Ganjaran Hadiah Dan Wang Tunai Untuk Anda.

Dapatkan hadiah-hadiah menarik & wang tunai di sini. Daftar Segera. Berbaloi! [Klik Di Sini]

Berminat nak dapatkan Galaxy W
? [KLIK DI SINI]

Anda ingin peluang memenangi MPV? [KLIK DI SINI]


Followers

Benarkah sokongan terhadap UMNO Perlis semakin berkurangan?

Osama Bin Laden Meninggal Dunia.


 Osama Bin Laden terbunuh dalam serangan menggunakan helikopter di sebuah rumah agam di bahagian Utara ibu negara Pakistan, kata pegawai Amerika Syarikat (AS) dan Pakistan pada Isnin.

Empat helikopter melancarkan serangan di bahagian Bilal, Abbottabad yang terletak kira-kira 100 kilometer utara dari sini, kata seorang pegawai Pakistan yang enggan mendedahkan namanya ekoran isu tersebut dianggap sebagai sensitif.


Pegawai tersebut menambah, satu daripada helikopter tersebut terhempas dikatakan ditembak dari bawah. Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan sekiranya ada yang terkorban.


Beliau berkata, helikopter terbabit bertolak dari pangkalan udara Pakistan yang terletak di utara negara terbabit.


Dalam serangan itu, golongan wanita dan kanak-kanak ditahan.


Seorang pegawai AS yang juga tidak mendedahkan identitinya mengesahkan bahawa serangan tersebut dilancarkan ke arah sebuah rumah agam berhampiran Islamabad.


Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden AS, Barrack Obama berkata, operasi tersebut dijalankan pada Ahad.


Berita kematian Osama di Islamabad akan menimbulkan persoalan bagaimana dia dapat meloloskan diri daripada tangkapan dan berapa lama dia bersembunyi di daerah tersebut.-AP

AL FATIHAH BUAT OSAMA BIN LADEN

5 comments:

  1. al fatihah. pergi seorang pejuang islam.

    ReplyDelete
  2. Ha bagus tu...pandai betul US buat citer...Untuk pengetahuan anda semua...yg dikatakan Osama Laden ni sebenarnya adalah Agen Cia. Nama asal dia ialah TIM OSMAN....Tujuan CIA mereka cerita tentang Osama Laden dan Al-Qaeda ialah untuk memusnahkan negara2 Arab. Cuba anda bayangkan kenapa Amerika susah sangat untuk menangkap "Osama Laden" ni....jawapannya...smua ini propaganda untuk menghancurkan negara2 Islam.

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Biasanya pihak US tidak berdalih dalam hal begini, contohnya semasa Saddam Hussin ditangkap.Namun teori Tanpa Nama1155pm amat menarik.Yang sedihnya Pakistan membantu pihak US. Tanpa Nama1155pm mungkin juga betul dalam memberi pendapatnya, dalam peperangan, banyak tipu muslihat dilakukan, di dalam kes ini US mungkin melakukan 'calling a bluff' bagi melekakan pihak Al Qaedah.Serangan mengejut begini dengan menggunakan 4 helikopter, mungkin Black Hawk,kemungkinan mengandungi 40 anggota Seal Amerika, amak sukar hendak dijangkai, dan diatasi pihak yang diserang,terutama bila dilaksanakan waktu awal pagi,atau subuh, apabila pengawal-pengawal paling kurang tahap siapsiaganya. Namun diberitakan sebuah telah dapat ditembak jatuh.Patah tumbuh dan hilang akan tetap berganti, mungkin pemimpin Al Qaedah kehadapan ini akan lebih memberi masaalah kepada pihak Amerika. Alfatihah untuk arwah.
    Wassalam,
    Naga Cina Batang Berjuntai

    ReplyDelete
  4. Osama Bin Laden Never Existed .
    That Photo Was Fake .
    They Use Photoshopped Technique .

    ReplyDelete
  5. Sila baca - http://whatreallyhappened.com/ - dan nilaikan.

    ReplyDelete

Setelah membaca artikel di atas, tinggallah sedikit komen, supaya kita dapat berbincang mengenai isu tersebut dan berikan komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

* Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda.

* Elakkan dari mengunakkan nama Anonymous.
* Jika anda tidak tahu cara mengunakkan nama anda, ikut langkah berikut :

- Klik pada kotak di sebelah 'Comment as'
- Klick pada 'Name/URL' selepas tu isi nama anda, URL jika ada sahaja.
- Kemudian klik pada 'Continue' dan anda boleh terus menulis komen.

* Sila guna bahasa yang sopan dan berhemah ketika menulis komen.
* Hindari drpd menyentuh tentang sensitiviti individu, agama & perkauman.
* Segala komen yang ditulis atas tanggungjawab dan risiko anda sendiri.


- HARAP MAKLUM -