selamat datang 01 Pictures, Images and Photos

Ganjaran Hadiah Dan Wang Tunai Untuk Anda.

Dapatkan hadiah-hadiah menarik & wang tunai di sini. Daftar Segera. Berbaloi! [Klik Di Sini]

Berminat nak dapatkan Galaxy W
? [KLIK DI SINI]

Anda ingin peluang memenangi MPV? [KLIK DI SINI]


Followers

Benarkah sokongan terhadap UMNO Perlis semakin berkurangan?

Zaid Ibrahim Sah Sertai AKIM

KUALA LUMPUR, 13 Dis — Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Zakaria Salleh mengesahkan Datuk Zaid Ibrahim secara rasmi sudah menjadi ahli parti itu, berkuat kuasa pertengahan bulan lalu. Zakaria berkata Zaid yang juga bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan telah menyerahkan borang keahlian Akim selepas keluar daripada PKR pada 19 November lalu.

Zaid sebelum ini telah menerima notis keluar PKR pada 19 November lalu walaupun pernah mengumumkan akan keluar parti itu pada 16 Disember ini.

“Beliau (Zaid) sekarang sah sebagai ahli Akim, beliau telah serahkan borang keahlian pada November lalu. “Jadi status beliau adalah ahli kita yang sah dan rasmi,” kata Zakaria ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Ketika ditanya sama ada Zaid akan bertanding jawatan presiden Akim, Zakaria berkata, ia terpulang kepada bekas menteri kerajaan pusat itu. “Terpulang kepada Zaid sama ada mahu bertanding ataupun tidak, jika mahu bertanding jawatan itu (presiden) saya akan beri laluan.
“Keputusan itu juga bergantung kepada keputusan ahli yang lain, saya tidak boleh buat keputusan,” katanya.

Akim akan mengadakan perhimpunan agung di Kuala Lumpur lusa bagi memilih barisan kepimpinan yang baru. “Zaid kemungkinan besar akan menghadiri mesyuarat agung ini,” kata Zakaria lagi.

Sebelum ini Zakaria berkata beliau sedia memberi laluan kepada Zaid untuk menerajui parti tersebut jika bekas pemimpin PKR itu sedia menyertainya. Beliau juga yakin Zaid yang meninggalkan PKR baru-baru ini kemungkinan besar akan menyertai Akim bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang dijangka diadakan awal tahun depan.

Menurut Zakaria, melalui perbincangan sebelum ini Zaid telah menyatakan persetujuan untuk menyertai parti yang berpejabat di Kelantan itu. - TMI


* Kalau kali ni Zaid buat hal lagi, parti mana pula yang dia nak masuk? Ok la tu, Presiden AKIM pun dah bagi laluan untuk Zaid bertanding jawatan Presiden. Itu mungkin cita-cita Zaid, Semoga berkekalan dengan jodoh yang baru tiba. Amin :D