Ganjaran Hadiah Dan Wang Tunai Untuk Anda.

Dapatkan hadiah-hadiah menarik & wang tunai di sini. Daftar Segera. Berbaloi! [Klik Di Sini]

Berminat nak dapatkan Galaxy W
? [KLIK DI SINI]

Anda ingin peluang memenangi MPV? [KLIK DI SINI]


Followers

Benarkah sokongan terhadap UMNO Perlis semakin berkurangan?

SHAHIDAN AKAN BUAT TUNTUTAN TERBUKA PADA RAIS YATIM


Mantan Menteri Besar Perlis, Dato Seri Shahidan hari ini berkata, beliau akan membuat tuntutan terbuka kepada Dato Seri Utama Rais Yatim berkenaan beberapa pegawai-pegawai JASA di negeri Perlis yang telah hilang pegangan.  Terdapat pegawai-pegawai JASA di negeri Perlis  yang tugas sebenar  mereka adalah menyatukan rakyat dengan kerajaan telah menghentam beliau yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perlis  dan Ketua Bahagian UMNO Arau Perlis.

JASA atau Jabatan Hal Ehwal Khas merupakan satu agensi yang bertanggungjawab untuk menarik sokongan rakyat agar menyokong kerajaan. Tugas utama mereka menyampaikan berita baik mengenai kerajaan kepada rakyat. Tetapi lain pula dengan beberapa pegawai JASA di Negeri Perlis, tugas mereka memecah belahkan individu dan menghentam pemimpin-pemimpin UMNO Perlis lain yang tidak sebulu dengan Menteri Besar Perlis.

Dalam satu laman Facebook, seorang Pegawai JASA dari Bintong yang baru sahaja dilantik oleh Dato Seri Md Isa Sabu, telah mengeluarkan kenyataan biadap menghina dan memaki hamun Dato Seri Shahidan Kassim ketika beliau sedang mengerjakan haji di Makkah. Dari segi agama patutkan beliau memaki hamun seseorang yang berada di Makkah menunaikan fardhu haji dan wajarkah mereka yang dibayar gaji mengunakan duit rakyat, sibuk menghentam dan memaki hamun orang lain?

Dato Seri Shahidan Kassim juga berkata, jika pekara ini tidak diambil tindakan, beliau akan bercakap pada Perhimpunan Agung UMNO nanti dan beliau juga akan menyebut nama Pegawai JASA dari Bintong itu yang telah lupa akan tugas sebenar mereka.

Beliau yang juga merupakan Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) dan Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) telah beroleh satu kejayaan peribadi buatnya apabila atlet-atlet dibawah pimpinan beliau telah memperoleh 19 emas dari ASUM dan 6 emas dari KOAM di Sukan Sea Indonesia baru-bari ini. Ini merupakan satu pencapaian terbaik dan sejarah buat KOAM dan ASUM sejak berada dibawah pemimpin beliau.

6 comments:

  1. elok sgt la tu, buang saja yang pegawai yang berkelakuan biadap. simpan pun buat malu saja.

    ReplyDelete
  2. correction: 19 emas dari ASUM, 6 emas dari KOAM. Bukan 25 emas dari KOAM sahaja. Keduanya pimpinan DSSK.

    ReplyDelete
  3. pegawai2 jasa meloyakan

    ReplyDelete
  4. bagi saya senang saja, sahidan mau yang mana politik atau pimpin persatuan sukan? koam yang di pimpin oleh beliau pun terlalu banyak masalah, skuad emas kita pulang tanpa ambil pingat, ramai yang marah kan dia, kepada dato sri saya rasa lebih baik dato sri letak semua jawatan dan bersara saja, nama pun baik orang dok kenang, buat apa baru balik haji dan dok ada di mekah pun orang dok hina kita, saya bercakap benar, tolong letak jawatan kesemuanya sekali, dok diam di rumah lagi baik,dah memang dato sri hanya pandai bercakap saja, buat tak. ikhlas dari ibrahim hj sabri.

    ReplyDelete
  5. JASA = Jabatan Salah Asuhan

    ReplyDelete

Setelah membaca artikel di atas, tinggallah sedikit komen, supaya kita dapat berbincang mengenai isu tersebut dan berikan komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

* Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda.

* Elakkan dari mengunakkan nama Anonymous.
* Jika anda tidak tahu cara mengunakkan nama anda, ikut langkah berikut :

- Klik pada kotak di sebelah 'Comment as'
- Klick pada 'Name/URL' selepas tu isi nama anda, URL jika ada sahaja.
- Kemudian klik pada 'Continue' dan anda boleh terus menulis komen.

* Sila guna bahasa yang sopan dan berhemah ketika menulis komen.
* Hindari drpd menyentuh tentang sensitiviti individu, agama & perkauman.
* Segala komen yang ditulis atas tanggungjawab dan risiko anda sendiri.


- HARAP MAKLUM -