selamat datang 01 Pictures, Images and Photos

Ganjaran Hadiah Dan Wang Tunai Untuk Anda.

Dapatkan hadiah-hadiah menarik & wang tunai di sini. Daftar Segera. Berbaloi! [Klik Di Sini]

Berminat nak dapatkan Galaxy W
? [KLIK DI SINI]

Anda ingin peluang memenangi MPV? [KLIK DI SINI]


Followers

Benarkah sokongan terhadap UMNO Perlis semakin berkurangan?

Pembunuhan kejam Datuk Sosilawati dan 3 individu lain

Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dipukul sampai mati, sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai di Ladang Gadong, Tanjung Sepat di sini.

Polis menahan seorang peguam bergelar Datuk N. Patm****han dari Bar Counsil  dan adiknya, juga seorang peguam serta enam pekerja mereka. Keempat-empat mereka dipercayai diculik pada 30 Ogos lalu, dibunuh kemudian dibakar di kandang ternakan yang dikelilingi tembok di ladang kelapa sawit itu, manakala abu mereka dibuang ke Sungai Panchau, kira-kira dua kilometer dari tempat pembunuhan.

Difahamkan, Datuk terbabit yang dikatakan mempunyai ramai kenalan di kalangan orang kenamaan, dipercayai berperanan sebagai broker dalam urus niaga tanah bernilai RM4 juta di Pulau Pinang itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, pembunuhan kejam itu dilakukan di kawasan seluas 500 meter persegi dalam ladang seluas 1.6 hektar di Tanjung Sepat, Banting dekat sini. Menurut beliau, di dalam ladang itu, terdapat beberapa buah rumah kediaman serta tembok yang menghalang pemandangan dari luar.

“Bagaimanapun, hasil siasatan berdasarkan pengakuan-pengakuan suspek menjurus kepada kes kehilangan keempat-empat mangsa sejak 30 Ogos lalu.

“Kita percaya mangsa telah dimusnahkan dengan cara demikian (tahan, bunuh, bakar dan buang). Semua eksibit (bahan bukti) termasuk pisau dibakar menjadi abu. Mereka telah dibunuh dan dibakar di tempat yang sama.

“Pegawai polis kini sedang menyiasat untuk mencari bahan bukti dengan kerjasama Jabatan Forensik dan Jabatan Kimia di tempat kejadian,” katanya.

Ya Allah... KAU cucurilah rahmat, taufiq dan hidayah pada roh mereka yg terinaya ini. Dan KAU berilah balasan pada mereka yg melakukan kekejaman ini di dunia ini dan aku mohon agar balasan ini dapat dilihat oleh semua orang. Agar menjadi tauladan. Moga tiada lagi orang yg berbuat kekejaman begini. Sesungguhnya aku lihat sepertinya tiada lagi belas ikhsan perikemanusiaan dan kasih simpati di dunia MU ini. KAU tunjukkan lah ya Allah. AMIN.