selamat datang 01 Pictures, Images and Photos

Ganjaran Hadiah Dan Wang Tunai Untuk Anda.

Dapatkan hadiah-hadiah menarik & wang tunai di sini. Daftar Segera. Berbaloi! [Klik Di Sini]

Berminat nak dapatkan Galaxy W
? [KLIK DI SINI]

Anda ingin peluang memenangi MPV? [KLIK DI SINI]


Followers

Benarkah sokongan terhadap UMNO Perlis semakin berkurangan?

Ramadan Bulan Keberkatan


Duit Raya Untuk Kakitangan Awam

Tahniah kepada semua kakitangan awam dan pesara-pesara kerajaan kerana telah mendapat imbuhan duit raya tahun ni dari Kerajaan Malaysia. Taniah juga kepada kakitangan awam dari Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Melaka kerana telah diumumkan akan mendapat bonus tambahan dari kerajaan negeri masing-masing. Adakah selepas ini akan menyusul beberapa negeri lain akan turut memberi duit raya kepada penjawat awam mereka? Bagaimana dengan negeri Perlis pula? Adakah Dato Seri Md Isa Sabu hanya mengambil keputusan untuk berdiam sahaja? Tak pernah dalam sejarah negeri, atau negeri bangkrap kerana membantu rakyat, termasuk memberikan duit raya kepada penjawat awam masing-masing. Apalah sangat nak dibandingkan ratusan setiap penjawat awam jika hendak dibandingkan sumbangan dan keperitan hidup mereka sekarang ini. Persiapan raya yang "ala kadar" belanja isi rumah lagi, dan komitmen persendirian lagi. Berilah satu butir senyuman kepada mereka. Mungkin rakyat Perlis ketika ini sedang menunggu pengumuman gembira untuk mereka dari kerajaan Negeri Perlis. Harap-harap kerajaan Perlis dapat mengambil contoh seperti kerajaan Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Melaka yang peka dan prihatin terhadap rakyat mereka.

Biadapnya Rakyat Indonesia

Kedutaan kita di Jakarta dibaling dengan najis dan Jalur Gemilang dipijak dan dibakar. Apakah reaksi rakyat Malaysia ke atas insiden ini? Pemimpin kita menggesa agar rakyat Malaysia mengibarkan Jalur Gemilang tetapi rakyar Indonesia memijak dan membakar Jalur Gemilang. Apakah ini harus dibiarkan begitu saja terhadap rakyat Indonesia yang kurang ajar ini?

Keikhlasan Menjadi Diri Sendiri

Sesungguhnya hati manusia memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk peribadi seseorang insan. Hati yang baik akan melahirkan tingkah-laku yang baik dalam diri seseorang, manakala hati yang tidak baik pula akan menzahirkan sifat-sifat keji dan mazmumah dalam diri seseorang insan. Apabila tamak menguasai diri, akan mengikislah perasaan malu dan menghapuskan maruah diri serta memakaikan pakaian kehinaan kepada orang yang lain dan antara anggota penting manusia yang wajib diberikan perhatian adalah lidah. Tanpa lidah manusia tidak dapat menuturkan kata-kata dengan baik. Dengan lidah juga manusia dapat bermain kata-kata. Dengan lidah juga manusia dapat menghancurkan segala-galanya. Semoga perjuangan dan niat kita yang ikhlas ni diberkati Allah dan di jauhi dari hasad dengki, khianat dan busuk hati. Salam ikhlas dari saya.

UMNO dan BN Perlis Perlu Bertindak!

UMNO dan BN wajar bertindak segera bagi meningkatkan sokongan rakyat kepada kerajaan berikutan konflik melanda pakatan pembangkang dibeberapa negeri ketika ini. Itu adalah petikan ucapan Ahli Parlimen Kangar semasa menyampaikan wang pendahuluan pembiayaan PTPTN kepada 92 bakal mahasiswa pada pertengahan Jun lalu. Dan katanya lagi, ketika pakatan pembangkang sedang bermasalah, inilah waktu yang sesuai buat UMNO dan BN menjalankan pelbagai aktiviti diperingkat peti undi dan golongan muda disasarkan.
Sejauh manakah tindakan telah diambil sedangkan DAP sudah mula bertapak dan telah mempunyai beberapa cawangan di Perlis dengan keahlian melebihi 3000 orang. Lebih malang lagi PKR telah berjaya menembusi kubu kuat UMNO dan membuka rantingnya, yang mana keahliannya kini melebihi 10,000 orang. Bila lagi pemimpin atasan UMNO Perlis mahu duduk semeja untuk bertindak segera seperti yang disarankna Ahli Parlimen Kangar. Kami rakyat biasa sedang memerhati gelagat setiap pemimpin kanan UMNO Perlis. Bertindaklah!!!!
2 thn dahulu, ketika Shahidan tidak lg memegang tampok pemerintahan kerajaan negeri, ada yg bertanya bolehkah yg "Baru" buat mcm Shahidan buat. Lalu mereka menjawab, kita tak mau ajar rakyat dgn wang ringgit, nanti susah. Dan sekarang...rakyat bertambah susah dibebani dgn cukai, bil2, kenaikan harga brg. Salahkah seorang pemimpin berkongsi pendapatan yg dia perolehi dengan rakyat. Sedangkan setiap pendapatan kita ada bahagian org lain, yakni zakat. Kita juga boleh memberi sendiri zakat kepada yg memerlukan.
Penulis terkenal masa kini, Hambali Abd Latif dalam blognya menulis Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, Hashim Jasin memuji kepimpinan Menteri Besar, Md Isa Sabu. Namun, apabila saya terbaca tulisannya mengenai Hashim Jasin (ADUN Sanglang) memuji dengan kata-kata; “Saya selesa menjadi ADUN di bawah kepimpinan Md Isa,” banyak spekulasi timbul. Pertama, kerana Hashim menang kerusi Sanglang atas ‘rasa bertolak ansur’ BN kepadanya apabila tuntutannya berjaya di mahkamah. Kemenangan calon BN Abdullah Hassan dengan majoriti 149 dibatalkan. Dalam PRU 11, 21 Mac 2004, Hashim menang kerusi ini dengan majoriti 45 undi dan di bawah kepimpinan Md Isa yang penuh kontroversi, sejak hari pertama perlantikannya menjadi Menteri Besar, Hashim sudah dapat bayangkan, Pas akan menguasai Perlis dalam PRU 13 akan datang. Sebagai Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim tentunya punya strategi menawan Perlis. Dari perkiraan Pas dan Pakatan Pembangkang, lebih mudah mengalahkan BN di Perlis di bawah pimpinan Md Isa daripada di bawah Datuk Seri Shahidan Kassim. Md Isa mungkin merasakan pahit kritikan Shahidan dan terasa manisnya puji-pujian dari Hashim. Sebagai seorang pengidap ‘kencing manis’ Md Isa tentulah memerlukan ubat yang pahit daripada gula yang manis untuk menjadi penawar. Dalam politik Pas, kekuatan pengaruh Shahidan di Perlis cukup merisaukan. Timbalan Mursyidul Am Pas dan seorang pakar perubatan Islam terkenal, Datuk Dr. Harun Din sendiri tidak pernah berjaya mencari kemenangan di Arau. Salah satu dialog dalam filem Madu Tiga arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, “baik, baik ada makna tu…” cukup sesuai dibandingkan dengan puji-pujian yang diberikan Hashim kepada Md Isa. Md Isa dilihat gagal menyelesaikannya walaupun sudah mempunyai penasihat yang pernah menjadi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Radzi Sheikh Ahmad. Md Isa menafikan dia ada melantik ‘tukang maki’ dalam Umno Perlis tetapi kegagalannya membendung penyokong-penyokongnya bercakap kasar dan tidak berhemah membuktikan kelemahannya. Mempertahankan imejnya dengan dibayangi pengaruh Radzi yang sudah ditolak kepimpinannya di Kuala Lumpur dan tidak lagi dilantik menjadi Setiausaha Agung Umno menunjukkan ‘karier politiknya’ sudah di ambang senja. Sedaya upaya, mereka mahu memadamkan rekod kehebatan kepimpinan Shahidan di Perlis. Dalam PRU 12, ketika BN tumbang di Kedah. Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kelantan dan hilang majoriti 2/3 di Negeri Sembilan, Umno dan BN Perlis gagah. Ketika Shahidan sibuk untuk memastikan kekuatan Umno dan BN kembali kuat kesan tsunami politik, mereka yang lain bekerja keras mahu merampas kuasa dan mencari kedudukan. Mereka sedar, kerja-kerja itu bukan merugikan Shahidan tetapi sebenarnya menjejaskan Umno. Orang-orang ini bukan mempunyai apa-apa perasaan kasih sayang kepada Umno kerana mereka boleh melompat ke Parti Melayu Semangat 46 ketika Umno bermasalah dan masuk semula kepada Umno apabila Umno kembali kuat, tidak menunjukkan kesetiaan mereka berterusan kepada Umno. Md Isa boleh berseronok sekarang dengan puji-pujian dari Hashim, tetapi keseronokannya itu akan terjawab apabila sampai tarikh PRU 13. Apakah kepimpinan Md Isa lebih baik dari Shahidan akan diadili oleh pengundi kelak. Penasihatnya mungkin sudah tidak bertanding lagi kerana ‘alam senjanya’ tetapi apa yang ditinggalkannya akan memberi kesan kepada prestasi BN dalam PRU 13 kelak.
Kita imbas kembali, awal tahun ini apabila Ustaz Hashim Jasin (PAS–Sanglang) melihat tiada elemen pembinaan insan yang disentuh Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Dr. Md Isa Sabu ketika membentangkan Bajet 2010 yang mempunyai defisit sebanyak RM75.6 juta, ramai yang tersenyum sinis. Orang ramai tersenyum sinis kerana Md Isa yang khabarnya mendapat bantuan mentadbir negeri dari seorang yang pernah menjadi menteri dan Setiausaha Agung Umno, sepatutnya menunjukkan kelebihan yang lebih ketara dari bekas-bekas Menteri Besar sebelumnya. Malangnya, apa yang heboh diperkatakan di Kangar sekarang, apabila orang bercakap pasal politik Umno, mereka tersenyum sinis, macamlah gambar Menteri Besar yang tersenyum di bulatan dekat Hotel Putera Palace – senyuman mengejek! Jangan salah faham. Bukan Menteri Besar yang mengejek tetapi senyuman sinis orang ramai, senyuman sinis itu senyuman yang penuh makna. Bertanyalah dengan sesiapa sahaja orang-orang Umno, bukan sahaja di Perlis malahan dari luar Perlis juga tahu bahawa Radzi dilihat adalah Menteri Besar di belakang tabir di Perlis manakala Md Isa tidak berperanan apa-apa sebenarnya jika tanpa restu Radzi.Md Isa pernah menafikan bahawa Radzi lebih berkuasa darinya di Perlis tetapi sebagai bekas Setiausaha Sulit Radzi ketika Radzi menjadi Timbalan Menteri suatu ketika dahulu, tiada siapa percaya yang Md Isa mentadbir Negeri Perlis tanpa tangan-tangan ghaib membantunya. Dari segi politik nasional, peranan Umno Perlis seperti tidak langsung dihargai oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak kerana tiada seorang pun, dari ketiga-tiga Ahli Parlimen Perlis dilantik memegang apa-apa jawatan dalam kabinet. Jika ketika Shahidan menjadi Menteri Besar, secara terbuka Shahidan menyebut dia bermasalah dengan Radzi dan bekas seorang lagi Menteri Kabinet, Dato' Seri Azmi Khalid, kini, Md Isa terpaksa mengaku bahawa sebelum dia menjadi MB Perlis, mungkin dialah yang menjadi sebab mengapa Shahidan dengan Radzi tidak pernah berdamai.



Semalam saya menyaksikan pertandingan bola sepak antara perlis melawan kedah. Pasukan negeri perlis seri 1-1 kepada negeri kedah. Mutu pengadilan amat mengecewakan bagi saya. Tetapi apa yang membanggakan saya, dalam keadaan hujan lebat, ramai penyokong kedua dua negeri tampil memberi sokongan pada pasukan masing2. Turut memberi sokongan Raja Muda Perlis dan Raja Puan Muda Perlis. Taniah kepada Dato Seri Shahidan Kassim kerana telah berjaya memimpin Persatuan Bola Sepak Negeri Perlis. Jasa beliau dalam Persatuan Bola Sepak Negeri Perlis amat besar sekali. Harap skuad bola sepak negeri Perlis juga, berusaha bersungguh sungguh agar mencapai kejayaan yang penuh bermakna buat Negeri Perlis.
"Wau melawan angin" dan "wayang kepadaman damar" mungkin perumpamaan tersebut tepat bagi menggambarkan nasib malang 37 pekerja Hotel Putra Palace yag telah dibuang kerja. Difahamkan, tindakan itu diambil pihak pengurusan hotel, setelah bertukarnya pentadbiran yang baru. Kesemua yang telah dibuang ialah pekerja pekerja lama hotel tersebut yang berpengalaman sejak dari awal pembukaan hotel tersebut. Maklumat dari salah seorang pekerja yang menjadi mangsa keadaaan, mengatakan mereka dibuang kerja serta merta tanpa sebab dan pihak pentadbiran berjanji untuk membayar gaji mereka sehingga cukup sebulan. Namun apabila menerima gaji, bayaran hanya diberikan sebanyak 8 hari berkerja sahaja. Entah kemana mereka akan pergi? Adakah mereka perlu membina kehidupan yang baru dalam keadaan sekarang ini? Bagaimana pula dengan peluang pekerjaan mereka pada masa depan? Harap pihak pentadbiran hotel Putra Palace dapat bertanggung jawab ke atas 37 mangsa keadaan tersebut dan tidak lepas tangan.
Ketika menghadiri Bazaar Minda Tajdid di Tambun Tulang baru baru ini, saya ada mendengar ucapan dari Dato Seri Shahidan Kassim, beliau ada menyatakan yang beliau tidak bersetuju sama sekali adanya pasar raya besar di Perlis. Sudah mencukupi pasar raya yang ada sekarang di Perlis. Saya terfikir sejenak, jika Perlis terdapat banyak pasar raya, bagaimana dengan peniaga peniaga di Perlis? Mampukah peniaga di Perlis bersaing harga dengan pasar raya besar ini. Memang penguna mahukan harga yang lebih rendah, tapi rasanya Perlis sudah mencukupi pasar raya yang ada. Jika banyak pasar raya besar di Perlis, jawabnya peniaga peniaga kecil ini akan gulung tikar. Lagi pun pasar raya besar ini, bukan dimiliki oleh anak tempatan, tetapi orang dari luar. Hasilnya peniaga anak tempatan Perlis menjadi mangsa pasar raya besar ini.