Kali ini cerita mengenai artist pulak, Pertama sekali kita kena take note yang ini hanya gosip sahaja ok. Sama ada ianya sahih atau tak, kena tunggu tuan empunya diri keluarkan kenyataan kepada umum. Yang menariknya gosip ini melibatkan seorang menteri dengan artist. Sama seperti sahabat blogger Jelapang, nak berceritakan pasal artist ni tak la berminat sangat, tapi apabila gosip ini melibatkan ahli politik terutamanya Menteri, nampak macam menarik juga.
Gosip angin sepoi-sepoi bahasa ini, menyatakan yang Datuk Shafie Apdal dah berkahwin dengan Zahida Rafik sebelum bulan puasa hari tue. Khabarnya perkahwinan tersebut pula dibuat di London dan dilakukan secara tertutup. Gosip yang tengah panas di blog blog hiburan mengenai cerita Datuk Seri Shafie Apdal dan Zahida Rafik ni dah tersebar sebelum Ramadan lagi.
Kalau betullah dah berkahwin, tahniah kami ucapkan kepada Datuk Seri Shafie Apdal dan Zahida Rafik. Semoga kekal bahagia. Kalau tak betul minta maaf, mungkin hanya sekadar gosip.
Teringat balik kisah Bung Mokhtar yang lebih kurang cerita dia macam ni juga. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh juga ke tanah. Akhirnya ngaku jugak walaupun sebelum ini, menafikan tiada hubungan.