
JASA atau Jabatan Hal Ehwal Khas merupakan satu agensi yang
bertanggungjawab untuk menarik sokongan rakyat agar menyokong kerajaan. Tugas
utama mereka menyampaikan berita baik mengenai kerajaan kepada rakyat. Tetapi
lain pula dengan beberapa pegawai JASA di Negeri Perlis, tugas mereka memecah
belahkan individu dan menghentam pemimpin-pemimpin UMNO Perlis lain yang tidak sebulu
dengan Menteri Besar Perlis.
Dalam satu laman Facebook, seorang Pegawai JASA dari Bintong
yang baru sahaja dilantik oleh Dato Seri Md Isa Sabu, telah mengeluarkan
kenyataan biadap menghina dan memaki hamun Dato Seri Shahidan Kassim ketika
beliau sedang mengerjakan haji di Makkah. Dari segi agama patutkan beliau
memaki hamun seseorang yang berada di Makkah menunaikan fardhu haji
dan wajarkah mereka yang dibayar gaji mengunakan duit rakyat, sibuk menghentam
dan memaki hamun orang lain?
Dato Seri Shahidan Kassim juga berkata, jika pekara ini
tidak diambil tindakan, beliau akan bercakap pada Perhimpunan Agung UMNO nanti dan beliau juga
akan menyebut nama Pegawai JASA dari Bintong itu yang telah lupa akan tugas sebenar mereka.
Beliau yang juga merupakan Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) dan Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) telah beroleh satu kejayaan peribadi buatnya apabila atlet-atlet dibawah pimpinan beliau telah memperoleh 19 emas dari ASUM dan 6 emas dari KOAM di Sukan Sea Indonesia baru-bari ini. Ini merupakan satu pencapaian terbaik dan sejarah buat KOAM dan ASUM sejak berada dibawah pemimpin beliau.