selamat datang 01 Pictures, Images and Photos

Ganjaran Hadiah Dan Wang Tunai Untuk Anda.

Dapatkan hadiah-hadiah menarik & wang tunai di sini. Daftar Segera. Berbaloi! [Klik Di Sini]

Berminat nak dapatkan Galaxy W
? [KLIK DI SINI]

Anda ingin peluang memenangi MPV? [KLIK DI SINI]


Followers

Benarkah sokongan terhadap UMNO Perlis semakin berkurangan?

BN berjaya kekal DUN Tenang



7.15pm Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dalam lama Twitter mengucapkan tahniah kepada BN kerana berjaya mempertahankan kerusi tersebut.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN mendapat sekitar 6,698 undi manakala PAS mendapat 2,963 undi. calon BN, Mohd Azahar Ibrahim menang dengan majoriti 3,733 undi - meningkat 1,243 undi berbanding majoriti 2,492 undi pada 2008. 

7.01pm: BN 4,712, PAS 2090, maj 2,622

BN hampiri kemenangan, sebanyak 3,577 undi lagi yang belum dikira.

6.57pm Ladang Bukit Dato: BN 351, PAS 99, maj 252

6.52pm BN 4,420, PAS 2,033, majoriti 2,387.

Setakat ini sebanyak 61 peratus atau 6,453 undi daripada 10,579 yang keluar mengundi telah dikira.

Masih terdapat 4,125 undi masih belum dikira.

6.53pm:
BN 3,737, PAS 1,692, majoriti 2,045

6.51pm:
Kg Redung (S2): BN 211, PAS 67

6.50pm: BN 2,038, PAS 1,207

6.36pm: Kg Sawah Bahru (S1): PAS - 55, BN - 212.

Setakat ini, BN mendahului dengan 1,484 undi berbanding PAS sebanyak 533.

6.34pm:
Bandar Labis Tengah: PAS - 801, BN - 365

6.31pm
SMK Kamarul Ariffin: BN - 365, PAS - 801.

6.27pm:
PAS - 1,136, BN - 634.

6.22pm Bandar LabisTengah (S4): PAS - 209, BN - 90.

6.15pm
Bandar Baru Labis (S1): PAS - 123, BN - 64.

6.10pm:
Undi pos: BN - 115, PAS - 3, rosak - 1.


TANIAH BARISAN NASIONAL!!! TANIAH JUGA KEPADA MEREKA YANG BERTUNGKUS LUMUS BERUSAHA MENGEKALKAN KEMENANGAN BN DI TENANG. SYABAS!!!

LIVE DARI TENANG : Peratusan Keluar Mengundi Mengikut Peti Undi




Laporan terkini tentang peratusan keluar mengundi
 
1. Bdr labis tgh - 28.6%
2. Bdr labis tmr - 30.8%
3. Chemplak - 55.9%
4. Chemplak brt - 63.7%
5. Felda tng - 59.4%
6. Kg.redong - 67.3%
7. Labis - 31.0%
8. Ldg bkt dato - 57.3%
9. Ldg labis utara - 38.4%
10. Pkn ayer pns - 56.5%
11. Sawah bahru - 72.0%
12. Tenang stion - 38.3%

N Gobalakrishnan Umum Letak Semua Jawatan PKR


Bekas naib presiden PKR, N Gobalakrishnan, yang juga ahli parlimen Padang Serai, hari ini mengumumkan melepaskan semua jawatannya di dalam parti itu.

Pengumuman itu dibuatnya menerusi laman sosial twitter.
Menurut Gobalakrishnan, beliau akan meneruskan kerja-kerjanya melalui sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang baru.
Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada beliau juga bertindak keluar parti dan menjadi ahli parlimen Bebas.

Usaha Malaysiakini menghubungi untuk penjelasan lanjut belum berhasil.
Keputusan yang diambil Gobalakrishnan bukan sesuatu yang memeranjatkan kerana beliau dikataakn enggan menjawap surat tunjuk sebab PKR yang dikemukakan pada 4 Januari lalu.

Sebaliknya dalam jawapan angkuhnya di Twitter pada 21 Januari lalu, Gobalakrishnan berkata, "Kenapa mesti saya jawab surat tunjuk sebab? Ketua umum PKR, Anwar Ibrahim dan parti mesti jawap soalan saya dulu. Saya tak akan berhenti sehingga mereka jawab.”

ADUN Merlimau Masih Hidup Cuma Kritikal.



ADUN Merlimau Mohamad Hidhir Abu Hassan yang telah dilaporkan meninggal dunia sebentar tadi, sebenarnya masih hidup dan dalam keadaan kritikal. Berita mengenai kematian beliau sebelum ini dilaporkan oleh SPR melalui akhbar Utusan Malaysia dan Mstar Online.
 
Pelik macamana SPR boleh umumkan kata adun Merlimau dah meninggal dunia ni? Padahal adun tersebut masih hidup dan dalam keadaan kritikal! Berita mengenai kematian Adun Merlimau ini diperolehi dari Utusan Malaysia.
 
Apa-apa pun, mohon maaf kepada Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan dan keluargannya, disebabkan berita kematian ini. Apa nak buat SPR sendiri sebar berita ini, kami bloggers-bloggers cuma menyampaikan je!

* INFO TERKINI : ADUN Merlimau meninggal dunia pada jam 8.10 malam ini di Hospital Pakar Putra, Melaka. AL FATIHAH. (KLIK SINI)

Al Fatihah : Adun BN DUN Merlimau sah meninggal dunia


YB Datuk Mohamad Hidhir ADUN Merlimau di sahkan telah meninggal dunia hari ini ekoran masalah kesihatan yang di alami beliau sebelum ini. ADUN Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia setelah tenat selepas mendapat rawatan serangan jantung.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.  Amin.

RALAT :

ADUN Merlimau Masih Hidup Cuma Kritikal (KLIK SINI)

PILIHANRAYA KECIL LAGI : Kerusi DUN Pelabuhan Klang Kosong




Speaker Selangor, Datuk Teng Chang Khim hari ini mengisytiharkan kerusi dewan undangan negeri Pelabuhan Klang kosong berikutan kegagalan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah menghadiri sidang dewan undangan negeri Selangor selama lebih setengah tahun.

Badrul Hisham memenangi kerusi Pelabuhan Klang pada pilihan raya umum 2008 di bawah tiket PKR dengan majoriti 4,407 undi,  Pada Oktober 2009 beliau telah meninggalkan PKR dan memilih menjadi ADUN Bebas yang mesra BN tetapi kemudiannya menyertai Umno pada Mei tahun lalu.


Normala Calon PAS Untuk PRK Tenang.


PAS mengumumkan Ketua Muslimat PAS Kawasan Labis, Normala Sudirman sebagai calon mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari ini. 

Pengumuman itu dibuat oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu majlis ceramah Pakatan Rakyat di Dataran Wayang Pacak di Labis.

Normala (kiri) merupakan ketua Muslihat PAS Labis, dan tidak pernah bertanding dalam pilihan raya sebelum ini. Normala adalah guru lulusan Kolej Perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang dan bertugas di Sekolah Kebangsaan LKTP Kemelah, Segamat, selepas meletak jawatan baru-baru ini.

Beliau berbuat demikian kerana undang-undang pilihan raya melarang kakitangan kerajaan bertanding dalam pilihan raya.

Calon BN akan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Rabu ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 22 Januari sebagai tarikh penamaan calon.

Anak Pemimpin Politik Akan Berkahwin Dengan Anak Raja.




Wahhh... Betul ker cerita ni? Dengar-dengar ada seorang anak pemimpin politik akan berkahwin dengan anak raja. Siapakah gerangan anak pemimpin tu? Dan siapa pula anak raja ni? Raja Gopal ker? Raja Kapur?

Nak tau lebih lanjut pasal cerita ni? KLIK DI SINI

ADUN Merlimau Kembali Stabil.



Alhamdulillah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan yang sebelum ini dimasukkan ke Hospital Putra akibat serangan jantung, telah dilaporkan semakin stabil selepas menjalani rawatan pembesaran salah satu salur darah yang tersumbat. Cuma doktor menasihatkan beliau supaya lebih banyak berehat buat masa ini.

* Marilah kita berdoa agar beliau dapat menjalankan tugas seperti biasa selepas berehat nanti. AMIN.

Fasha Sanda pun sama teruk dengan Dania Danille, Suka Sangat Tayang Buah Dada.


Apa la yang best sangat pakai seksi-seksi ni. Sampai dok tunjuk-tunjuk buah dada ni. Dah memang tak ada perasaan malu ka? Mana dia adat ketimuran yang kita amalkan? Sebelum ni gambar Dania Danielle pakai bra saja, tetiba dapat pula gambar Fasha Sanda pakai bikini yang seksi. Cuba tengok gambar-gambar kat bawah ni. Gambar ni diterima dari rakan blogger Hot Malays, menurut rakan blogger tersebut, gambar seksi Fasha Sanda ini diambil semasa Fasha sedang bercuti di Bali Indonesia sempena menyambut tahun baru 2011 tempoh hari.




* Ini lah namanya artist Malaysia, bila dah meletup sikit, mula lah hilang adat ketimuran tu. Mula-mula pakai seksi-seksi, Lepas ni dedah apa pula tak tahu la pula. Ingatlah wahai artist-artist Malaysia, seksi di dunia, nanti seksa di akhirat lah jawabnya.

Dania Danille Bergambar Pakai Bra Sahaja.



Terkejut juga bila tengok gambar ni. Berani sungguh Dania Danille bergambar dengan hanya memakai bra sahaja. Apa la nak jadi dengan artist Malaysia sekarang ni. Mana pergi sifat malu dan nilai moral mereka?

Fasha Sanda pun sama teruk dengan Dania Danille, Suka Sangat Tayang Buah Dada. (KLIK SINI)

Satim Diman Menteri Besar Selangor Selepas Ini.


Umno Selangor dua hari lepas memilih Ahli Dewan Undangan Seri Serdang Satim Diman sebagai Ketua Pembangkang yang baru menggantikan Khir Toyo yang terpaksa melepaskan jawatan tersebut selepas didakwa di mahkamah oleh SPRM.

Selangor penting untuk BN dan Umno. Malahan Selangor adalah negeri yang terkaya dalam negara. Tetapi malangnya, Selangor yang satu ketika dulu menjadi kubu kuat Umno dan BN kini seolah-olah ketandusan pemimpin.

Puncanya ialah kegelojohan pemimpin-pemimpin Umno di Selangor. Seorang bekas Adun menarik perhatian ramai dengan mahligai tersergam indah, sementara isu Khir Toyo menjadi isu besar semasa pilihanraya umum yang lalu.

Ramai yang membuat pelbagai tekaan, siapa yang akan dilantik menjadi Pengerusi Perhubungan Selangor dalam rombakan baru-baru ini.

Jelas Najib Razak sensitif kepada masalah Selangor. Najib sedar akan isu yang menyelubungi beberapa pemimpin Umno di Selangor. Maka Najib mengambil keputusan untuk tidak melepaskan jawatan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor.

Najib juga sedar, untuk membersihkan Umno Selangor, beliau perlu memastikan satu generasi pemimpin Umno berlalu.

Adakah Satim diterima Umno Selangor? Umno bukan satu parti yang mudah diuruskan. Penerimaan Satim sebagai bakal MB Selangor jika menang nanti bergantung kepada sokongan daripada "panglima-panglima perang" di Selangor.

Ianya bergantung kepada samada Satim mendapat sokongan daripada Khir Toyo, Noh Omar, Zin Badak, Mat Taib dan beberapa pemimpin lain.

Jika tidak, Selangor akan terus ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

PANAS : Video Amah Rais Yatim (Kes Rogol Amah)


Anda semua nilailah sendiri video pengakuan rakan setugas Robengah yang bekerja di rumah Rais Yatim. Video ini diterima dari rakan-rakan blogger yang pergi berjumpa Rais Yatim sendiri bagi mendapatkan kepastian akan Isu Rogol amah yang di lemparkan ke atas beliau. Jadi ianya terpulang pada anda semua untuk menilai sama ada Dato Seri Utama Rais Yatim, Salah atau pun Benar.

Robengah
Saksikan Video Pengakuan Rakan setugas Robengah


* Lu Pikirlah Sendiri

Shuhaimi Shafiei Di Tahan Polis


Berita ringkas yang saya terima dari blogger Kedah Senang, bahawa Adun Seri Muda YB Shuhaimi Shafiei telah ditahan oleh pengawai polis dari Bukit Aman berhubung artikel yang disiarkan di blog beliau.

Artikel yang dipercayai mempunyai unsur hasutan itu serta mencabar kedudukan Tuanku Sultan Selangor. Dalam blog itu Adun terbabit antara lain mendakwa jawatan SUK tidak memerlukan perkenan Sultan Selangor dan sebaliknya ia adalah di bawah bidang kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan baginda seharusnya bertindak berdasarkan nasihat majlis berkenaan, bukannya berkecuali.

Saya hanya ingin mengucapkan selamat menjamu 'makanan anjing' buat Adun berkenaan. Istilah makanan anjing bukan saya yang cakap yer. Tapi Teresa Cock yang cakap.

* Berani buat berani tanggung la beb!!!

Majlis Talkin Untuk UMNO Perlis.


Satu majlis talkin untuk UMNO Perlis akan diadakan dalam masa terdekat bagi memberi amaran kepada pucuk kepimpinan UMNO Pusat bahawa parti itu kini berada dalam keadaan tenat dan hampir terkubur.

Bekas Ketua Penerangan UMNO Perlis, Datuk Hashim Suboh berkata, pelaksanaan majlis itu bagaimanapun bergantung kepada tindak balas pucuk pimpinan UMNO Pusat sama ada berani melakukan perubahan dalam menyelesaikan krisis kepimpinan parti di negeri itu ataupun tidak.


Menurutnya, majlis itu sepatutnya diadakan pada malam Sabtu lalu di Denai Larian, Pengkalan Asam di sini oleh beberapa pemimpin veteran UMNO Perlis yang tidak berpuas hati dengan keputusan mengekalkan Menteri Besar, Datuk Seri Md Isa Sabu sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.

“Bagaimanapun, hasrat itu terpaksa ditangguhkan setelah saya berbincang dengan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada 30 Disember lalu dan beliau bersetuju untuk menyampaikan luahan hati kami kepada Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh terdekat.

“Kami sepakat untuk memberi peluang kepada Najib menggunakan kebijaksanaannya menyelesaikan krisis kepimpinan parti di negeri ini dan sekiranya beliau gagal, satu majlis talkin akan diadakan dalam masa terdekat,” katanya.

Hashim turut mempersoalkan tindakan UMNO Pusat tidak mengekalkan Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin sebagai Timbalan Pengerusi UMNO negeri, sebaliknya mengekalkan jawatan Dr Md Isa kerana mendakwa prestasi Zahidi dilihat jauh lebih baik daripada Md Isa.

“Adakah kepimpinan UMNO Pusat melihat Zahidi sebelum ini bermasalah sehinggakan jawatan beliau tidak dikekalkan?

“Konflik kepimpinan UMNO di Perlis bukan sahaja melibatkan dua pemimpin UMNO sahaja, sebaliknya membabitkan ramai lagi ahli lain dan saya menyifatkan tindakan menjadikan Zahidi sebagai ‘kambing hitam’ tidak wajar,” katanya.

Hashim turut menyuarakan harapan agar jawatan kepimpinan tertinggi UMNO negeri diserahkan kepada Najib sendiri bagi menyelesaikan masalah kepimpinan yang berlarutan sejak tiga tahun dahulu.

“Lebih baik serah jawatan pengerusi UMNO negeri kepada Najib kerana isu pokok pertikaian kebanyakan pemimpin akar umbi parti adalah pengekalan jawatan Dr Md Isa yang dianggap tidak sesuai.

“Satu penyelesaian lebih baik perlu dibuat pucuk pimpinan UMNO demi memastikan UMNO Perlis terus kukuh dan mengekalkan sokongan rakyat pada masa hadapan,” katanya.


* Berubahlah Sebelum Rebah. Amaran Untuk Dato Seri Najib Razak. Jangan Biarkan UMNO Perlis Menjadi Parti Pembangkang Pada Pilihanraya Umum Akan Datang.

Harga Petrol Naik Lagi Tengah Malam Ini.


Harga minyak petrol akan dinaikkan lagi malam ini. Tapi kenaikkan ini hanya melibatkan minyak petrol RON97 sahaja. Petrol RON95 masih lagi pada harga yang sama. Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen lagi kepada RM2.40 seliter berkuatkuasa tengah malam ini, mengikut sumber dari Malaysiakini

Bagaimanapun harga petrol RON 95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.

Harga petrol RON 97 sejak tahun lalu, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Pada 1 Nov lalu, harga petrol RON97 dinaikkan 5 sen menjadi RM2.15 seliter dan akhir bulan yang sama ia dinaikkan lagi 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter.

Proton Pesona Jadi Kereta Polis Di United Kingdom


Sungguh berbangga apabila kereta nasional kita, Proton Pesona dijadikan kereta peronda polis United Kingdom. Nampaknya kereta nasional kita telah diberi pengiktirafan oleh pihak polis United Kingdom. Tapi kenapa rakyat kita masih nak memperlekehkan kereta keluaran negara kita? Berbanggalah dengan hasil keluaran negara kita sendiri. 

Al Fatihah : Mohd Faizal Yusup Meninggal Dunia.


Pelakon Mohd Faizal Yusup,meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) semalam,kira-kira pukul 1.45 petang akibat serangan jantung.Menurut abangnya,Shaiful Yusup,Allahyarham rebah ketika berada di bilik air rumahnya di Sentul.Akibat kejadian itu, Shaiful dan isteri Mohd Faizal iaitu Rosmunira Rashid,membawa Faizal ke Pusrawi untuk mendapatkan rawatan kira-kira pukul 10 pagi.Bagaimanapun,keadaannya menjadi semakin kritikal sehinggalah dia disahkan meninggal dunia beberapa jam selepas dimasukkan ke hospital.

Sementara itu,bekas isterinya,penyanyi Siti Nordiana atau Nana,yang ditemui berkata Faizal ada menghubunginya beberapa hari lalu untuk bercakap dengan anak mereka,Muhammad Rayyan Nakhaie,tetapi anaknya tiada bersama Nana pada ketika itu.Bagaimanapun,petang semalam,Nana mendapat panggilan telefon mengatakan Faizal dimasukkan ke hospital dan dia mahu melihat anaknya.Berikutan itu,Nana sempat membawa Muhammad Rayyan ke hospital dan Faizal sempat berjumpa dengan anaknya itu.

Selepas berpisah dengan Nana,Faizal mendirkan rumahtangga dengan Rosmunira yang kini mengandung lima bulan pada awal tahun lalu.Turut kelihatan menziarahi Allahyarham di hopsital, pelakon Amyza Aznan, Zulkifli Ariffin, Pierre Andre, Sharifah Amani, Dira Abu Zahar, Liyana Jasmay dan Tania Hudson.Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Sentul, Sabtu dan dijadualkan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu Muda, Batu Caves, Selangor kira-kira pukul 10 pagi nanti.

*  Moga Allah mencucuri rahmat keatas arwah. Takziah kepada ahli keluarga dan sanak saudara arwah.