Ganjaran Hadiah Dan Wang Tunai Untuk Anda.

Dapatkan hadiah-hadiah menarik & wang tunai di sini. Daftar Segera. Berbaloi! [Klik Di Sini]

Berminat nak dapatkan Galaxy W
? [KLIK DI SINI]

Anda ingin peluang memenangi MPV? [KLIK DI SINI]


Followers

Benarkah sokongan terhadap UMNO Perlis semakin berkurangan?

Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis Perlu DiTukar Ganti Segera.

Md Isa Sabu
Jika di Kedah sudah disebut-sebutkan Datuk Paduka Ahmad Bashah bakal menjadi pengerusi perhubungan UMNO Kedah, bagaimana pula dengan Perlis? Adakah Perlis juga akan digantikan dengan pengerusi perhubungan UMNO yang baru? Setelah dua tahun Dato Seri Md Isa Sabu menjadi pengerusi perhubungan UMNO Perlis, kini keadaan UMNO Perlis kian lesu, lemah dan tidak bermaya. Md Isa gagal dalam memikul tanggung jawab yang diberikan pada dirinya sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perlis yang dilihat begitu penting dalam memainkan peranan untuk memperkukuhkan parti.

Ada juga suara-suara dan khabar yang mengatakan Dato Seri Najib Razak akan melantik Mantan Menteri Besar Perlis, Dato Seri Shahidan Kassim menerajui semula Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis.

Peralihan jawatan tersebut berdasarkan pekembangan semasa di Perlis berikutan prentasi Md Isa yang telah gagal untuk menyatu padukan dan memperkasa semula UMNO Perlis. Selama Md Isa menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis, hingga kini tidak ada satu program pun yang mampu dianjurkan Md Isa atas nama Perhubungan UMNO Perlis.

Masalah yang ada di Perlis kini, tidak ada tokoh yang berkelayakan untuk dilantik menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis yang baru selain Shahidan, yang telah berjaya mengetuai UMNO Perlis sehingga Perlis menang besar pada pilihanraya yang lalu. Perlis satu-satunya negeri di utara yang telah berjaya mempertahankan kemenangannya pada pilihanraya yang lalu, hasil usaha keras Shahidan. Negeri-negeri yang berjiran dengan Perlis, semuanya dilanda tsunami pilihanraya apabila telah kalah teruk dan kini dikuasai oleh pembangkang. BN atau Umno tidak macam dulu lagi, boleh buat pilihan pilih mereka yang terbaik dari kalangan mereka. Tetapi bila ada campur tangan pihak tertentu, telah menyebabkan Najib terpaksa mengambil mereka yang tidak layak ataupun berpengalaman menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis.

Ketika Perlis dilanda banjir baru-baru ini, Md Isa selaku Menteri Besar Perlis dan Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis telah menunjukkan kelemahannya dalam menangani masalah banjir. Amat mendukacitakan, ada sesetengah penempatan mangsa-mangsa banjir tidak diberi perhatian yg sewajarnya, bekalan makanan dan peralatan lambat diagihkan dan ada antaranya yang tidak sampai kepada mangsa banjir sehinggalah keadaan banjir pulih seperti sediakala. 

Rakyat tertanya-tanya, kemanakah perginya menteri besar dan wakil-wakil rakyat yang lain, ketika Perlis dilanda banjir? Mujurlah ada Shahidan yang telah mengeluarkan wangnya sendiri, menghulurkan sumbangan dan memberi bantuan bekalan makanan dan lain-lain keperluan melalui Yayasan Pok dan Kassim miliknya, kepada mangsa-mangsa banjir diseluruh Perlis. 

Pada sidang DUN Perlis, 14 disember, Ustaz Hashim Jasin (PAS-Sanglang) sendiri memuji tindakan Yayasan Pok dan Kassim milik Shahidan yang banyak membantu, ketika Perlis dilanda banjir. Md Isa seharusnya mengakui pengurusan bencana banjir di Perlis, baru-baru ini telah gagal dilaksanakan oleh beliau.

Klik pada gambar untuk besarkan.

Berdasarkan hasil penilaian sokongan terhadap UMNO Perlis pada blog ini, sehingga 15 disember 2010 jam 12.38pm. 1379 undian berjaya diperolehi, 689 (49%) mengatakan sokongan terhadap UMNO Perlis kini semakin berkurangan, 354 (25%) mengatakan tidak, dan 344 (24%) mengatakan tidak pasti. Ternyata sokongan terhadap UMNO Perlis kini semakin berkurangan. Majoriti rakyat Perlis sudah semakin bosan dengan kepimpinan UMNO yang ada sekarang.

Justeru itu, terserahlah pada Dato Seri Najib, seharusnya beliau menukar ganti Md Isa dengan tokoh yang lebih layak. Ia akan membolehkan kita membetulkan apa yang salah dalam UMNO Perlis. Rakyat Perlis juga mengetahui Menteri Besar "Pintu Belakang" telah khianat dan engkar terhadap amanah yang telah dilafaz sumpah olehnya sewaktu majlis angkat sumpah menjadi menteri besar. Rakyat Perlis bagaikan kaca terhempas ke batu dengan kepimpinan UMNO Perlis yang ada sekarang. Jangan biarkan Perlis ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua. Takut ada diantara rakyat Perlis sudah bosan dan berpaling arah. Kebanyakkan rakyat Perlis sudah kecewa dengan pentadbiran yang ada sekarang, tidak sanggup pula lihat Perlis menerima nasib yang sama seperti negeri-negeri jiran lain, yang telah ditadbir pembangkang. Hanya rakyat Perlis sahaja yang dapat menilai, seharusnya ianya perlu ditukar ganti segera!!!

"SELAMATKAN LAH UMNO PERLIS"

Bashah Ketua Perhubungan Umno Kedah? Mukhriz Timbalan?

Bashah Md Hanipah
Mukhriz Mahathir
Menurut sahabat blogger Jelapang, ada khabar-khabar angin yang sedang bertiup kencang mengatakan Ahmad Bashah Md Hanipah akan dilantik menjadi Ketua Perhubungan Umno Kedah manakala Mukhriz Mahathir pula akan dilantik menjadi Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Kedah.

Khabarnya Ahmad Bashah telah dipanggil mengadap Perdana Menteri dan Presiden Umno minggu lepas di Kuala Lumpur dan telah dimaklumkan bahawa beliau akan dilantik sebagai Ketua Perhubungan Umno Kedah yang baru menggantikan Shafie Apdal.

Sementara Mukhriz, yang merupakan hanya ahli jawatankuasa Bahagian Umno Kubang Pasu, akan dinobatkan sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah.

Alasannya ialah untuk menyakinkan dan memberi harapan baru kepada pengundi bahawa Umno mampu mengenengahkan muka baru dan membawa perubahan melalui Mukhriz, anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.


Persoalannya adakah Bashah mampu mengemudikan Umno Kedah? Dan adakah Mukhriz mampu membawa perubahan kepada Kedah? 

* Kalau dah dilantik tu, harap-harap dapat jalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan itu dengan sempurna serta dapat memperkasakan kembali UMNO Kedah dalam misi menawan Kedah kembali.