selamat datang 01 Pictures, Images and Photos

Ganjaran Hadiah Dan Wang Tunai Untuk Anda.

Dapatkan hadiah-hadiah menarik & wang tunai di sini. Daftar Segera. Berbaloi! [Klik Di Sini]

Berminat nak dapatkan Galaxy W
? [KLIK DI SINI]

Anda ingin peluang memenangi MPV? [KLIK DI SINI]


Followers

Benarkah sokongan terhadap UMNO Perlis semakin berkurangan?

Akad Nikah Di Masjid Menyimpang Dari Amalan Rasulullah???


Gambar Hiasan :)
KANGAR 20 Mac – Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah,kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis,Datuk Ahmad Jusoh.

Beliau berkata,Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.

Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah, namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.

Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.

Ahmad berkata, adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin. – Bernama

ADAKAH PERKARA INI BENAR ???

RENUNG-RENUNGKAN LAH

Kakak Sheila Majid @ Menantu Ketua Menteri Sarawak Tuntut Cerai Dan Mutaah 400 Juta.


Menantu kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud memfailkan permohonan untuk bercerai secara fasakh dan menuntut mutaah bernilai RM100 juta dan RM300 juta sebagai harta sepencarian.

Datin Seri Shahnaz A. Majid, 48 yang merupakan kakak kepada penyanyi terkenal Sheila Majid dan yang juga isteri pertama Mahmud Bekir, anak Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud.

Shahnaz
memfailkan permohonan itu atas alasan Mahmud Abu Bekir tidak memberikan nafkah batin sejak tahun 2001 menyebabkan beliau digantung tidak bertali yang telah menyusahkan kehidupan beliau. Selain itu, beliau juga mendakwa defendan telah menunjukkan perubahan bermula tahun 1994 dan 1999 apabila bertindak agresif seperti menumbuk kepala, menendang rusuk dan suka memaki hamun plaintif dengan menggunakan kata-kata kesat.

Plaintif juga mendakwa, suaminya amat jarang pulang ke rumah sejak tahun 1999, tidak boleh ditegur, sukar dihubungi, gemar bersosial dengan perempuan bukan muhrim serta tidak melayan diri beliau dengan adil selepas bernikah dengan seorang wanita Rusia yang berstatus janda yang mempunyai tiga orang anak.

Menurut Shahnaz, suaminya mempunyai perniagaan berbilion ringgit, juga mempunyai kereta Mercedes Benz, Lamboghini Murcielago, Ferrari Spider, Bentley New Continental GT, Maserati Quortoporte, Audi dan Alphard.

Saya setuju dengan  pendapat rakan blogger Jelapang. Cukup menyedihkan apabila dikenangkan nasib rakyat Sarawak jika dibandingkan kemewahan Taib dan anak beranak beliau.

Dan tergamak kita termasuk Najib Razak merayu rakyat untuk terus menyokong Taib Mahmud.

Seharusnya kita berkempen supaya rakyat terus menyokong BN tetapi menyingkirkan Taib Mahmud di dalam pilihanraya akan datang.
 
* Tiada beza antara Taib Mahmud dan Muamar Ghadafi dan pemimpin Tunisia.