selamat datang 01 Pictures, Images and Photos

Ganjaran Hadiah Dan Wang Tunai Untuk Anda.

Dapatkan hadiah-hadiah menarik & wang tunai di sini. Daftar Segera. Berbaloi! [Klik Di Sini]

Berminat nak dapatkan Galaxy W
? [KLIK DI SINI]

Anda ingin peluang memenangi MPV? [KLIK DI SINI]


Followers

Benarkah sokongan terhadap UMNO Perlis semakin berkurangan?

PILIHANRAYA UMUM KE 13. SUDAHKAH BN BERSEDIA?

Saya amat suka bila berlaku sesuatu isu yang "PANAS", minda kita seharusnya lebih terbuka dan memandang jauh ke hadapan.  Saya amat tertarik membaca tulisan Syed Atief menerusi blognya "qunang terang dalam gelap", yang bertajuk "PILIHANRAYA UMUM KE-13".  Topiknya tentulah sama sekali dengan politik semasa. Ia berkaitan dengan realiti kerajaan Barisan Nasional menjelang pilihanraya. Sudahkah Barisan Nasional bersedia menjelang pilihanraya akan datang?

Pembaharuan Tradisi

1. Telah menjadi tradisi dalam umno untuk melambatkan pemilihan parti bagi memberi laluan kepada pilihanraya umum.

Cerdik punya cerdik.. Cantik punya cantik.. Last-last gigit ekor sendiri.. :)

2. Alasan yang sinonim disebalik tradisi ini ialah untuk mengelakkan berlakunya perpecahan dalaman yang dikhuatiri menggugat kekuatan parti.

3. Pemilihan pimpinan UMNO yang sepatutnya diadakan pada tahun 2007 telah dilambatkan setahun bagi memberi laluan kepada pilihanraya umum ke-12 yang akhirnya menyaksikan Barisan Nasional tersungkur di enam negeri termasuk Wilayah Persekutuan.

Menyimbah air ke daun keladi..
 
 
4. Perkara pokok yang mengucar-kacirkan jentera UMNO dalam pilihanraya umum ke-12 adalah cubaan disaat-saat akhir oleh Presiden UMNO ketika itu untuk mengetepikan pandangan Ketua-ketua Bahagian UMNO secara veto dengan mencalonkan individu-individu yang menjadi pilihannya secara sesuka hati.

5. Penafian terhadap cadangan dan pandangan Ketua-ketua Bahagian ini telah melonggarkan cengkaman jentera UMNO di akar umbi yang ternyata tidak berpuas hati kerana ketua yang dipilih secara musyawwarah oleh mereka telah dipinggirkan oleh pucuk pimpinan.


Kos yang terlalu tinggi terpaksa dibayar untuk membawa beban yang terlalu kecil.. Merugikan..?
 
 
6. Sebaliknya, pucuk pimpinan parti lebih cenderung menerima pandangan dan cadangan daripada Ahli-ahli Parlimen sedia ada ketika itu yang sebahagiannya tidak memegang jawatan dalam Bahagian. Kelompok ini naik kerana mahir dalam selok belok mengampu dan mengipas untuk kepentingan diri.

7. Natijahnya, lebih 80 orang Ketua Bahagian UMNO tidak dicalonkan oleh kerana Ahli-ahli Parlimen yang tidak berjawatan ini sememangnya berhajat untuk mencantas Ketua-ketua Bahagian tersebut lebih awal dengan harapan mudahlah nanti mereka memenangi jawatan dalam pemilihan Bahagian.

Mengelak Perpecahan

Buta teknologi atau buta hati..?
 
 
8. Sama ada pemilihan parti diadakan atau tidak sebelum pilihanraya umum, perpecahan sememangnya tidak dapat dielakkan; apatah lagi masing-masing mengharap agar diri mereka dipilih sebagai calon, maka jawatan dalam parti boleh dijadikan batu loncatan.

9. Apa yang dapat dilakukan ialah mengurangkan impak kepada perpecahan yang sedia wujud agar tidak menjejaskan kekuatan parti secara keterlaluan. Impak kepada perpecahan hanya akan dapat dikurangkan sekiranya individu yang hendak dicalonkan itu telah diuji dan direstui secara konsensus oleh sekurang-kurangnya ahli-ahli dan jentera parti di kawasannya.

Boleh senang nak cari susah..
 
 
10. Oleh yang demikian, cadangan nama wakil-wakil rakyat perlu datang daripada Ketua Bahagian yang telah membuktikan keupayaan dan kejayaannya menambat hati majoriti ahli-ahli parti di kawasannya dengan apa cara sekalipun; sekaligus membolehkan jentera parti digerakkan olehnya dengan lebih terancang, tersusun dan bertangungjawab. 

11. Mengadakan pemilihan parti sebelum pilihanraya merupakan suatu transformasi besar dalam UMNO agar barisan calon-calon yang bakal dipilih dalam pilihanraya umum dilihat mendapat mandat yang segar daripada para pengundi.

12. Kemudiannya, seruan perpecahan menjelang pilihanraya umum oleh individu yang tewas dalam pemilihan parti bolehlah dianggap sebagai minoriti yang tertakluk kepada pertimbangan dan budi bicara pemenang majoriti untuk mempertimbangkan desakannya.

Potong sayur dengan pisau; jari tak putus, sayur terincit..
 
 
13. Kaedah memperkasakan institusi UMNO di Bahagian menjadi kunci kejayaan Barisan Nasional selama berdekad-dekad.

14. Sejarah membuktikan, tindakan mengetepikan Bahagian ibarat mengundang kekalahan. Kesilapan ini tidak wajar diulangi oleh mana-mana Presiden UMNO.

qunang: tergigit lidah.. :)