selamat datang 01 Pictures, Images and Photos

Ganjaran Hadiah Dan Wang Tunai Untuk Anda.

Dapatkan hadiah-hadiah menarik & wang tunai di sini. Daftar Segera. Berbaloi! [Klik Di Sini]

Berminat nak dapatkan Galaxy W
? [KLIK DI SINI]

Anda ingin peluang memenangi MPV? [KLIK DI SINI]


Followers

Benarkah sokongan terhadap UMNO Perlis semakin berkurangan?

Shahidan Kassim: ‘Saya calon boleh menang’


KUALA LUMPUR, 14 Dis — Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim berkata beliau adalah seorang “winnable candidate” iaitu calon boleh menang untuk Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas Menteri Besar Perlis itu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis kawasan Tambun Tulang berkata keyakinannya itu berdasarkan pandangan rakyat terutama di kawasan yang diwakilinya.
“Semua rakyat tahu. Kalau tidak ada hal saya tak akan keluar dari Perlis.
“Saya akan duduk dari pagi sampai ke malam di kawasan saya sahaja... jumpa rakyat dan sebagainya. Kalau macam itu bukan ‘winnable candidate’, apa makna sebenarnya?” katanya dipetik Bernama Online.
Ditanya sama ada beliau bersedia untuk bertanding semula pada pilihan raya umum datang, Shahidan yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno dan Ketua Umno Bahagian Arau, itu terserah kepada pucuk pimpinan untuk menentukannya.
Dalam laman Facebook beliau, Shahidan turut mengulas mengenai calon boleh menang bagi semua kawasan di Perlis, dengan memberi penilaian iaitu baik, sederhana baik, buruk, terburuk kepada mereka.
“Ada sesetengah pihak mempersoalkan kenapa saya buat macam itu.
“Masalahnya rakyat dah bercakap (menilai) macam itu. Bukan kita yang buat penilaian tetapi rakyat yang membuat penilaian. Jadi saya bagi pandangan rakyat apa yang berlaku. Kita bercakap (mengenai winnable candidate) tapi tak ada ciri yang jelas,” katanya.
Shahidan berkata bahawa dalam menyelesaikan masalah rakyat, seorang calon boleh menang tidak akan memberi alasan tidak ada peruntukan dan sebagainya, sebaliknya perlu berikhtiar dan berusaha termasuk mengeluarkan perbelanjaan sendiri.
“Rakyat tak faham (soal peruntukan) itu. Kalau calon boleh menang, dia perlu berkorban. Tetapi pada masa yang sama hakikatnya ialah bukan semua masalah boleh diselesaikan serta merta oleh kerajaan,” katanya.
Mengenai senario politik semasa, beliau berkata negara tidak akan kekal aman sekiranya kemenangan berpihak kepada minoriti yang mahu menguasai majoriti.
Katanya penduduk Malaysia merangkumi 67 peratus kaum Melayu dan Bumiputera, 22 peratus Cina dan lapan peratus India, jadi kemenangan wakil rakyat mesti mewakili nisbah mengikut kaum untuk keharmonian negara.
“PAS tak akan jadi pemerintah sebab dia minoriti. Kalau nak jadi pemerintah pun DAP. Tapi kalau dia jadi pemerintah pun, bolehkah dia mewakili rakyat secara keseluruhan?” kata Shahidan.
Menyentuh politik di Perlis, beliau berkata, Umno dan BN boleh mengekalkan negeri itu pada pilihan raya umum akan datang dengan syarat parti dapat memperkukuhkan perpaduan anggota dan mempunyai jentera pilihan raya yang berkesan.
“Kita boleh menang dengan cemerlang dan boleh kalah dengan teruk. Isu dalaman kena diperbetulkan. Begitu juga dengan orang yang menyokong MCA. Tapi di peringkat akar umbi, jentera sudah bergerak di seluruh negeri,” katanya.
Shahidan berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri telah menunjukkan jalan terbaik dan memberi contoh kepada kepimpinan peringkat bawahan supaya bermula sekarang bagi memenangi hati rakyat.
“Siapa yang tak mahu ikut perubahan dia mesti diubah,” katanya.

Sultan Kedah Yang di-Pertuan Agong ke-14


Daulat Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kedah. Sembah Tahniah di atas pelantikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke-XIV.

NAIB PENGERUSI DAP PERLIS ORANG MELAYU


Cuba kita lihat dalam senarai jawatankuasa DAP Perlis.  Mana tersesat pula seorang Melayu dalam parti tersebut.  Apakah DAP mengunakan orang melayu untuk bertapak di Perlis?  Dan adakah melayu yang sokong pembangkang sudah tidak percayakan PAS dan PKR lagi? Mereka sanggup pilih DAP sebagai parti politik mereka. Mana maruah PAS sebagai parti melayu Islam yang mewakili pembangkang, jika melayu pembangkang pun sudah tidak suka sama PAS.


Kalau semakin ramai melayu masuk DAP. Sudah pasti DAP tidak memerlukan PAS dan PKR lagi untuk bertanding dalam kawasan melayu. DAP sendiri sudah ada calon melayu dan tidak perlu lagi mereka hendak bergabung dengan PAS dan PKR.

DAP sudah mula buat perancangan sendiri untuk mereka menguasai  kerajaan masa depan nanti. Mereka sudah mula memikat orang melayu. Tak mustahil mereka akan tubuhkan sayap Dap Melayu di Perlis. Pas dan Pkr hanyalah tongkat sementara sebelum rebah, bila dah kuat, tongkat itu pun mereka akan buang.

“Janganlah jadi seperti Pak Kaduk, menang sorak, kampung tergadai. Janganlah sudah terhantuk, baru terngadah dan Janganlah sampai nasi menjadi bubur. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. DAP sudah pasti bukanlah parti untuk orang Melayu dan Bumiputera

FACEBOOK MD ISA SABU TIPU RAKYAT



Mungkin sudah ramai yang telah tertipu dengan kewujudan laman facebook Menteri Besar Perlis, Dato Seri Md Isa Sabu. Ada individu yang telah memalsukan serta menyamar laman Facebook yang kononnya dari kepunyaan Menteri Besar Perlis diatas nama (Md Isa Sabu).

Laman sosial Facebook itu dipercayai dikendalikan oleh seorang individu bergelar “Halmey Hamdah” dan dikatakan mempunyai kira-kira 2,791 peminat ketika artikel ini ditulis.

Disyaki penyamar tersebut memuatkan maklumat peribadi dan profile rasmi Menteri Besar Perlis serta penulisan dan perakuan yang cuba untuk menipu rakyat.

Selain memuat naik gambar dan aktiviti Md Isa Sabu, individu itu juga turut melayan komen-komen peminat yang menyangkakannya dirinya ialah Menteri Besar Perlis.

Penyalahgunaan laman sosial itu merupakan satu perbuatan yang serius lebih-lebih lagi apabila rakyat selalu mengadu masalah di dalam laman facebook tersebut. Harap individu yang bertanggung jawab menghentikan segala penipuan ini.

SHABERY CHEEK YAKIN KEMAMPUAN SHAHIDAN


“SAYA percaya apa yang berlaku dalam Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) berpunca daripada masalah dalaman persatuan itu terutama di kalangan pegawai kerana saya masih yakin dengan kepemimpinan Datuk Seri Shahidan Kassim (Presiden KOM) untuk menerajui KOM,” kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Katanya, Shahidan bukan saja menerajui KOM tetapi turut memimpin Persatuan Renang Amatur Malaysia (Asum) yang meraih 19 pingat emas dalam acara akuatik pada temasya Sukan Sea di Jakarta baru-baru ini, sekali gus membuktikan kepemimpinan beliau dalam memastikan kecemerlangan atlet di peringkat antarabangsa.

“Jika kepemimpinan beliau (Shahidan) dipertikai tidak mungkin kejayaan memberangsangkan itu dicapai dengan keseluruhannya meraih 25 pingat emas termasuk enam menerusi atlet olahraga.

“Saya tiada masalah dengan Shahidan dan yakin dengan kepemimpinannya untuk menerajui badan induk olahraga negara itu,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Pegawai-Pegawai Belia dan Sukan SeMalaysia di Kompleks Belia dan Sukan Paroi Seremban, semalam.

Hashim Jasin Karektor Tua Dalam PAS Perlis


Pesuruhjaya PAS Perlis YB Ustaz Hashim Jasin seharusnya tidak perlu lagi bertanding pada pilihanraya umum akan datang dan beliau sepatutnya memberi peluang kepada orang yang lebih muda untuk mengemudi parti tersebut di Perlis. 

Bukan sahaja dalam UMNO, PAS juga harus memberi peluang kepada golongan muda untuk  melakukan transformasi politik menerusi idea dan pendekatan baru.

Beliau yang kini sudah berusia 72 tahun, sepatutnya mengambil keputusan untuk bersara dalam dunia politik dan menumpukan perhatian kepada keluarganya.  Berilah peluang kepada orang yang lebih muda terutama YB Rus'sele Eizan,  Saudara Anuar Tahir dan Saudara Jamil Kamis yang dilihat sesuai dan mantap bagi memacu negeri kecil yang sukar dikuasai oleh PAS.

Md Isa Akan Letak Calon Sakit Pada PRU Akan Datang


Apa dah mabuk ke Md Isa Sabu ni? Kalau tahap kesihatan pun dah tak “OK” macam mana nak berkhidmat pada rakyat? Lepas sebulan jadi wakil rakyat, silap² kena buat pilihanraya kecil pula. Dah tak ada calon lain lagi ke untuk Perlis? Ramai calon² muda di Perlis yang perlu diketengahkan pada PRU akan datang. Mana pergi ketua pemuda Kangar, Arau dan Padang Besar? Kenapa dipinggirkan?

KANGAR 19 Nov. – Kewibawaan calon yang boleh membawa kemenangan pada pilihan raya umum adalah lebih penting daripada tahap kesihatan mereka, kata Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu hari ini.
Beliau berkata, walaupun tahap kesihatan boleh diambil kira sebagai kriteria pemilihan calon, apa yang lebih penting ialah mereka perlu berwibawa dan mendapat sokongan pengundi.

Seseorang calon yang mempunyai masalah kesihatan tetapi berwibawa dan masih boleh berkhidmat dengan sempurna tidak seharusnya diketepikan, katanya.

Beliau berkata demikian ketika menutup program wacana ilmuan negara (Winner) peringkat Parlimen Kangar bertajuk “Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen: Kesungguhan Kerajaan Membentuk Pilihan Raya Yang Telus” di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perlis di sini. - Bernama

Isteri MB Perlis mangsa facebook

KANGAR: Seorang individu tidak bertanggungjawab dipercayai menyamar sebagai isteri Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, dalam laman sosial facebook sebelum bertindak mengeluarkan kata-kata kesat terhadap beberapa pemimpin politik negeri itu.
Suspek berkenaan menyamar menjadi Datin Seri Asiah Asmuni iaitu isteri kepada Dr Md Isa dengan menggunakan panggilan ‘Asiah Cha’ dalam laman sosial itu.

Difahamkan, suspek yang baru mendaftar dalam laman itu bertindak mengeluarkan kata-kata berunsur ejekan kepada beberapa pemimpin parti di negeri ini dengan menggunakan gambar seorang gadis yang tidak dikenali.
Kata-kata di laman sosial suspek itu ialah ‘letih sungguh Datuk Radzi asyik kacau Bang Cha (Md Isa)’ yang disedari mangsa selepas dimaklumkan rakannya.

Mangsa kemudian tampil ke Balai Polis Kangar kira-kira jam 12 tengah hari semalam sambil ditemani beberapa rakan serta kenalannya sebelum membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, sebaik membuat laporan polis, mangsa diambil keterangan di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Perlis.
Menurutnya, mangsa memberi keterangan kepada pegawai penyiasat sehingga jam 4 petang bagi membolehkan siasatan terperinci.


  psst! Ada juga yang berkenan nak jadi bini MB Perlis, mau jadi Siti Nurhaliza ok juga :D

RADZI SHEIKH AHMAD DAKWA TRAGEDI MEMALI KERANA DESAKAN UMNO


Genap 26 tahun lalu, terjadi satu peristiwa penting dalam sejarah Negara kita. Sejarah berdarah menyayat hati dan tidak mungkin akan dilupakan. Peristiwa yang dikenali sebagai "Tragedi Memali" ini berlaku di Kampung Memali yang terletak di bawah mukim Siong, Baling, Kedah. Lebih 3,500 anggota keselamatan dikerah membunuh Ibrahim Libya dan 13 orang pengikutnya. Mereka terbunuh di tangan anggota keselamatan yang lengkap dengan pelbagai senjata termasuk senjata automatik dan kereta kebal.


Dibawah ini, petikan dari akhbar Harakah pada 14 Okt 2002 bertajuk “Peristiwa Memali kerana desakan Umno - Dato' Radzi”.  Semasa tragedi Memali itu, Dato Seri Radzi Sheikh Ahmad ketika itu adalah Timbalan Menteri Dalam Negeri. Beliau antara yang bertanggung jawab dalam tragedi pembunuhan beramai-ramai itu.  Apakah benar sejarah berdarah ini disebabkan tekanan dari UMNO? Atau ini satu perbuatan baling batu sembunyi tangan bagi membersihkan namanya yang bertanggung jawab dalam peristiwa Memali itu?

ALOR SETAR, 14 Okt (Hrkh) - Bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato' Radzi Sheikh Ahmad pernah menjelaskan bahawa polis mengambil tindakan menangkap Ustaz Ibrahim Libya pada bulan November 1985 lalu setelah ada desakan-desakan dari ahli Umno Bahagian Baling.

Keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 21 April 1987 dalam mukasurat enam itu, turut dijadikan sebahagian dari bukti dalam keterangan bertulis saksi plaintif, Azmi Salim, 53 dalam perbicaraan kes Memali yang disambung semula mulai semalam 13 hingga 15 Oktober ini.


Berita bertajuk, 'Radzi jelas sebab tindakan ke atas Ibrahim Libya' itu dikepilkan bersama keterangan bertulis Azmi yang mula memberi keterangan di Mahkamah Tinggi, di sini sebagai saksi ketiga plaintif.


Dalam keratan akhbar itu juga Radzi menjelaskan, desakan-desakan supaya polis dan Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan menyekat kegiatan PAS yang didakwa eksrtrim juga disuarakan di Perhimpunan Agung Umno pada bulan September 1985 (dua bulan sebelum tragedi Memali) oleh dua wakil Negeri Kedah, Yusof Rahman (Ketua Pemuda Kedah) dan Haji Abdul Manaf.


Keratan akhbar itu juga menyebut, Dato' Radzi berkata, antara orang yang sentiasa mendesaknya membuat tindakan ialah Ketua Umno Bahagian Baling, Haji Seroji Harun.


"Menurutnya, atas desakan dua orang wakil di Perhimpunan Agung Umno tahun 1985 beliau telah pergi ke Baling dan menemui ahli-ahli jawatankuasa Umno bahagian yang turut dianggotai oleh Setiausaha Politik Dato' Seri Sanusi Junid iaitu Encik Bahadur Shah."


"Mereka desak dan terus mendesak supaya sesuatu tindakan diambil."


"Bila balik ke Kuala Lumpur saya pun menyampaikan hasrat mereka kepada Datuk Musa (Menteri Dalam Negeri yang juga Timbalan Perdana Menteri," kata Dato' Radzi dalam laporan akhbar itu.


Plaintif iaitu 14 orang balu dalam kes pembunuhan kejam di Kampung Memali, Baling 19 November 1985 lalu, diwakili Mohideen Abdul Kader, Mohd. Taulan Rasul, Shabrimi Mohd. Sidek dan Fariz Irwan Dato' Mustaffa.


Perbicaraan dijalankan di hadapan Hakim Dato' Abdul Kadir Musa dan akan bersambung semula pada jam 10.30 pagi hari ini, 14 Oktober 2002.

SHAHIDAN AKAN BUAT TUNTUTAN TERBUKA PADA RAIS YATIM


Mantan Menteri Besar Perlis, Dato Seri Shahidan hari ini berkata, beliau akan membuat tuntutan terbuka kepada Dato Seri Utama Rais Yatim berkenaan beberapa pegawai-pegawai JASA di negeri Perlis yang telah hilang pegangan.  Terdapat pegawai-pegawai JASA di negeri Perlis  yang tugas sebenar  mereka adalah menyatukan rakyat dengan kerajaan telah menghentam beliau yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perlis  dan Ketua Bahagian UMNO Arau Perlis.

JASA atau Jabatan Hal Ehwal Khas merupakan satu agensi yang bertanggungjawab untuk menarik sokongan rakyat agar menyokong kerajaan. Tugas utama mereka menyampaikan berita baik mengenai kerajaan kepada rakyat. Tetapi lain pula dengan beberapa pegawai JASA di Negeri Perlis, tugas mereka memecah belahkan individu dan menghentam pemimpin-pemimpin UMNO Perlis lain yang tidak sebulu dengan Menteri Besar Perlis.

Dalam satu laman Facebook, seorang Pegawai JASA dari Bintong yang baru sahaja dilantik oleh Dato Seri Md Isa Sabu, telah mengeluarkan kenyataan biadap menghina dan memaki hamun Dato Seri Shahidan Kassim ketika beliau sedang mengerjakan haji di Makkah. Dari segi agama patutkan beliau memaki hamun seseorang yang berada di Makkah menunaikan fardhu haji dan wajarkah mereka yang dibayar gaji mengunakan duit rakyat, sibuk menghentam dan memaki hamun orang lain?

Dato Seri Shahidan Kassim juga berkata, jika pekara ini tidak diambil tindakan, beliau akan bercakap pada Perhimpunan Agung UMNO nanti dan beliau juga akan menyebut nama Pegawai JASA dari Bintong itu yang telah lupa akan tugas sebenar mereka.

Beliau yang juga merupakan Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) dan Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) telah beroleh satu kejayaan peribadi buatnya apabila atlet-atlet dibawah pimpinan beliau telah memperoleh 19 emas dari ASUM dan 6 emas dari KOAM di Sukan Sea Indonesia baru-bari ini. Ini merupakan satu pencapaian terbaik dan sejarah buat KOAM dan ASUM sejak berada dibawah pemimpin beliau.

Radzi Sheikh Ahmad & Tragedi Pembunuhan Memali



Masih ingatkah lagi anda semua dengan Tragedi Kg.Memali, Mukim Siong, Baling, Kedah Darul Aman? Radzi Sheikh Ahmad yang ketika itu memegang jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri  adalah salah seorang yang bertanggung-jawab dalam pembunuhan beramai-ramai itu. 

Pasukan Polis Hutan, FRU Kedah, Perlis dan Pulau Pinang telah diberitahu oleh Kementerian Dalam Negeri bahawa yang hendak diserang adalah sebuah kem komunis di sempadan Malaysia dengan Thailand tetapi sebenarnya mereka hendak menghapuskan pusat aktiviti Dakwah Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai 'Ibrahim Libya' yang banyak berjasa kepada penduduk Kg Memali dan persekitaran Baling.

Tragedi tersebut berakhirnya dengan pembunuhan beramai-ramai orang orang kampong Memali yang beragama Islam. Radzi Sheikh Ahmad yang bertanggungjawab dalam pembunuhan mangsa Memali masih hidup senang lenang bebas tanpa sebarang pendakwaan sementara waris waris Pembunuhan Memali masih terus menantikan pembelaan perundangan!

Kenapa sampai sekarang pihak perundangan negara ini boleh membiarkan sahaja pembunuh penduduk Kg Memali terlepas bebas tanpa sebarang pendakwaan?

Mana dia janji Karpal Singh untuk membela penduduk Kg Memali seperti dilaungkannya semasa Forum Keadilan di Dewan Sri Pinang pada tahun 1999? Hilang lesap ditelan masa.

Radzi atau sesiapa sahaja boleh terlepas di dunia ini, tetapi ingatlah nanti kita ada mahkamah kedua dengan hakim yang lebih adil. 

Ikutilah rakaman Tragedi Berdarah Kg.Memali di bawah ini :


Sumber

Punca Kekalahan Man Utd. Penyokong MU Kena Ambil Tahu!!!



Perlawanan antara Manchester United VS Manchester City baru saja selesai. ManUtd kalah teruk pada ManCity setelah dimalukan di laman sendiri 1-6. 

Salah satu punca kekalahan ManUtd adalah kerana Alex Ferguson tidak menurunkan Ramli pemain dari Malaysia. Ramli sendiri dah berjanji dengan ayah dia yang dia akan buat ayahnya bangga satu hari nanti. 

Dari sumber yang boleh dipercayai, Ramli agak kecewa dengan tindakan Alex Ferguson kerana tidak menurunkan beliau pada perlawanan tadi, lalu beliau mengambil jalan mencari wang lebih dengan menjual burger di kawasan stadium untuk pulang ke Malaysia. 

Siapa Radzi Sheikh Ahmad Dan Apa Jasa Beliau Dalam UMNO?



UMNO telah ditubuhkan oleh Allahyarham Dato' Onn b Jaafar pada 11 Mei 1946 di Istana Besar, Johor Bahru, Johor, yang pada masa itu dinaung Almarhum Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, Sultan Johor.


 Pada 4 Feb 1988, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Dato' Harun Mahmood Hashim telah mengharamkan UMNO setelah puak-puak  yang kalah dalam perebutan kuasa Pemilihan Kepimpinan Tertinggi Presiden dan Timbalan Presiden UMNO Apr 1987 membawa isu pendaftaran sebuah cawangan ke proses perundangan.  


Puak-puak yang diketuai Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, telah mengumpul pengikut-pengikutnya dan menubuhkankan sebuah parti baru iaitu Parti Semangat 46, termasuk Dato Radzi Sheikh Ahmad.
Setelah UMNO diharamkan, Tun Dr Mahathir Mohamad  menubuhkan semula UMNO dgn nama UMNO BARU dan beliaulah yang menjadi ahli pertama.


Pada tahun 1996, Dato Radzi Sheikh Ahmad bersama-sama kumpulan bekas Parti Semangat 46 lain seperti  Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim, Dato' Zainal Abidin Zain,  Dato Ahmad Shabery Cheek, Dato' Manan Othman, Dato' Marina Yusuf, Dato' Paduka Rahmah Othman, Datin Ilani Ishak dan lain-lain telah diterima balik menjadi ahli UMNO semula.


Parti Semangat 46 ditubuhkan 11 Mei 1989 (diluluskan ROS pada 12 Okt 1989) dan menjalin kerjasama rapat dengan PAS, dikenali sebagai Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Jalinan ini dipanjangkan dengan DAP, PRM dan PBS dan dikenali sebagai Gagasan Rakyat.


Gagasan Rakyat hampir berjaya mengalahkan Barisan Nasional (BN), buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia, dalam Pilihanraya Umum ke IX Nov 1990. Walau bagaimanapun, UMNO dikalahkan mutlak dalam PRU IX itu dan pemerintahan Kelantan berubah tangan setelah 12 tahun berkuasa. Pilihanraya Umum keX Apr 1995 masih lagi menyaksikan BN mengekalkan tradisi menerajui pemerintahan Malaysia yang dipelopori Parti Perikatan semenjak 1955.


Demikianlah jasa Dato Radzi Sheikh Ahmad yang sebelum ini telah terbukti berusaha menjahanam dan hampir meruntuhkan UMNO. Kini sekali lagi Dato Radzi Sheikh Ahmad hadir dalam meruntuhkan UMNO.

UMNO di Perlis semakin berkucar kacir akibat ketamakan kuasa dari Dato Radzi Sheikh Ahmad yang kini merupakan Penasihat Menteri Besar Perlis dan Ketua Penerangan UMNO Perlis. Beliau sepatutnya mendukung perjuangan dan aspirasi orang orang melayu dan mengimbau balik perasaan sewaktu diterima semula kepangkuan UMNO dan harus jadikan sebagai iktibar.

Pelajar 16 Tahun Bunuh Anak Sendiri


KEJAM!!! Dunia akhir zaman. Buat ibu kepada bayi malang ini bertaubatlah sebelum anda ditaubatkan. Jadikanlah pengajaran kepada anda diluar sana. Ingatlah tuhan sebelum melakukan perkara yang terkutuk itu

Zaid Ibrahim Bakal Digulingkan Dari Jawatan Presiden KITA.


Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), yang ditubuhkan Januari lalu, kini bergolak apabila ramai anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti itu mengecam hebat tindakan "tidak beretika dan tidak mengikut perlembagaan" Presiden Datuk Zaid Ibrahim memecat anggota CWC baru-baru ini.

Tindakan memecat tiga anggota CWC - setiausaha pusat Abdul Latif A Tambi, bendahari Rashid Azad Khan dan anggota CWC Muhammad Firdaus Christopher - dikatakan dibuat tanpa sebarang sebab kukuh dan hanya menerusi surat tidak rasmi iaitu hanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
Dalam satu e-mel hari ini, seorang anggota CWC parti itu, Mohd Zahrein Zakariah berkata beliau akan memanggil satu mesyuarat agung luar biasa parti sebagai saluran undang-undang untuk mendesak Zaid meletak jawatan.

"Presiden telah menyimpang jauh daripada matlamat parti ditubuhkan. Tidak ada pergaduhan dalam KITA cuma ada mereka yang memutuskan untuk bercanggah dengan prinsip parti ditubuhkan dan ini termasuklah ketua parti Zaid Ibrahim.

"KITA bermatlamat menjadi parti pembangkang utama di Malaysia, dan kami tetap teguh dengan pendirian itu serta menjadi tanggungjawab saya menentang tindakan Zaid baru-baru ini yang berlawanan dengan prinsip parti," katanya.

KITA ditubuhkan Januari lalu selepas Zaid keluar daripada PKR tahun lalu, dan menyertai parti yang sebelum ini dikenali sebagai Angkatan Keadilan Malaysia.

Zaid didakwa menggantung keanggotaan Muhammad Firdaus kerana kenyataannya bersabit langkah parti itu memotong belanjawan operasinya manakala pemecatan Abdul Latif kerana dia enggan memberikan kata laluan laman sesawang KITA kepada presiden.

Semasa dihubungi, Muhammad Firdaus mendakwa ia bukan bersabit dengan belanjawan parti tetapi hanya satu helah mahu mengalihkan perhatian terhadap isu sebenar berhubung cara mana parti itu diuruskan.

"Zaid selalu membuat keputusan tanpa berunding terlebih dahulu dengan anggogta lain dalam CWC," katanya.

Dalam satu e-mel lain, anggota CWC dan penyelaras KITA Wilayah Persekutuan Dr Rajaratnam Gopal Pillai berkata Zaid tidak mahu mendengar nasihat daripada CWC dan anggota peringkat bawah.

"Ini kerana sifatnya yang angkuh dan enggan bertolak ansur dalam soal cara menguruskan parti KITA. Saya selalu menasihatinya supaya mendengar rungutan anggota parti," katanya.


"Dia tidak mahu mendengar pandangan anggota-anggota CWC yang lain dan jika keadaan ini berterusan lambat laun parti ini akan lebur dari dalam. Tindakannya memecat anggota parti baru-baru ini menimbulkan persoalan tentang niat sebenar perjuangan politik beliau," kata Dr Rajaratnam.

Katanya ramai berpendapat sekiranya masalah dalaman parti tidak diselesaikan segera, KITA tidak mampu bertanding dalam pilihan raya umum akan datang. - mk -

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN.


Salam kepada semua pembaca. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam. Saya juga ingin memohon maaf andai kata terkasar bahasa, tersilap kata ketika di dalam penulisan dan lain-lain lagi. Harap dimaafkan. Semoga hari raya kali ini disambut dengan penuh gembira dan bersyukur kepadaNya.

Bakal MB Perlis?



Saudara Anuar Tahir Calon MB Perlis andai kata Pakatan Rakyat dapat menawan negeri Perlis?

ADUN Pauh Merangkap Adik Raja Perlis Seorang Kaki Rasuah?



Benarkan apa yang dikatakan oleh saudara Syed Atief terhadap Yb Datuk Seri Diraja Syed Razlan, ADUN Pauh merangkap Exco Pelaburan Perlis? Kalau apa yang dikatakan itu benar, harap pihak berkuasa segera ambil tindakan dan rakyat Perlis harus tahu apa yang telah dilakukan oleh pemimpin tersebut.

Allahyarhamah Dr Lo'Lo selamat dikebumikan



Jenazah ahli parlimen PAS Titiwangsa, Allahyarhamah Dr Lo Lo' Mohd Ghazali selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Datuk Keramat di ibu negara kira-kira jam 11.10 pagi ini.

DariNya kita datang dan kepadaNya jua kita dikembalikan ....hilangnya sebutir permata....pergi bertemu Ilahi...moga Allah tempatkan roh beliau bersama org2 yg beriman dan beramal soleh. Amin..

AL FATIHAH - Dr Lolo Meninggal Dunia..



Ahli Parlimen PAS Kawasan Titiwangsa telah disahkan oleh keluarganya telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. ALFATIHAH.....

TAKZIAH UNTUK KELUARGA  DR LOLO

Tragedi Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Al-Taqwa



TERKINI



Tragedi Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Al-Taqwa, Hulu Langat: Jumlah kematian meningkat pada 12 Orang.

Selamat Menyambut Hari Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis.




Selamat Menyambut Hari Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis ke 68. Dengan segala hormatnya merafak sembah menjunjung kasih dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Fauziah Binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid, sempena menyambut Hari Keputeraan Baginda yang ke-68 pada 17 Mei 2011. Semoga Allah melanjutkan usia dan memberkati pemerintahan DYMM Tuanku.

~ DIRGAHAYU TUANKU ~

Pengorbanan Seorang Ibu :)


Detik masa terus berlalu tanpa menanti sesiapa dan semakin hari umur kita pun akan meningkat bersama pengedaran masa. Kita semua dilahirkan di dunia ini melalui seorang yang bernama ibu. Begitu besar peranan dan jasa insan yang bernama ibu ini. Oleh itu renungkanlah sejenak apakah yang telah kita lakukan untuk membalas segala budi ibu ini. Sekurang-kurangnya peluk dan ciumlah ibu masing-masing yang dapat berjumpa atau sekurang-kurangnya telefon ibu bagi mereka yang duduk berjauhan.

Ibu, terima kasih kerana mengizinkan kami menginap di perutmu sepanjang 9 bulan perjalanan di alam rahim. Terima kasih tidak terhingga kerana membesarkan kami dengan segala kesusahan dan kepayahan. Terima kasih juga kerana menyusukan dan menyuapkan mkanan di mulut kami sepanjang usia kecil kami. Terima Kasih Ibu. SELAMAT HARI IBU UNTUK MU IBU. :)

Rumah Setiausaha Agung UMNO Terbakar.



Rumah Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Jalan Duta di sini terbakar teruk pagi ini. Kebakaran yang berlaku dengan cepat itu telah memusnahkan sebahagian besar rumahnya yang terletak di Jalan Duta,Kuala Lumpur khususnya di bahagian atas.

Menurut Tengku Adnan, beliau merasa cukup bernasib baik. Jika tidak kerana anak lelakinya tersedar ada kebakaran di rumah mereka pada jam 5.30 pagi, beliau dan keluarganya pasti ditimpa musibah. 

 Tengku Adnan yang tertidur di biliknya selepas mengikuti keputusan pilihanraya Singapura di televisyen, tersedar apabila anak lelakinya mengetuk pintu memberitahu ada kebakaran. Mereka sekeluarga segera lari keluar dari rumah.

Tiak lama kemudian beberapa kereta bomba telah berkejar ke rumahnya untuk berusaha memadam kebakaran. “Saya rasa sungguh nasib baik.Kalau anak saya tidak sedar entahlah,”katanya. Beliau sepatutnya dijadual  hadir di satu majlis di Putrajaya hari ini.









* Alhamdulillah Semuanya Selamat - AD

PRU 13 : 11/11/11 Tarikh Pilihanraya Umum?



Datuk Seri Najib Razak mencetuskan teka-teki mengenai tarikh pilihan raya umum ke-13 apabila menyebut timbulnya ramalan ia akan diadakan pada 11.11.11 kerana angka 11 amat signifikan dalam hidup beliau.

Beliau tidak mengia mahupun menafikan ramalan itu, sebaliknya menyifatkan ramalan sedemikian memang menjadi kegemaran dalam arena politik sebelum ini. 


EDISI TERHANGAT : Video Seks Full Version. Saksikan!!!


Untuk rakyat menilai, video seks full version.


AMARAN : 18 TAHUN KE ATAS SAHAJA.


Buatlah satu penilaian yang bijak demi negara kita yang tercinta.

EDISI SANTAI : Motosikal Sapa Ni?


Sorry la, ini bukan citer pasal jam tangan Omega, tapi citer pasal motosikal. Politik² jugak, bersantai pun kena jugak. Agak² kome dah berapa lama motorsikal ni tersadai kat pokok ni? Cer citer.. Cer citer.... Nak awok bakor ker? Parking merata-rata tempat.

Osama Bin Laden Meninggal Dunia.


 Osama Bin Laden terbunuh dalam serangan menggunakan helikopter di sebuah rumah agam di bahagian Utara ibu negara Pakistan, kata pegawai Amerika Syarikat (AS) dan Pakistan pada Isnin.

Empat helikopter melancarkan serangan di bahagian Bilal, Abbottabad yang terletak kira-kira 100 kilometer utara dari sini, kata seorang pegawai Pakistan yang enggan mendedahkan namanya ekoran isu tersebut dianggap sebagai sensitif.


Pegawai tersebut menambah, satu daripada helikopter tersebut terhempas dikatakan ditembak dari bawah. Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan sekiranya ada yang terkorban.


Beliau berkata, helikopter terbabit bertolak dari pangkalan udara Pakistan yang terletak di utara negara terbabit.


Dalam serangan itu, golongan wanita dan kanak-kanak ditahan.


Seorang pegawai AS yang juga tidak mendedahkan identitinya mengesahkan bahawa serangan tersebut dilancarkan ke arah sebuah rumah agam berhampiran Islamabad.


Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden AS, Barrack Obama berkata, operasi tersebut dijalankan pada Ahad.


Berita kematian Osama di Islamabad akan menimbulkan persoalan bagaimana dia dapat meloloskan diri daripada tangkapan dan berapa lama dia bersembunyi di daerah tersebut.-AP

AL FATIHAH BUAT OSAMA BIN LADEN

Chua Soi Lek Mahu Hapuskan Hak & Keistimewaan Orang Melayu?



“Saya mengatakan dengan mudah bahawa hak keistimewaan Melayu termaktub dalam Perlembagaan, di bawah Artikel 153 dan bagi membuang (perkara itu), anda memerlukan sokongan dua pertiga (di Parlimen) dan anda juga memerlukan perkenan Majlis Raja-raja Melayu jika pun anda mendapat kelulusan Parlimen,” katanya  - KLPOS

Teruskan bermain api!!!! Suatu hari pasti akan bakar diri kamu sendiri.