selamat datang 01 Pictures, Images and Photos

Ganjaran Hadiah Dan Wang Tunai Untuk Anda.

Dapatkan hadiah-hadiah menarik & wang tunai di sini. Daftar Segera. Berbaloi! [Klik Di Sini]

Berminat nak dapatkan Galaxy W
? [KLIK DI SINI]

Anda ingin peluang memenangi MPV? [KLIK DI SINI]


Followers

Benarkah sokongan terhadap UMNO Perlis semakin berkurangan?

Dimanakah Pihak Yang Bertanggung Jawab?


 
Masalah sistem peparitan dan pengurusan sampah yang tidak diselia. Setelah beberapa aduan telah dibuat kepada pihak berkuasa tempatan (MPK) namun tiada sebarang tindakan diambil malah wakil rakyat yang bertanggungjawab langsung tidak memperdulikan desakan penduduk Taman Bakau, Kangar Perlis. 


Bayangkan rumah yang dibeli dengan hasil usaha penat lelah bekerja siang dan malam tidak dapat didiami dengan selesa seperti yang diimpikan. Menurut sepasang suami isteri yang mempunyai seorang bayi berusia 9 bulan, mereka terpaksa hidup dalam keadaan rumah yang berbau sampah setiap hari malah bahagian belakang rumah mereka juga dicemari bau busuk air longkang lama yang tidak diselenggara ditambah pula dengan gendola sampah yang dihantar ke tepi rumah mereka hari ini benar² mencabar kesabaran mereka. 


Segala aduan yang dibuat hanya dipandang sepi malah wakil rakyat juga tidak ambil peduli. Saya berharap pihak bertanggungjawab dapat membantu pasangan ini bagi meneruskan kehidupan yang lebih selamat, kerana masalah ini banyak memberikan risiko kesihatan dan keselamatan kepada semua penghuni Taman Bakau, Kangar, Perlis. 

Selamatkan mereka dari  masalah taun, masalah pembiakan nyamuk dan pencemaran bau yang keterlaluan.

Mufti Perlis Minta Anwar Bersumpah.


Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya bersumpah menafikan beliau adalah pelaku dalam video seks yang didedahkan, bukan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang patut berbuat demikian, kata Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya.

Ketika dihubungi di Makkah semalam, Juanda berkata memadai bagi Anwar bersumpah dengan berkata ‘Wallahi tuduhan itu palsu’.

Beliau berkata, dalam hukum Islam, kaedah yang diamalkan dalam kes jenayah seperti ini ialah pendakwa perlu membukti pertuduhan dan yang kena tuduh bersumpah menafikan tuduhan. 

“Datuk Shazryl Eskay tidak patut bersumpah, yang patut bersumpah adalah orang yang kena tuduh (Anwar) bagi menafikan tuduhan itu,” katanya kepada Berita Minggu, semalam.

Juanda turut berkata, beliau mahu kes membabitkan video seks berkenaan diselesaikan dengan segera kerana ia memalukan umat Islam.


“Mahkamah Syariah perlu proaktif memutuskan hal ini dengan segera untuk menutup aib umat Islam, bukan menjadi penonton saja. Semua pihak perlu menjaga imej Islam,” katanya. BH