Ganjaran Hadiah Dan Wang Tunai Untuk Anda.

Dapatkan hadiah-hadiah menarik & wang tunai di sini. Daftar Segera. Berbaloi! [Klik Di Sini]

Berminat nak dapatkan Galaxy W
? [KLIK DI SINI]

Anda ingin peluang memenangi MPV? [KLIK DI SINI]


Followers

Benarkah sokongan terhadap UMNO Perlis semakin berkurangan?

Zaid Ibrahim Bakal Digulingkan Dari Jawatan Presiden KITA.


Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), yang ditubuhkan Januari lalu, kini bergolak apabila ramai anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti itu mengecam hebat tindakan "tidak beretika dan tidak mengikut perlembagaan" Presiden Datuk Zaid Ibrahim memecat anggota CWC baru-baru ini.

Tindakan memecat tiga anggota CWC - setiausaha pusat Abdul Latif A Tambi, bendahari Rashid Azad Khan dan anggota CWC Muhammad Firdaus Christopher - dikatakan dibuat tanpa sebarang sebab kukuh dan hanya menerusi surat tidak rasmi iaitu hanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
Dalam satu e-mel hari ini, seorang anggota CWC parti itu, Mohd Zahrein Zakariah berkata beliau akan memanggil satu mesyuarat agung luar biasa parti sebagai saluran undang-undang untuk mendesak Zaid meletak jawatan.

"Presiden telah menyimpang jauh daripada matlamat parti ditubuhkan. Tidak ada pergaduhan dalam KITA cuma ada mereka yang memutuskan untuk bercanggah dengan prinsip parti ditubuhkan dan ini termasuklah ketua parti Zaid Ibrahim.

"KITA bermatlamat menjadi parti pembangkang utama di Malaysia, dan kami tetap teguh dengan pendirian itu serta menjadi tanggungjawab saya menentang tindakan Zaid baru-baru ini yang berlawanan dengan prinsip parti," katanya.

KITA ditubuhkan Januari lalu selepas Zaid keluar daripada PKR tahun lalu, dan menyertai parti yang sebelum ini dikenali sebagai Angkatan Keadilan Malaysia.

Zaid didakwa menggantung keanggotaan Muhammad Firdaus kerana kenyataannya bersabit langkah parti itu memotong belanjawan operasinya manakala pemecatan Abdul Latif kerana dia enggan memberikan kata laluan laman sesawang KITA kepada presiden.

Semasa dihubungi, Muhammad Firdaus mendakwa ia bukan bersabit dengan belanjawan parti tetapi hanya satu helah mahu mengalihkan perhatian terhadap isu sebenar berhubung cara mana parti itu diuruskan.

"Zaid selalu membuat keputusan tanpa berunding terlebih dahulu dengan anggogta lain dalam CWC," katanya.

Dalam satu e-mel lain, anggota CWC dan penyelaras KITA Wilayah Persekutuan Dr Rajaratnam Gopal Pillai berkata Zaid tidak mahu mendengar nasihat daripada CWC dan anggota peringkat bawah.

"Ini kerana sifatnya yang angkuh dan enggan bertolak ansur dalam soal cara menguruskan parti KITA. Saya selalu menasihatinya supaya mendengar rungutan anggota parti," katanya.


"Dia tidak mahu mendengar pandangan anggota-anggota CWC yang lain dan jika keadaan ini berterusan lambat laun parti ini akan lebur dari dalam. Tindakannya memecat anggota parti baru-baru ini menimbulkan persoalan tentang niat sebenar perjuangan politik beliau," kata Dr Rajaratnam.

Katanya ramai berpendapat sekiranya masalah dalaman parti tidak diselesaikan segera, KITA tidak mampu bertanding dalam pilihan raya umum akan datang. - mk -