Masih ingatkah lagi anda semua dengan Tragedi Kg.Memali, Mukim Siong, Baling, Kedah Darul Aman? Radzi Sheikh Ahmad yang ketika itu memegang jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri adalah salah seorang yang bertanggung-jawab dalam pembunuhan beramai-ramai itu.

Tragedi tersebut berakhirnya dengan pembunuhan beramai-ramai
orang orang kampong Memali yang beragama Islam. Radzi Sheikh Ahmad yang bertanggungjawab dalam pembunuhan
mangsa Memali masih hidup senang lenang bebas tanpa sebarang pendakwaan
sementara waris waris Pembunuhan Memali masih terus menantikan pembelaan
perundangan!
Kenapa sampai sekarang pihak perundangan negara ini boleh
membiarkan sahaja pembunuh penduduk Kg Memali terlepas bebas tanpa sebarang
pendakwaan?
Mana dia janji Karpal Singh untuk membela penduduk Kg Memali
seperti dilaungkannya semasa Forum Keadilan di Dewan Sri Pinang pada tahun
1999? Hilang lesap ditelan masa.
Radzi atau sesiapa sahaja boleh terlepas di dunia ini,
tetapi ingatlah nanti kita ada mahkamah kedua dengan hakim yang lebih adil.
Ikutilah rakaman Tragedi Berdarah Kg.Memali di bawah ini :
Sumber