Ganjaran Hadiah Dan Wang Tunai Untuk Anda.

Dapatkan hadiah-hadiah menarik & wang tunai di sini. Daftar Segera. Berbaloi! [Klik Di Sini]

Berminat nak dapatkan Galaxy W
? [KLIK DI SINI]

Anda ingin peluang memenangi MPV? [KLIK DI SINI]


Followers

Benarkah sokongan terhadap UMNO Perlis semakin berkurangan?

Siti Aishah Saman Uncle Seekers


Fauziah Latif Kekasih Uncle Seekers? (KLIK SINI) 

Syed Abdullah Al-Attas
Bekas Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman mengemukakan writ saman memohon injunksi terhadap Syed Abdullah Hussien Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers dan bapanya, Syed Hussien Al- Attas di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang kelmarin bagi menghalang mereka menyebar atau menerbitkan sebarang bentuk maklumat berkaitan rawatan dijalaninya sama ada dalam bentuk lisan atau bertulis dalam blog, akhbar, buku, majalah, laman web atau risalah.

Dalam saman itu, Siti Aishah menamakan Syed Abdullah Hussein sebagai defendan pertama dan bapa pengamal perubatan tradisional berkenaan, iaitu Syed Hussein Al-Attas sebagai defendan kedua.
 
Writ saman itu difailkan melalui Tetuan Gunaselan & Associates di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Akhtar Tahir. 

Siti Aishah
Dalam pernyataan tuntutannya, Siti Aishah berkata, lebih kurang Jun lalu, beliau meminta bantuan Syed Abdullah untuk membantu merawat masalah tekanan emosi yang dialaminya selepas defendan pertama mendakwa boleh mengubati masalah seperti itu. 

Selepas membuat persetujuan, plaintif bersetuju menjalani rawatan itu dengan bayaran RM15,000. Bagaimanapun, Siti Aishah menamatkan rawatannya selepas berlaku perselisihan faham dengan defendan pertama.

Siti Aishah berkata, sebuah akhbar tabloid pada 27 November lalu menyiarkan artikel mengenai perbualannya dan Syed Abdullah selain memaparkan gambar dirinya dengan defendan pertama dan bapanya serta ahli keluarga masing-masing.

Keratan akhbar itu mendedahkan perkara yang berkaitan dengan hubungan profesional antara saya dan Syed Abdullah sedangkan beliau mengetahui kewajipannya untuk merahsiakan segala komunikasi antara kami berdua dan segala maklumat saya yang diketahui ketika mengubati saya.

* TAK HABIS-HABIS LAGI DENGAN CERITA UNCLE SEEKERS NI, MEMANG SAH, UNCLE SEEKERS NI GILA GLAMOUR.

Akhirnya Nizar Mohon Maaf Atas Kesilapan Sembahyang Lilin.

Dalam sesi perbahasan di dewan negeri Perak tadi Datuk Seri Nizar Jamaluddin dengan rela hati bersetuju bahawa sembahyang lilin yang dilakukan bersama pemimpin PAS dan Dap sewaktu mengingati kematian Teo Beng Hock adalah salah disisi hukum syarak. Beliau mengaku dalam Dewan yang mulia apa yang dilakukan adalah salah dan seterusnya memohon maaf kepada semua orang islam seluruh negeri Perak.

Sewaktu didesak oleh YAB Datuk Seri Zambry bin Abdul Kadir semasa sesi perbahasan bahawa, adakah perbuatan yang dilakukan Nizar bertafakur sambil memegang lilin salah di sisi syarak, kemudian DS Nizar menjawab "ya saya mengaku memang apa yang saya lakukan itu dan saya memohon maaf"

Jadi apa yang perlu dinyatakan disini PAS tidak perlu menegak benang yang basah kerana ini melibatkan hukum, PAS dikatakan mempunyai ramai ulamak jika hukum dipermainkan maka umat Islam di Malaysia akan terpesong akidah kata DS Zambri diakhir penggulungannya.


* INI LAH PEMIMPIN PAS YANG DISANJUNGI DI PERAK. HARAP NAMA SAJA AHLI PARTI ISLAM. TAPI HUKUM PUN TAK TAHU. MEMANG HAPRAKKK. 

Selepas Kenaikan Harga Minyak RON97, Malam Ini Kenaikan Harga Minyak RON95, Diesel, Gas Dan Gula Pula.

Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula dijangka mengalami kenaikan lagi mulai tengah malam ini. Ia berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi.

azlanPetrol RON95, dipercayai akan dinaikkan 5 sen menjadikan harga RM1.90 seliter.

Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.

Harga diesel pula dipercayai dinaikkan 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.
Harga gula pula dikatakan akan naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.
azlanSemua harga baru dijangka berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi esok. Ia didedahkan pada taklimat kepada editor di Putrajaya oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) .

Malaysiakini
turut dijemput ke taklimat itu melalui panggilan telefon tetapi wartawan kami dihalang memasuki ibupejabat Unit Kordinasi dan Pelaksanaan di Pejabat Perdana Menteri, kemudiannya tanpa sebarang alasan.

Pengumuman rasmi daripada Jabatan Perdana Menteri berhubung kenaikkan ini dijangkakan pada jam 8 malam.

Kali terakhir harga barangan meningkat adalah pada 15 Julai lalu. Ia membabitkan kenaikan 5-dalam-1. Barangan yang terjejas itu adalah dua gred petrol, diesel, gula dan gas. MK


* MAKAN MAGGIE PULAK LA LEPAS NI....