Ganjaran Hadiah Dan Wang Tunai Untuk Anda.

Dapatkan hadiah-hadiah menarik & wang tunai di sini. Daftar Segera. Berbaloi! [Klik Di Sini]

Berminat nak dapatkan Galaxy W
? [KLIK DI SINI]

Anda ingin peluang memenangi MPV? [KLIK DI SINI]


Followers

Benarkah sokongan terhadap UMNO Perlis semakin berkurangan?

Bom tangan ditemui di pusat pelupusan di Arau



Sebutir bom tangan ditemui di tempat pelupusan sampah di Padang Siding dekat Arau malam semalam ketika seorang pemandu jentolak sedang melakukan kerja-kerja meratakan sampah di situ.

Timbalan Ketua Polis Daerah Arau DSP Lee Swee Meng berkata pihaknya menerima panggilan pukul 8.15 malam kira-kira 15 minit selepas bom itu ditemui dan bergegas ke lokasi.

Bom tangan itu dikatakan ditemui pemandu jentolak itu yang mulanya tidak menyangka objek besi yang ditemuinya di pusat pelupusan sampah itu adalah bom tangan.

Bom itu dimusnahkan di lokasi terbabit pukul 9 pagi ini kerana usaha memusnahkannya malam semalam tidak dapat dilakukan berikutan hujan.

Lee yang ditemui dilokasi itu hari ini menasihati orang ramai agar melaporkan kepada polis sekiranya menemui sebarang objek ganjil dan meragukan untuk tindakan lanjut. Bernama