selepas urus niaga pembelian tanah di Banting bersama peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38 dan pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44. Sosilawati dikatakan membawa RM4 juta bersamanya.

7 September
Dua kereta BMW, masing-masing dengan nombor pendaftaran WTL 11 dan AAJ 5, milik Sosilawati dan Ahmad Kamil ditemui. Kereta Sosilawati ditemui di Apartmen Angsana, Taman Subang Mewah, Subang Jaya; manakala kereta Ahmad Kamil ditemui di hadapan Hotel Dorsett di SS12, Subang Jaya. Keluarga Sosilawati menafikan mangsa membawa wang RM4 juta.

8 September
Polis melaporkan Sosilawati dan tiga individu lain masih dalam negara. Sosilawati mengunjungi kedai Fazz Enterprise Kerepek House di Kampung Sungai Lang, Banting pada jam 4 petang, 30 Ogos lalu. Noorhisham pula menghubungi isterinya untuk memaklumkan beliau tidak akan pulang tiga hari melalui telefon pada malam 30 Ogos.

9 September
Media melaporkan Sosilawati disembunyikan di lokasi rahsia oleh kumpulan tertentu kerana perselisihan perniagaan dan kewangan.

10 September
Kehilangan Sosilawati dilaporkan didalangi seorang ahli perniagaan bergelar Datuk. Polis menahan lima suspek berhubung kehilangan empat mangsa itu.

11 September
Polis menemui lokasi empat mangsa itu dibunuh dan mayat mereka dibakar di sebuah ladang di Teluk Gadong berhampiran Tanjung Sepat, Banting. Polis menahan ahli perniagaan bergelar Datuk dan adiknya.
Polis mengesahkan Sosilawati, Ahmad Kamil, Noorhisham dan Kamaruddin dipukul sampai mati, mayat mereka dibakar di Ladang Gadong, sebelum abunya dibuang ke dalam sungai.

12 September
-12.30am : Pihak media mula berkumpul di laluan masuk lokasi penemuan mayat.
-3.00am   : Polis terus mengawal lokasi penemuan mayat.
-8.00am   : Penduduk kampung mula memenuhi laluan masuk Ladang Gadong.
-9.10am   : Kelihatan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa memasuki lokasi dan meninggalkannya kira2 10 minit kemudian.
-12.10pm : Sepasukan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kimia Malaysia kelihatan memasuki kaasan lokasi penemuan mayat.
-2.00pm:    Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin mengesahkan Sosilawati bersama 3 lelaki yang dilaporkan hilang bersamanya mati dibunuh dan kesemua mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang di sebuah sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat. Polis juga turut menahan seoarang lagi individu.

* Sumber dipetik dari Berita Harian Dan Sinar Harian

Wajah Pembunuh Datuk Sosilawati Dan 3 Orang Rakannya



Datuk Pathmanabhan A/L Nalliannen
Surrendren adik Datuk Pathmanabhan
2 gambar tersebut merupakan suspek yang disyaki dalang pembunuh Dato' Sosilawati dan 3 orang rakannya ketika kita menyambut Hari Raya Aidilfitri.  Maklumat menyatakan Dato' Pantmanabhan adalah salah seorang peguam di Bar Council. Bayangkanlah penjenayah yang paling kejam berada dalam ahli majlis peguam, Nama ja peguam tapi undang-undang pun tak tahu. Kita hormati undang undang. Tapi ada juga peguam yang bahlul mempermainkan undang undang. Elok bakar ja peguam india ni depan org ramai.

ALFATIHAH buat mangsa Sosilawati Lawiya,Kamaruddin Shamsuddin, Noorhisham Mohammad,dan Ahmad Kamil Abd Karim. Semoga ALLAH mencucuri rahmat keatas mereka semua. AMIN.

Pembunuhan kejam Datuk Sosilawati dan 3 individu lain

Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dipukul sampai mati, sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai di Ladang Gadong, Tanjung Sepat di sini.

Polis menahan seorang peguam bergelar Datuk N. Patm****han dari Bar Counsil  dan adiknya, juga seorang peguam serta enam pekerja mereka. Keempat-empat mereka dipercayai diculik pada 30 Ogos lalu, dibunuh kemudian dibakar di kandang ternakan yang dikelilingi tembok di ladang kelapa sawit itu, manakala abu mereka dibuang ke Sungai Panchau, kira-kira dua kilometer dari tempat pembunuhan.

Difahamkan, Datuk terbabit yang dikatakan mempunyai ramai kenalan di kalangan orang kenamaan, dipercayai berperanan sebagai broker dalam urus niaga tanah bernilai RM4 juta di Pulau Pinang itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, pembunuhan kejam itu dilakukan di kawasan seluas 500 meter persegi dalam ladang seluas 1.6 hektar di Tanjung Sepat, Banting dekat sini. Menurut beliau, di dalam ladang itu, terdapat beberapa buah rumah kediaman serta tembok yang menghalang pemandangan dari luar.

“Bagaimanapun, hasil siasatan berdasarkan pengakuan-pengakuan suspek menjurus kepada kes kehilangan keempat-empat mangsa sejak 30 Ogos lalu.

“Kita percaya mangsa telah dimusnahkan dengan cara demikian (tahan, bunuh, bakar dan buang). Semua eksibit (bahan bukti) termasuk pisau dibakar menjadi abu. Mereka telah dibunuh dan dibakar di tempat yang sama.

“Pegawai polis kini sedang menyiasat untuk mencari bahan bukti dengan kerjasama Jabatan Forensik dan Jabatan Kimia di tempat kejadian,” katanya.

Ya Allah... KAU cucurilah rahmat, taufiq dan hidayah pada roh mereka yg terinaya ini. Dan KAU berilah balasan pada mereka yg melakukan kekejaman ini di dunia ini dan aku mohon agar balasan ini dapat dilihat oleh semua orang. Agar menjadi tauladan. Moga tiada lagi orang yg berbuat kekejaman begini. Sesungguhnya aku lihat sepertinya tiada lagi belas ikhsan perikemanusiaan dan kasih simpati di dunia MU ini. KAU tunjukkan lah ya Allah. AMIN.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

Tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut hari yang penuh kegembiraan iaitu Hari Raya Aidilfitri ataupun di panggil hari raya puasa. Jadi dikesempatan ini, saya selaku pemilik Fans Facebook Support Dato Seri Shahidan Kassim for Perlis Real MB dan blog http://perelih.blogspot.com ini dengan rasa rendah dirinya ingin menyusun sepuluh jari dan memohon ampun dan maaf sekiranya secara langsung ataupun tidak langsung telah melakukan kesalahan kepada pembaca fans dan blog ini. Dan dengan lapang dadanya saya ingin mengucapkan sekali lagi Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua sempena artikel yang terakhir sebelum tibanya hari raya. Moga bulan syawal nanti kita akan dikurniakan keberkatan apabila kita saling memaafi antara satu sama lain. Semoga anda semua bergembira di hari raya yang akan tiba nanti. Hari raya merupakan kemenangan pada umat Islam kita. Ramadan telah berakhir, kini syawal mula menjelma. Moga syafaat kita di bulan ramadan mendapat keberkatan selama-lamanya. AMIN...

Ajaran Sesat Di Perlis -9 orang Ditahan kerana Sambut Raya Awal Hari Ini

Orang raya hari Jumaat ni, tapi ada pulak golongan ajaran sesat yang teringin nak raya awal, siap sembahyang raya, ada khutbah raya lagi. Biar betul? Kejadian pelik yang sesat lagi menyesatkan ni berlaku di Perlis hari ni 8hb September.

Sembilan anggota termasuk empat sekeluarga ditahan selepas didapati menyambut Aidilfitri lebih awal di sebuah surau di Seriab, dekat sini, hari ini. Apa yang lebih menghairankan lagi, ketua ajaran sesat ini dan isterinya adalah dari kalangan pendidik. Si suami pesara guru, manakala si isterinya penolong kanan hal ehwal murid di sebuah sekolah rendah di Perlis. Mohon Jabatan Pelajaran Perlis mengambil tindakan tegas terhadap guru tersebut agar ajaran sesatnya tidak mempengaruhi guru guru dan murid murid di sekolahnya.

Petikan berita :
Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Abdul Malik Hussin berkata kumpulan berkenaan, dipercayai membawa ajaran dari Dumai, Indonesia, ditahan selepas dikesan menunaikan solat Aidilfitri di surau berkenaan pada pukul 8.30 pagi ini.

Semasa ditahan, kumpulan itu sedang mendengar khutbah yang disampaikan oleh ketua kumpulan itu, Shuit Ismail, 51, di surau berkenaan yang dipercayai menjadi markas kumpulan itu.

Kesemua anggota kumpulan itu kemudian dihadapkan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada sebelah petang dan mereka didakwa mengikut Seksyen 28 Enakmen Jenayah Dalam Syariah 1991 Negeri Perlis kerana mengingkari titah perintah Raja Perlis berhubung kentetuan tarikh bermulanya puasa dan Hari Raya.
Mereka yang berusia antara 19 dan 52 tahun itu, tidak diwakili peguam, mengakui bersalah atas tuduhan itu dan memohon hukuman ringan dengan pelbagai alasan termasuk menanggung beban hidup.

Ketua Hakim Syarie Perlis, Othman Ibrahim, kemudian menjatuhi hukuman denda RM1,000 atau empat bulan penjara ke atas Shuit manakala lapan yang lain dijatuhi hukuman denda RM900 atau tiga bulan penjara termasuk dua anak Shuit iaitu Zulhaq, 21 dan Hakimul Ariff, 19 dan isterinya Haslina Md Hashim, 50.
Lima lagi ialah Shahrizal Ahmad, 26, Ahmad Darus, 62, Kamaridan Man, 54, Shahrulnizan Yusof, 21, dan Norazlina.

Ramadan Bulan Keberkatan