selamat datang 01 Pictures, Images and Photos

Ganjaran Hadiah Dan Wang Tunai Untuk Anda.

Dapatkan hadiah-hadiah menarik & wang tunai di sini. Daftar Segera. Berbaloi! [Klik Di Sini]

Berminat nak dapatkan Galaxy W
? [KLIK DI SINI]

Anda ingin peluang memenangi MPV? [KLIK DI SINI]


Followers

Benarkah sokongan terhadap UMNO Perlis semakin berkurangan?

Polis geledah firma guaman milik peguam bergelar Datuk

Suspek dibawa ke lokasi senjata dibuang
BANTING: Polis hari ini menggeledah pejabat firma guaman milik peguam bergelar Datuk di sini bagi mencari bukti penglibatannya dengan kes penipuan hingga membawa kepada pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.

Sepasukan polis dilihat tiba di pekarangan firma guaman, yang terletak di Jalan Kemboja 33, Off Jalan Sultan Alam Shah di sini kira-kira jam 10.45 pagi, namun beredar lima minit kemudian apabila gagal membuka pintu pejabat berikutan kunci yang tidak sesuai.

Polis kemudiannya dilihat kembali ke firma itu kira-kira 30 minit kemudian bersama seorang lelaki, yang berpakaian lokap warna ungu, dipercayai peguam bergelar Datuk itu. 
Peguam berumur 41 tahun itu adalah seorang daripada lapan suspek yang ditahan bagi membantu siasatan pembunuhan kejam Sosilawati, 47, bersama pemandunya, Kamarudin Shansuddin, 44, pegawai CIMB Bank Cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38,dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Selepas lebih satu jam berada di firma milik suspek, polis dilihat membawa keluar peralatan seperti CPU dan beberapa dokumen sebelum membawa keluar suspek dari pejabat itu kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Laporan sebelum ini menyebut, firma guaman berkenaan adalah lokasi terakhir semua mangsa dilihat sebelum dibunuh dan dibakar di ladang milik suspek, dan abunya dibuang ke sungai berhampiran.

Firma itu difahamkan menjadi lokasi urus niaga suspek dan mangsa. - Bernama

* Macam mana boleh SALAH bawa kunci pula?


14 comments:

  1. barua barua ni patut dihukum

    ReplyDelete
  2. Saya sebagai umat islam dan melayu berharap kes ni jgn diberi peluang sedikit pun kepada pembunuh nya walau sebesar zarah pun utk dia membela dirinya.Hutang nyawa dibayar nyawa...biar keluarga nya dan bangsanya rasa pulak...

    ReplyDelete
  3. saya tak boleh terima bahawasanya mayat2 org islam dibakar dan diperlakukan sebegitu kejam,memang kurang ajar

    ReplyDelete
  4. Tiada agama dan bangsa yang mengalakkan umatnya berbuat jahat kepada orang lain. Kesalahan individu jangan sabitkan dengan agama dan bangsanya...

    ReplyDelete
  5. mencemarkan imej guamaan malaysia!!!!
    bawa kpd pengadilan. tunjuk muka!!

    ReplyDelete
  6. Kerajaan tak payah nak bela org2 mcm ni, buat negara tak tenteram, jgn bagi harta kpd org2 mcm ni, mcmana hal2 mcm ni boleh ada dlm negara aku ni?? harap PM ambil PERHATIAN!!

    ReplyDelete
  7. diharap polis dan kdn jgn berkompromi dgn penjenayah-penjenayah ini.Hukum mereka dgn seberat-berat hukuman dan hukum mereka dikhalayak ramai...biar ia menjadi amaran kpd yg lain....

    ReplyDelete
  8. klau blh elakkan berurusan dgn kaum yg satu nie sbb memang byk putar belit yg sering diwujudkan oleh mereka

    ReplyDelete
  9. Ya allah kau tempat kan mereka yg dizalami ini dan dibunuh di tempat org org yg beriman..amin.alfatihah

    ReplyDelete
  10. Media masa susah sangat nak catatkan senarai nama nama saspek.....kenapa?????? dato apa dan lagi tujuh nama tersebut??????dah lah gambar saspek tak jelas yang keluar beritanya?????jangan jangan nanti dimahkamah semua saspek pakai topeng muka macam kes Altantuya dulu???????

    ReplyDelete
  11. terajang celaka2 nh ramai2..

    ReplyDelete
  12. Balik-balik altantuya... Media memang tak boleh keluar nama dan muka secara rasmi setiap suspek selagi tidak didakwa di Mahkamah. Status pun masih suspek bukan tertuduh kerana siasatan belum selesai.

    ReplyDelete
  13. Macam mana boleh salah kunci pula? Biasa la.. kalau dah kaki belit tu disaat saat tangan bergari pun nak juga membelit kot kot ada benda lain boleh selamatkan diri.. hahah bodoh punya penyangak... lembu tarak makan tapi susu lembu ada minum.

    ReplyDelete
  14. MEDIA MASSA apa sudah jadi? susah sangat nak catatkan senarai nama nama saspek.....kenapa?????? dato apa dan lagi tujuh nama tersebut?????? dah lah gambar saspek tak jelas yang keluar beritanya????? jangan jangan nanti dimahkamah semua saspek pakai topeng muka macam kes Altantuya dulu??????? ( KALAU LAH KESS NI YG DAH DIWAR2KAN SELESAI.. DAN KALAU LAH KESS NI NAIK TURUN KAT MAHKAMAH TAPI LAST2 TAK CUKUP BUKTI NAK SABITKAN DAKWAAN...APE KESS?

    ReplyDelete

Setelah membaca artikel di atas, tinggallah sedikit komen, supaya kita dapat berbincang mengenai isu tersebut dan berikan komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

* Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda.

* Elakkan dari mengunakkan nama Anonymous.
* Jika anda tidak tahu cara mengunakkan nama anda, ikut langkah berikut :

- Klik pada kotak di sebelah 'Comment as'
- Klick pada 'Name/URL' selepas tu isi nama anda, URL jika ada sahaja.
- Kemudian klik pada 'Continue' dan anda boleh terus menulis komen.

* Sila guna bahasa yang sopan dan berhemah ketika menulis komen.
* Hindari drpd menyentuh tentang sensitiviti individu, agama & perkauman.
* Segala komen yang ditulis atas tanggungjawab dan risiko anda sendiri.


- HARAP MAKLUM -