Ganjaran Hadiah Dan Wang Tunai Untuk Anda.

Dapatkan hadiah-hadiah menarik & wang tunai di sini. Daftar Segera. Berbaloi! [Klik Di Sini]

Berminat nak dapatkan Galaxy W
? [KLIK DI SINI]

Anda ingin peluang memenangi MPV? [KLIK DI SINI]


Followers

Benarkah sokongan terhadap UMNO Perlis semakin berkurangan?

RADZI SHEIKH AHMAD DAKWA TRAGEDI MEMALI KERANA DESAKAN UMNO


Genap 26 tahun lalu, terjadi satu peristiwa penting dalam sejarah Negara kita. Sejarah berdarah menyayat hati dan tidak mungkin akan dilupakan. Peristiwa yang dikenali sebagai "Tragedi Memali" ini berlaku di Kampung Memali yang terletak di bawah mukim Siong, Baling, Kedah. Lebih 3,500 anggota keselamatan dikerah membunuh Ibrahim Libya dan 13 orang pengikutnya. Mereka terbunuh di tangan anggota keselamatan yang lengkap dengan pelbagai senjata termasuk senjata automatik dan kereta kebal.


Dibawah ini, petikan dari akhbar Harakah pada 14 Okt 2002 bertajuk “Peristiwa Memali kerana desakan Umno - Dato' Radzi”.  Semasa tragedi Memali itu, Dato Seri Radzi Sheikh Ahmad ketika itu adalah Timbalan Menteri Dalam Negeri. Beliau antara yang bertanggung jawab dalam tragedi pembunuhan beramai-ramai itu.  Apakah benar sejarah berdarah ini disebabkan tekanan dari UMNO? Atau ini satu perbuatan baling batu sembunyi tangan bagi membersihkan namanya yang bertanggung jawab dalam peristiwa Memali itu?

ALOR SETAR, 14 Okt (Hrkh) - Bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato' Radzi Sheikh Ahmad pernah menjelaskan bahawa polis mengambil tindakan menangkap Ustaz Ibrahim Libya pada bulan November 1985 lalu setelah ada desakan-desakan dari ahli Umno Bahagian Baling.

Keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 21 April 1987 dalam mukasurat enam itu, turut dijadikan sebahagian dari bukti dalam keterangan bertulis saksi plaintif, Azmi Salim, 53 dalam perbicaraan kes Memali yang disambung semula mulai semalam 13 hingga 15 Oktober ini.


Berita bertajuk, 'Radzi jelas sebab tindakan ke atas Ibrahim Libya' itu dikepilkan bersama keterangan bertulis Azmi yang mula memberi keterangan di Mahkamah Tinggi, di sini sebagai saksi ketiga plaintif.


Dalam keratan akhbar itu juga Radzi menjelaskan, desakan-desakan supaya polis dan Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan menyekat kegiatan PAS yang didakwa eksrtrim juga disuarakan di Perhimpunan Agung Umno pada bulan September 1985 (dua bulan sebelum tragedi Memali) oleh dua wakil Negeri Kedah, Yusof Rahman (Ketua Pemuda Kedah) dan Haji Abdul Manaf.


Keratan akhbar itu juga menyebut, Dato' Radzi berkata, antara orang yang sentiasa mendesaknya membuat tindakan ialah Ketua Umno Bahagian Baling, Haji Seroji Harun.


"Menurutnya, atas desakan dua orang wakil di Perhimpunan Agung Umno tahun 1985 beliau telah pergi ke Baling dan menemui ahli-ahli jawatankuasa Umno bahagian yang turut dianggotai oleh Setiausaha Politik Dato' Seri Sanusi Junid iaitu Encik Bahadur Shah."


"Mereka desak dan terus mendesak supaya sesuatu tindakan diambil."


"Bila balik ke Kuala Lumpur saya pun menyampaikan hasrat mereka kepada Datuk Musa (Menteri Dalam Negeri yang juga Timbalan Perdana Menteri," kata Dato' Radzi dalam laporan akhbar itu.


Plaintif iaitu 14 orang balu dalam kes pembunuhan kejam di Kampung Memali, Baling 19 November 1985 lalu, diwakili Mohideen Abdul Kader, Mohd. Taulan Rasul, Shabrimi Mohd. Sidek dan Fariz Irwan Dato' Mustaffa.


Perbicaraan dijalankan di hadapan Hakim Dato' Abdul Kadir Musa dan akan bersambung semula pada jam 10.30 pagi hari ini, 14 Oktober 2002.