Ganjaran Hadiah Dan Wang Tunai Untuk Anda.

Dapatkan hadiah-hadiah menarik & wang tunai di sini. Daftar Segera. Berbaloi! [Klik Di Sini]

Berminat nak dapatkan Galaxy W
? [KLIK DI SINI]

Anda ingin peluang memenangi MPV? [KLIK DI SINI]


Followers

Benarkah sokongan terhadap UMNO Perlis semakin berkurangan?

UMNO Perlis Kian Hancur.

YAB Dato Seri Najib Razak wajar melantik Dato Seri Shahidan Kassim kembali menerajui Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis. Ia akan membolehkan kita membetulkan apa yang salah dalam UMNO Perlis. Bermula dari penentuan calon PRU 12, krisis perlantikan Menteri Besar, pengguguran Dato Seri Dr Shahidan Kassim dan rombakan Badan Perhubungan UMNO Negeri, serta krisis pasca pemilihan UMNO Bahagian yang telah menjadikan UMNO Perlis begitu lemah. Semua ahli UMNO Perlis mengetahui pemilihan calon PRU 12 dibuat secara membelakangkan Bahagian dan Perhubungan Rakyat Perlis. Rakyat Perlis juga mengetahui betapa Wakil Rakyat "Pintu Belakang" telah khianat dan engkar terhadap keputusan Pengerusi BN merangkap Perdana Menteri untuk menjatuhkan Dato Seri Shahidan Kassim. Dato Seri Md Isa Sabu yang dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis telah gagal untuk menyatu dan memperkasa semula UMNO Perlis. Hingga kini tidak ada satu program pun yang mampu dianjurkan Md Isa atas nama Perhubungan. UMNO Perlis terus berpecah hilang kesatuan dan tiada hala tuju. Ditambah dengan kelemahan kepimpinan sebagai Menteri Besar, rakyat makin kecewa dan gelisah. Sementara ahli UMNO dan BN telah kehilangan semangat, Perlis juga telah kehilangan momentum. Kembalikanlah Dato Seri Shahidan Kassim sebagai Pengerusi Perhubungan. Selamatkan UMNO dan Negeri Perlis!!!