selamat datang 01 Pictures, Images and Photos

Ganjaran Hadiah Dan Wang Tunai Untuk Anda.

Dapatkan hadiah-hadiah menarik & wang tunai di sini. Daftar Segera. Berbaloi! [Klik Di Sini]

Berminat nak dapatkan Galaxy W
? [KLIK DI SINI]

Anda ingin peluang memenangi MPV? [KLIK DI SINI]


Followers

Benarkah sokongan terhadap UMNO Perlis semakin berkurangan?

Nenek Mohon Hidayah Untuk Obama Masuk Islam

Nenek kepada presiden Amerika Syarikat Barack Obama berkata beliau memanjatkan doa supaya pemimpin negara itu memeluk Islam, lapor sebuah akhbar hari ini.

"Saya berdoa supaya cucu saya Barack memeluk Islam," kata Sarah Omar, 88, dalam satu temuramah dengan akhbar harian Al-Watan Saudi di Jeddah selepas beliau menunaikan ibadat haji.

Akhbar itu melaporkan bahawa Sarah berada di Arab Saudi untuk menunaikan haji bersama anaknya yang juga bapa saudara kepada Obama, Saeed Hussein Obama, serta empat lagi cucunya.

Sarah memberitahu akhbar itu bahawa beliau hanya dapat mengulas mengenai perkara melibatkan ibadah haji dan memberi komen berkaitan politik Obama. Keluarga berkenaan menjalankan ibadah berkenaan dengan ehsan kerajaan Arab Saudi. Saeed berterima kasih kepada pemerintah Arab Saudi Raja Abdullah Abdul Aziz atas "layanan mesra" itu, laporan akhbar berkenaan.

Pungutan pendapat awam di AS pada Ogos mendedahkan bahawa satu daripada lima orang warganya percaya bahawa Obama merupakan seorang Muslim. Pandangan itu dinafikan keras oleh White House yang menegaskan bahawa Obama merupakan seorang Kristian yang "komited." AFP