selamat datang 01 Pictures, Images and Photos

Ganjaran Hadiah Dan Wang Tunai Untuk Anda.

Dapatkan hadiah-hadiah menarik & wang tunai di sini. Daftar Segera. Berbaloi! [Klik Di Sini]

Berminat nak dapatkan Galaxy W
? [KLIK DI SINI]

Anda ingin peluang memenangi MPV? [KLIK DI SINI]


Followers

Benarkah sokongan terhadap UMNO Perlis semakin berkurangan?

Hadi Awang Akui Wujud Kelemahan Dalam Pakatan Rakyat.



KEPALA BATAS: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui wujudnya kelemahan dalam pakatan pembangkang apabila terdapat beberapa anggotanya yang mula hilang tumpuan setelah diserang dari segenap penjuru oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata kelemahan itu adalah cabaran terbesar yang perlu dihadapi dan sekaligus menyeru agar anggota parti bersatu dan tidak mudah tersasar daripada tujuan asal untuk melakukan perubahan menyeluruh kepada generasi akan datang. 

"Ada ketikanya pakatan pembangkang juga sering berdepan dengan perbezaan pendapat dan pandangan dalam menyelesaikan pelbagai masalah," katanya pada Konvensyen Pakatan Pembangkang Kedua di Dewan Millenium di sini, hari ini.

Konvensyen sehari itu turut dihadiri Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.  - BERNAMA 

* PAS sudah dilihat sebagai pak turut dalam pakatan rakyat. jadi macam mana nak perjuangkan islam? Sah lah PAS menggadai agama dan bangsa demi kuasa duniawi....

Taib Mahmud Kahwini Wanita Lubnan.



Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dikatakan telah mengahwini seorang wanita Lubnan berusia lingkungan 30-an.

Beliau dilapor akan mengadakan majlis resepsi perkahwinan selepas majlis akad nikah yang disempurnakan Mufti Sarawak Kipli Yassin secara tertutup di Kuching hari ini.

"Kita kena tunggu. Biar Ketua Menteri buat pengumuman rasmi," kata setiausaha akhbarnya, Amin Sahmat ketika dihubungi
Bernama.

Khabar angin mengenai status perkahwinan Taib tersebar luas setelah isteri beliau Puan Sri Laila Taib yang berketurunan Poland, meninggal dunia akibat barah April tahun lalu selepas 50 tahun mendirikan rumah tangga.

Pasangan itu dikurniakan empat anak dan 15 cucu. - Bernama



* Kalau Lah Berita Yang DiLaporkan Ini Benar, Semoga Perkahwinan Tan Sri Taib Mahmud Ini Kekal Dan Bahagia Buat Selamanya. Amin :)