selamat datang 01 Pictures, Images and Photos

Ganjaran Hadiah Dan Wang Tunai Untuk Anda.

Dapatkan hadiah-hadiah menarik & wang tunai di sini. Daftar Segera. Berbaloi! [Klik Di Sini]

Berminat nak dapatkan Galaxy W
? [KLIK DI SINI]

Anda ingin peluang memenangi MPV? [KLIK DI SINI]


Followers

Benarkah sokongan terhadap UMNO Perlis semakin berkurangan?

Kemana Arah Tuju BN Perlis?


PERLIS mungkin hanya sebuah negeri kecil di utara tanah air yang jarang muncul dalam radar politik negara ini. Dengan hanya tiga kawasan Parlimen – Kangar, Padang Besar dan Arau, politik Perlis jarang menjadi bualan. Cuma sesekali kedengaran isu-isu membabitkan kepimpinan UMNO negeri.

Tetapi kecil bukan bermakna tidak penting. Walaupun jarang mendapat tempat dari segi liputan berita dan isu politiknya pula jarang dibualkan, namun Perlis tetap penting untuk dikuasai. Bagi Barisan Nasional (BN), ia wajib dipertahankan. Bagi pembangkang terutama Pas jika berjaya menguasai Perlis bermakna hampir keseluruhan negeri di utara tanah air akan berada di bawah penguasaan mereka.

Kini, ramai meramalkan selepas berjaya menawan Kedah pada pilihan raya umum (PRU) 2008, Perlis bakal jatuh ke tangan Pas pada PRU akan datang. Walaupun tidak disertakan dengan fakta dan alasan kukuh, perkara itu dikatakan bukan sesuatu yang mustahil. Tempias kejayaan Pas di Kedah tiga tahun lalu turut dirasai di Perlis.

Saban hari, ada saja ceramah dan program Pas untuk menarik dan meraih sokongan rakyat Perlis menyokong parti itu. Kejayaan menguasai dua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang dan Simpang Empat, kedua-duanya dalam Parlimen Arau menunjukkan Pas mampu menembusi kubu BN di Perlis.

Malah kedudukan Pas di Sanglang nampaknya sukar digugat berdasarkan kejayaannya mengekalkan kerusi itu untuk tiga penggal berturut-turut. Ditambah pula dengan kejayaan menguasai DUN Simpang Empat pada 2008, Pas dilihat semakin hampir untuk merealisasikan cita-cita menguasai negeri di utara tanah air. Jika berdasarkan congakan mudah, Pas hanya perlu kuasai enam lagi DUN untuk menyingkirkan BN di Perlis.
Ia bukan sesuatu yang mustahil. Jika pemimpin BN negeri terutama UMNO tidak berhati-hati dan hanya mementingkan jawatan dalam parti daripada berusaha keras mendampingi rakyat, maka tidak mustahil Pas akan menjadi pilihan rakyat Perlis.

Yang menjadi persoalan, mampukah BN Perlis pimpinan Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu menahan asakan Pas itu? Dalam tempoh sepenggal mengetuai BN Perlis, mampukah Md. Isa mengumpul kekuatan dan membina perpaduan untuk berhadapan dengan cabaran tersebut?
Ini kerana ramai yang sangsi dan ada juga yang sinis akan keupayaan Md. Isa kerana beliau bukan daripada kalangan nama besar dalam kepimpinan UMNO Perlis.

Sebelum Mac 2008, siapa yang kenal Md. Isa? Apatah lagi hendak mengaitkannya dengan jawatan Menteri Besar Perlis. Kepimpinan UMNO Perlis ketika itu banyak berlegar sekitar Datuk Seri Shahidan Kassim, Datuk Seri Azmi Khalid dan Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad, selain Datuk Zahidi Zainol Abidin.

Nama-nama inilah yang menghidupkan dan mewarnai politik Perlis. Md. Isa tidak ada dalam radar politik Perlis, apatah lagi untuk diangkat sebagai Menteri Besar. Sebab itu apabila diumumkan untuk menggantikan Shahidan, ramai yang tidak percaya. Banyak juga yang tidak puas hati. Tidak kurang juga yang bersikap skeptikal dan merasakan mana mungkin Md. Isa mampu menandingi ketokohan dan kepimpinan Shahidan di Perlis. UM