selamat datang 01 Pictures, Images and Photos

Ganjaran Hadiah Dan Wang Tunai Untuk Anda.

Dapatkan hadiah-hadiah menarik & wang tunai di sini. Daftar Segera. Berbaloi! [Klik Di Sini]

Berminat nak dapatkan Galaxy W
? [KLIK DI SINI]

Anda ingin peluang memenangi MPV? [KLIK DI SINI]


Followers

Benarkah sokongan terhadap UMNO Perlis semakin berkurangan?

Sanggup Bunuh Anak Demi Farmville di Facebook

MIAMI: Seorang wanita berang kerana tangisan bayinya mengganggu dia bermain Farmville di Facebook mengaku salah membunuh dengan menggoncang anaknya itu sehingga mati, lapor media semalam.

Alexandra V Tobias, 22, dari Jacksonville, mengaku menyebabkan kematian Dylan Lee Edmondson, tiga bulan, Januari lalu.


Florida Times-Union melaporkan, Alexandra naik angin kerana suara Edmondson mengganggu tumpuannya.
Alexandra menggoncang Edmondson, berhenti seketika untuk merokok dan menggoncangnya sekali lagi.

“Bayi itu mungkin terhantuk ketika dia digoncang,” lapor akhbar itu. - AFP

Nenek Mohon Hidayah Untuk Obama Masuk Islam

Nenek kepada presiden Amerika Syarikat Barack Obama berkata beliau memanjatkan doa supaya pemimpin negara itu memeluk Islam, lapor sebuah akhbar hari ini.

"Saya berdoa supaya cucu saya Barack memeluk Islam," kata Sarah Omar, 88, dalam satu temuramah dengan akhbar harian Al-Watan Saudi di Jeddah selepas beliau menunaikan ibadat haji.

Akhbar itu melaporkan bahawa Sarah berada di Arab Saudi untuk menunaikan haji bersama anaknya yang juga bapa saudara kepada Obama, Saeed Hussein Obama, serta empat lagi cucunya.

Sarah memberitahu akhbar itu bahawa beliau hanya dapat mengulas mengenai perkara melibatkan ibadah haji dan memberi komen berkaitan politik Obama. Keluarga berkenaan menjalankan ibadah berkenaan dengan ehsan kerajaan Arab Saudi. Saeed berterima kasih kepada pemerintah Arab Saudi Raja Abdullah Abdul Aziz atas "layanan mesra" itu, laporan akhbar berkenaan.

Pungutan pendapat awam di AS pada Ogos mendedahkan bahawa satu daripada lima orang warganya percaya bahawa Obama merupakan seorang Muslim. Pandangan itu dinafikan keras oleh White House yang menegaskan bahawa Obama merupakan seorang Kristian yang "komited." AFP

UMNO Perlis Kian Hancur.

YAB Dato Seri Najib Razak wajar melantik Dato Seri Shahidan Kassim kembali menerajui Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis. Ia akan membolehkan kita membetulkan apa yang salah dalam UMNO Perlis. Bermula dari penentuan calon PRU 12, krisis perlantikan Menteri Besar, pengguguran Dato Seri Dr Shahidan Kassim dan rombakan Badan Perhubungan UMNO Negeri, serta krisis pasca pemilihan UMNO Bahagian yang telah menjadikan UMNO Perlis begitu lemah. Semua ahli UMNO Perlis mengetahui pemilihan calon PRU 12 dibuat secara membelakangkan Bahagian dan Perhubungan Rakyat Perlis. Rakyat Perlis juga mengetahui betapa Wakil Rakyat "Pintu Belakang" telah khianat dan engkar terhadap keputusan Pengerusi BN merangkap Perdana Menteri untuk menjatuhkan Dato Seri Shahidan Kassim. Dato Seri Md Isa Sabu yang dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis telah gagal untuk menyatu dan memperkasa semula UMNO Perlis. Hingga kini tidak ada satu program pun yang mampu dianjurkan Md Isa atas nama Perhubungan. UMNO Perlis terus berpecah hilang kesatuan dan tiada hala tuju. Ditambah dengan kelemahan kepimpinan sebagai Menteri Besar, rakyat makin kecewa dan gelisah. Sementara ahli UMNO dan BN telah kehilangan semangat, Perlis juga telah kehilangan momentum. Kembalikanlah Dato Seri Shahidan Kassim sebagai Pengerusi Perhubungan. Selamatkan UMNO dan Negeri Perlis!!!

PANAS : Kisah Skandal Mantan DYMM Permaisuri Agong



Mungkin kisah ini akan membuatkan ramai yang terkejut dengan pendedahan berani mati Uncle Seekers. Ini adalah kisah yang diambil daripada blog milik Uncle Seekers yang secara terang mengakui bahawa bekas permaisuri agong Siti Aishah sedang dilamun cinta dengan beliau. Siapa tak kenal dengan Yang Teramat Mulia Cik Puan Besar Selangor Datuk Amar Siti Aishah binti Dato Seri Abdul Rahman yang pernah jadi permaisuri agong ketika dahulu. Ramai yang amat mengagumi beliau disebabkan sifat peribadi beliau dan juga beliau antara yang bertudung ketika itu.

Bukannya berniat untuk mengaibkan mana-mana pihak, cuma kisah ini kerana mereka yang terlibat adalah public figure. Sejauh mana kebenaran dan motif kisah yang dibuat oleh Uncle Seekers? Wallahualam.




* Harap anda melihat kes ini daripada pelbagai perspektif sebelum menghantar komen, Siti Aishah pun manusia juga, punya perasaan. :)

Pernahkah Anda Melihat Kanak Kanak Ini?

 
Lee Xin Ru
2 tahun
hilang sejak 21 September 2010. 
Jika anda mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak ini, 
sila hubungi 
Insp. Haroza binti Pandi
di talian 
019-8793776 
atau
Ibupejabat Polis Daerah Raub, Pahang 
09-3552222

Nisha
2 tahun
hilang sejak 4 June 2010. 
Jika anda mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak ini, 
Sila hubungi
Insp. Mohd Zaidi B. Zaini
di talian
019-7562820
atau
Ibupejabat Polis Daerah Temerloh
09-2961222

“Awek Kelantan” yang seksi

Kerana terlalu fanatik menyokong team bola sepak sendiri, ada penyokong yang bertindak menyerupai wanita sebegini? Haruskah kita puji ataupun kita keji?

Zaid undur timbalan, letak semua jawatan PKR

Calon timbalan presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim membuat pengumuman mengejut untuk menarik diri daripada bertanding jawatan berkenaan.

Selain itu, Zaid yang juga pengerusi perhubungan PKR Wilayah Persekutuan juga mengumumkan beliau meletakkan semua jawatannya dalam PKR.
“Saya tawar diri menyertai parti ini atas kepercayaan saya boleh membawa politik progresif; memupuk dan memperkembangkan demokrasi dan ketelusan di negara ini. Saya sebenarnya silap,” katanya dalam satu kenyataan di blognya.

Menurut Zaid, sepanjang pemilihan PKR, membuktikan bahawa kepimpinan parti itu secara aktif membiarkan salah laku dan penipuan berleluasa dengan tujuan mencapai objektif tertentu.

“Saya yakin mana-mana parti politik dengan sikap hipokrit dan nilai-nilai palsu tidak akan mampu menawarkan sebarang pembaharuan yang bermakna kepada rakyat di negara ini.

"Saya mengambil keputusan ini kerana tidak ada usaha oleh kepimpinan parti untuk menangani manipulasi dan amalan tidak adil serta penyelewengan dalam pemilihan itu meskipun ia telah berulang-kali ditimbulkan,” katanya.
Keputusan yang diambil itu, menurutnya adalah kekecewaan sepenuhnya bahawa beliau tidak boleh meneruskan proses pemilihan yang cacat.

Sehubungan itu, Zaid yang sebelum ini pernah menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, sebelum meletakkan jawatan dan meninggalkan Umno berkata beliau akan tetap komited terhadap perjuangan pembangkang.

Katanya, beliau akan terus bercakap berhubung isu yang membabitkan rakyat jelata dan terus berjuang bagi memastikan rakyta mendapat kerajaan yang lebih baik.

“Akhir sekali, saya berharap peminat Anwar Ibrahim tidak lagi menganggap saya sebagai 'spoiler'yang akan menghalang perarakan mereka ke Putrajaya. Saya ucapkan maju jaya kepada mereka,” katanya.

Batu Sapi, Galas milik BN

Barisan Nasional hari ini berjaya mempertahankan kerusi parlimen Batu Sapi miliknya dan berjaya merampas kerusi DUN Galas dari PAS.
Di Batu Sapi, calon BN dari parti PBS, Datin Linda Tsen mendapat 9,773 undi dan berjaya mengekalkan kerusi yang dimilik mendiang suaminya, Datuk Edmund Chong.
Calon SAPP yang juga presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee hanya mendapat 2,031 manakala calon PKR, Ansari Abdullah pula mendapat 3,414 undi.

Majoriti yang diperolehi oleh BN adalah 6,359 undi. Undi rosak pula adalah 372.
Keputusan rasmi itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Mohamad Hamsan Awang Supain di Dewan Komuniti Sandakan.
Keputusan kali ini mencerminkan perkembangan yang hampir sama pada pilihan raya umun 2008 yang lalu. Pada pilihan raya itu, suami Tsen, mendiang Edmund Chong mendapat 9,479 undi berbanding calon Bebas, Chong Kwong Ming, 5,771.

Pada pilihan raya kali ini, jika jumlah undi pembangkang - SAPP dan PKR digabungkan, jumlahnya adalah 5,288 dan masih tidak mampu mencabar kedudukan BN.
Meskipun kemenangan Tsen bukan sesuatu yang memeranjatkan, tetapi dakwaan PKR bahawa ia mampu memberi saingan lebih baik berbanding SAPP ternyata betul.

Namun, sekalipun jika ia pertandingan satu lawan satu, Pakatan Rakyat memerlukan strategi yang lebih mantap sebelum berangan-angan untuk ke Putrajaya.

Manakala itu bagi kerusi Galas pula, BN menang dengan majoriti 1,190 undi.
PAS hanya mampu mendapat 4,134 undi, berbanding BN yang mengaut 5,324 undi.
Terdapat 132 undi rosak pada pilihan raya kali ini.
Jumlah yang keluar mengundi hari ini ialah 83 peratus atau 9,555 orang.
Kemenangan BN itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus pilihan raya kecil DUN Galas Wan Mustapha Wan Ab Hamid di Dewan Sivik Gua Musang.
Pada pilihan raya ini BN diwakili oleh Abdul Aziz Yusof manakala PAS meletakkan Dr Zulkefli Mohamad sebagai calonnya.
Kerusi Galas memang sukar diramal sejak hari pertama kempen bermula. Pada pilihan raya umum 2008 yang lalu, calon PAS berjaya merampas kerusi itu melalui Allahyarham Chek Hashim Sulaima dengan hanya majoriti 646 undi.
Strategi BN meletakkan pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah ternyata tepat dan memberi kesan maksimum.

Putera raja yang juga adalah ahli parlimen Gua Musang, di mana kerusi Galas terletak dikatakan masih disanjung oleh masyarakat di Kelantan, termasuk di kalangan Orang Asli yang merupakan kira-kira 16 peratus daripada jumlah pengundi.

Selain itu, strategi BN mempolitikkan kempen 1Malaysia di kalangan masyarakat Cina juga dikatakan berjaya mencuri tumpuan masyarakat itu. Bilangan pengundi masyarakat Cina dikatakan memihak semula kepada BN walaupun jumlah itu tidak menyeluruh. 


MK 

Kedah Dan Perlis Dilanda Banjir

Kedah dan Perlis mula dilanda banjir ekoran hujan lebat berterusan sejak kelmarin. Ekoran itu, lebih 3,000 mangsa banjir terpaksa dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir di dua negeri terbabit ekoran rumah masing-masing dinaiki air sedalam lebih satu meter. Di Kedah, empat daerah dinaiki air iaitu Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena dan Kota Setar di mana lebih 2,000 penduduk dipindahkan dan beberapa jalan raya ditutup. 

Di Padang Terap, 1,449 penduduk daripada 385 keluarga di 18 buah kampung dipindahkan. Jurucakap Bilik Gerakan Banjir, Nurul Aziati Ahmad Salmi memberitahu, mangsa dipindahkan pada pukul 7 pagi dan antara kampung terlibat ialah Mani A, Mani B, Mani C, Tanjung, Labi, Kuala Janing, Felcra Tualak, Bendang Raja dan Padang Sanai. Katanya, pusat-pusat pemindahan dibuka di dewan Kampung Mani A, surau Kampung Mani B dan Mani C, dewan Felcra Tualak, dewan Kampung Padang Sanai, bangunan Jawatankuasa Keselamatan Kampung Persekutuan, masjid Kampung Labi, masjid Kampung Tanjung dan Bendang Raja.
perlis

kedah

Tambahnya, bacaan paras air Sungai Kuala Nerang melepasi paras bahaya iaitu 19.81 meter (m) berbanding paras bahaya 17.07m manakala tiga lagi sungai berada pada paras berjaga-jaga iaitu Sungai Padang Sanai, Sungai Kubu dan Sungai Naka. Di Kubang Pasu, 491 orang dipindahkan ke tiga pusat pemindahan iaitu Sekolah Menengah Changlun, Sekolah Kebangsaan Malau dan Changkat Setoi.