selamat datang 01 Pictures, Images and Photos

Ganjaran Hadiah Dan Wang Tunai Untuk Anda.

Dapatkan hadiah-hadiah menarik & wang tunai di sini. Daftar Segera. Berbaloi! [Klik Di Sini]

Berminat nak dapatkan Galaxy W
? [KLIK DI SINI]

Anda ingin peluang memenangi MPV? [KLIK DI SINI]


Followers

Benarkah sokongan terhadap UMNO Perlis semakin berkurangan?

Al Fatihah : Adun BN DUN Tenang sah meninggal dunia



Al-Fatihah. ADUN Tenang, Johor, YB Dato' Sulaiman Taha meninggal dunia jam 1.10 am sebentar tadi.Allahyarham juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Labis.

Moga Allah mencucuri rahmat keatas arwah.
Takziah kepada ahli keluarga dan sanak saudara arwah.

MB Perlis Tidak Lagi Dihormati. Seharusnya Ditukar Ganti Segera.



Sidang DUN Perlis 16 Disember 2010
Kredibiliti Md Isa Sabu tercalar dengan pelbagai soalan dan permasalahan yg timbul dalam jentera kerajaan negeri Perlis. Speaker Dewan Undangan Negeri Dato' Yazid Mat memberi amaran kepada MD Isa agar mengambil tindakan segera kepada SUK kerana enggkar dgn arahan dr Md Isa sendiri untuk mengambil tindakan kepada pegawai beliau. SUK Perlis tidak mengendahkan arahan lisan dan memo dari Md Isa Sabu kepada beliau. Hal ini sudah berlarutan selama 3 bulan dan pegawai tersebut masih lagi bertugas dan tiada sebarang tindakan diambil akibat dari sikap yg tidak baik ditunjukkan oleh pegawai berkenaan.

Dato' Yazid Mat juga menegaskan bahawa SUK dan pegawai terlibat tidak sepatutnya menjawat jawatan di pentadbiran negeri kerana tidak menghormati arahan dari Menteri Besar mereka.
Ini menunjukan bahawa Md Isa tidak lagi dihormati sedangkan beliau merupakan menjawat jawatan tertinggi di dalam pemerintahan kerajaan negeri Perlis. Ternyata jelas mereka terbabit mengingkari arahan dan amaran dari beliau. Dengan kata lain bersikap "kurang ajar".

Sementara itu, ADUN Santan Sabry Ahmad seoalah-olah membuka pekung di dada dengan soalan yang ditujukan kepada Dato' Seri Shahidan Kassim (DSSK). Beliau bertanyakan kenapa DSSK tidak memberi bantuan kepada mangsa banjir di Santan. Sedangkan seluruh rakyat di Perlis tahu semua kawasan telah dilawati dan diberi bantuan oleh DSSK. Persoalan ini sebenarnya menjerat Sabry sendiri. Kenapa beliau mengharapkan ADUN Tambun Tulang (DSSK) untuk memberi bantuan kepada mangsa banjir di Santan. sedangkan Santan adalah kawasan beliau. Berdasarkan maklumat yg diperolehi, Sabry yg juga ADUN Santan tidak secara menyeluruh melawati mangsa-mangsa banjir di kawasannya sendiri.