BUKIT MERTAJAM 18 Sept. - Pengasas produk kecantikan Aveer, Sarina Jaafar yang juga kenalan rapat jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya ditemui mati di rumahnya di Taman Pauh Jaya di sini hari ini.
Pemilik syarikat SBJ Aveer Services Sdn. Bhd. berusia 45 tahun itu ditemui tergantung di biliknya kira-kira pukul 8.30 pagi oleh anak bongsunya yang berusia 16 tahun.
Polis setakat ini mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut.
Anak sulung Sarina, Mohd. Azrul Affendi Zakaria, 24, yang dihubungi memberitahu, berita kematian ibunya mengejutkan seluruh ahli keluarga kerana arwah tidak menunjukkan perubahan sikap kebelakangan ini. Mohd. Azrul berkata, kejadian berlaku ketika dia berada di Kuala Lumpur dan kali terakhir dia menemui Sarina ialah pada petang semalam dan sempat menasihati ibunya supaya berhati-hati dalam perniagaan ekoran banyak berlaku kes pembunuhan kebelakangan ini.
"Ibu beberapa kali turut menyuarakan rasa terkilan dan sedih berhubung kejadian yang menimpa Datuk Sosilawati kerana ibu rapat dengannya," kata Mohd. Azrul. Menurutnya, kejadian tersebut sangat menyedihkan keluarganya tambahan lagi ia berlaku ketika mereka sedang memulakan persiapan bagi majlis perkahwinannya yang dijadualkan Januari nanti. "Saya telefon ibu pagi tadi tetapi tidak diangkat sehinggalah diberitahu mengenai kejadian ini," katanya. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Supritendan Mohan Singh Tara Sigh yang dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes tersebut setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Katanya, mayat Sarina ditemui mati di rumahnya kira-kira pukul 8.30 pagi dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini untuk bedah siasat. "Polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut dan kita harap semua pihak tidak membuat spekulasi walaupun mangsa dikatakan kenalan rapat Datuk Sosilawati," katanya.
Sumber Utusan Malaysia
Ganjaran Hadiah Dan Wang Tunai Untuk Anda.
Dapatkan hadiah-hadiah menarik & wang tunai di sini. Daftar Segera. Berbaloi! [Klik Di Sini]
Berminat nak dapatkan Galaxy W? [KLIK DI SINI]
Anda ingin peluang memenangi MPV? [KLIK DI SINI]
Berminat nak dapatkan Galaxy W? [KLIK DI SINI]
Anda ingin peluang memenangi MPV? [KLIK DI SINI]
Followers
Benarkah sokongan terhadap UMNO Perlis semakin berkurangan?
17 comments:
Setelah membaca artikel di atas, tinggallah sedikit komen, supaya kita dapat berbincang mengenai isu tersebut dan berikan komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.
* Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda.
* Elakkan dari mengunakkan nama Anonymous.
* Jika anda tidak tahu cara mengunakkan nama anda, ikut langkah berikut :
- Klik pada kotak di sebelah 'Comment as'
- Klick pada 'Name/URL' selepas tu isi nama anda, URL jika ada sahaja.
- Kemudian klik pada 'Continue' dan anda boleh terus menulis komen.
* Sila guna bahasa yang sopan dan berhemah ketika menulis komen.
* Hindari drpd menyentuh tentang sensitiviti individu, agama & perkauman.
* Segala komen yang ditulis atas tanggungjawab dan risiko anda sendiri.
- HARAP MAKLUM -
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
alahai ni pula gantung diri.
ReplyDeletepelik pelik laaaaaaa
ReplyDeleteal fatihah..
ReplyDeletekita tak tahu apa yg tsirat..tapi kita boleh kritis..mgkin bukan dia yg gantung diri..
ReplyDeletetapi mgkin dia memiliki byk MAKLUMAT bkaitan SOSILAWATI..yg boleh mbahayakan puak2 pembunuh Sosilawati..wallahualam
al fatihah..
al-Fatihah
ReplyDeletebiar tunggu lapuran bedah siasat. Ingat, bukan semua mayat yg ditemui tegantung itu bunuh diri.
ReplyDeleteMisteri nih..dia ada anak..ada kerjaya..kenapa plak bunuh diri..macam tersurat sesuatu di sebaliknye lah..
ReplyDeleteTak sabar nak tunggu hasil siasatan ni...
ReplyDeletealahai satu2...apa citer sbenarnya nih...mnta polis siasat ngan telus...satu lg siapa yg masih jd misteri sms sslwati pd anknya jgn benarkan kwn rapatnya masuk umah smasa ktiadaannya..
ReplyDeleteApakah akan ada yang menyusul lagi.........! Bila berkawan rapat sangat tu lain saudara-saudara, sanggup mati bersama kerana kesedihan. Harapan saya mereka-mereka kawan Dato' Sosilawati mempunyai pertimbangan dan keputusan yang tinggi.
ReplyDeletejalan mudah ke neraka
ReplyDeletesalam ziarah....
ReplyDeletedijemput menjadi follower sy k
iman tak teguh, ni la jadinya. berdosa besar hukumnya membunuh diri sendiri. sepatutnya bersama-sama mendoakan rakan yang telah pulang kerahmatullah...apa yang terjadi itu adalah ujian dariNya. kita sebagai hambaNya perlu cekalkan hati, kuatkan iman. takpe la, dah itu suratan hidupnya...Al-Fatihah...
ReplyDeleteMari kita beristigfar selalu, saling ingat mengingati
ReplyDeleteApa nak jadi degan orang islam ni...mana pegi IMAN..
ReplyDeleteAl-Fatihah... Hanya Allah sahaja yg tahu di sebalik kejadian yg terjadi ini...
ReplyDeletebunuh diri? betul ke? sang pembunuh ada ramai geng. pembunuh profesional pun ada kot? peguam bela pun ada. persangkaan tak capai kebenaran. wajib siasat. ahli scan tolong beri kerjasama. tu pun kalau terbacalah..
ReplyDelete