selamat datang 01 Pictures, Images and Photos

Ganjaran Hadiah Dan Wang Tunai Untuk Anda.

Dapatkan hadiah-hadiah menarik & wang tunai di sini. Daftar Segera. Berbaloi! [Klik Di Sini]

Berminat nak dapatkan Galaxy W
? [KLIK DI SINI]

Anda ingin peluang memenangi MPV? [KLIK DI SINI]


Followers

Benarkah sokongan terhadap UMNO Perlis semakin berkurangan?

Datuk Seri Shafie Apdal Kahwin Dengan Artist?




Kali ini cerita mengenai artist pulak, Pertama sekali kita kena take note yang ini hanya gosip sahaja ok. Sama ada ianya sahih atau tak, kena tunggu tuan empunya diri keluarkan kenyataan kepada umum. Yang menariknya gosip ini melibatkan seorang menteri dengan artist. Sama seperti sahabat blogger Jelapang, nak berceritakan pasal artist ni tak la berminat sangat, tapi apabila gosip ini melibatkan ahli politik terutamanya Menteri, nampak macam menarik juga.

Gosip angin sepoi-sepoi bahasa ini, menyatakan yang Datuk Shafie Apdal dah berkahwin dengan Zahida Rafik sebelum bulan puasa hari tue. Khabarnya perkahwinan tersebut pula dibuat di London dan dilakukan secara tertutup. Gosip yang tengah panas di blog blog hiburan  mengenai cerita Datuk Seri Shafie Apdal dan Zahida Rafik ni dah tersebar sebelum Ramadan lagi.


Kalau betullah dah berkahwin, tahniah kami ucapkan kepada Datuk Seri Shafie Apdal dan Zahida Rafik. Semoga kekal bahagia. Kalau tak betul minta maaf, mungkin hanya sekadar gosip.

Teringat balik kisah Bung Mokhtar yang lebih kurang cerita dia macam ni juga. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh juga ke tanah. Akhirnya ngaku jugak walaupun sebelum ini, menafikan tiada hubungan.

Unit Penyelam Temui Gelang Disyakki Milik Datuk Sosilawati


Unit penyelam Pasukan Gerakan Marin hari ini menemui satu objek seakan-akan gelang emas dalam operasi mencari bahan bukti kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain di kawasan kunci air Kampung Sungai Lang di sini, hari ini.

Empat penyelam memulakan operasi pada 3.20 petang di kawasan kunci air itu yang terletak berhampiran pasar awam pekan tersebut dan operasi ditamatkan pada 5.05 petang tadi. Turut berada di kawasan operasi menyelam itu ialah suspek utama kes pembunuhan empat individu itu. Suspek, yang juga seorang peguam berumur 41 tahun, turut disiasat berhubung kes seorang lelaki ahli perniagaan warga India yang dikatakan hilang di Banting sejak awal tahun ini.

Kawasan operasi menyelam itu menjadi tumpuan orang ramai petang tadi dan mereka sanggup menunggu walaupun hujan turun pada masa itu bagi melihat sendiri bagaimana pasukan polis menjalankan tugas mereka.

Sementara itu, pada jam 3.00 petang tadi, kira-kira 15 petugas Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor tiba di ladang ternakan milik suspek utama kes pembunuhan Sosilawati di Ladang Gadong, Tanjung Sepat.

Mereka tiba dengan tiga kenderaan pacuan empat roda dan lori satu tan di ladang itu yang dipercayai lokasi di mana Sosilawati dan tiga yang lain dibunuh dan dibakar. Kakitangan jabatan itu menghabiskan masa hampir satu jam 45 minit untuk menangkap empat lembu dan lapan kambing termasuk biri-biri yang berada di dalam ladang itu dan memuatkan haiwan tersebut ke dalam lori sebelum beredar daripada lokasi berkenaan.

Bagaimanapun, mereka enggan mengulas lanjut mengenai operasi tersebut ketika diminta oleh pihak media.

Sumber Bernama

Adik Nik Aziz akui terima cek bernilai RM4 billion

Banyak tu. Kantong PAS sudah buncit dan pastinya tidak akan kering.

Apa tidaknya. Sebuah syarikat tempatan mengumumkan sumbangan RM4 bilion kepada PAS Kelantan kelmarin.

Ia dibuat atas alasan untuk membantu kerajaan negeri membangunkan prasarana beberapa jajahan yang mundur di negeri ini.

Pengerusi Eksekutif I'DA World Group Sdn Bhd (I'DA World), Abdul Rahim Abdul Wahab (gambar kiri), menjelaskan sumbangan itu bukan membalas ganjaran diberikan Kerajaan Kelantan kepada syarikat itu membangunkan projek di Tumpat, Kelantan, yang bernilai lebih RM300 bilion.

Sumbangan I'DA World ini tidak ada kena mengena dengan projek diperoleh syarikat daripada kerajaan negeri yang bernilai lebih RM300 bilion.

Ia lebih kepada membantu membangunkan beberapa jajahan di negeri ini seperti pekan Rantau Panjang, yang kelihatan mundur dan memerlukan bantuan untuk pembangunan, katanya.
Beliau memberitahu pemberita selepas majlis pelancaran projek dan makan malam I'DA World yang dihadiri lebih 200 tetamu di Hotel Renaissance di Kota Bharu, malam kelmarin.

Bagaimanapun, tiada kenamaan selaku wakil kerajaan negeri hadir pada majlis itu.

Sempena majlis itu, I'DA World turut menyampaikan surat pelantikan kepada lebih 100 kontraktor yang dipilih untuk melaksanakan dengan projek yang dibangunkan firma terbabit.

Sejurus penyampaian surat pelantikan kontraktor itu selesai, Abdul Rahim membuat kejutan apabila mempamerkan replika cek memaparkan nilai RM4 bilion atas nama Parti Islam Se-Malaysia (PAS) selepas pengacara majlis membuat pengumuman mengenai sumbangan firma itu kepada Kerajaan Pas Kelantan.

Berdasarkan taklimat yang disampaikan pada majlis itu, I'DA World dengan modal berbayar RM1 juta mendakwa mempunyai aset lebih AS$2 trilion.

Firma itu bercadang membangunkan Projek Super Mega Seri Tujuh (S7) di Tumpat, dengan anggaran kos pembangunan RM313.71 bilion, selain beberapa projek membabitkan empat negeri iaitu Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan membabitkan kos keseluruhannya RM1 trilion.

Antara projek yang mahu dilaksanakan termasuk pembinaan lebuh raya Link Timur-Barat (EWL) yang turut dilengkapi dengan saluran minyak dari Tumpat ke Yan, Kedah; landasan kereta api berkembar dan beberapa terowong pintas melalui Banjaran Titiwangsa.

Sumber blog Kijang Jantan

* 4 billion bukannya sikit. Makan tak habis la lepas ni..

Virus Malware Tetamu Tak Diundang Menyerang Blogger

Beberapa portal berita di Malaysia termasuk The Malaysian Insider dan Malaysia Kini dipenuhi amaran malware - perisian yang boleh merosakkan komputer daripada pengendali web pencarian gergasi, Google.
Malware itu dikatakan berasal dari 'Innity' sebuah syarikat jaringan pengiklanan online. Google kini menghalang pengguna dari memasuki lebih 600 laman web setelah Innity mula menyiarkan iklan yang menghubungkan kepada laman web yang dicemari malware berbahaya.

Hari ini saja, beberapa laman seperti The Star, The Malaysian Insider, Malaysia Kini, Berita Harian dan My Sinchew turut terjejas. Malah banyak blog pro kerajaan seperti Pisau.net, Minda Intelek Melayu dan juga blog Bumiyang.blogspot tak dapat dibuka. Begitu juga blog pemimpin terkenal seperti CheDet.cc.
Mengikut laporan 'Google Safe Browsing', Innity telah menjadi hos untuk perisian berbahaya yang disebarkan ke laman web yang menyiarkan iklannya.

Pemilik laman web yang terlibat dinasihatkan membuang semua kod dan iklan dari Innity sehingga ia menyelesaikan masalah ini. Untuk langkah keselamatan, buang semua link iklan atau blog dan portal yang mempunyai jangkitan Malware ini untuk sementara waktu.

Innity dalam laman webnya mendakwa jaringan pengiklanannya melayan lebih 2.1 billion iklan dan mempunyai lebih 29 juta pengguna sebulan termasuk 250 laman web terkenal di Malaysia, Singapura, dan negara Asia Tenggara yang lain. Google telah mengesan ancaman itu pada 19 September dan ia meliputi pelayar internet terkenal termasuk milikan Google sendiri iaitu Chrome, Mozilla Firefox, Internet Explorer dan Safari yang digunakan pengguna Apple. Malware merupakan perisian yang direka bentuk untuk memasuki ke dalam sistem komputer dan menyebabkan resiko kerosakan komputer tanpa disedari oleh pengguna.
Nama Malware wujud daripada gabungan ‘malicious’ yang membawa maksud niat jahat dan ‘software’ pula bermaksud perisian. Perisian ini dicipta oleh individu yang mempunyai kepakaran berkenaan kod program pelbagai perisian. Tujuan golongan ini ialah untuk mengganggu, mengancam dan menimbulkan masalah kepada pengguna komputer.

Pada masa ini Malware diwujudkan untuk tujuan mengaut keuntungan. Bukan saja untuk mengganggu sistem komputer tetapi ia juga digunakan untuk mencuri data, identiti, wang serta maklumat pengguna, semata-mata bagi mengaut keuntungan yang berlipat ganda oleh penjenayah siber.

Serangan malware termasuklah terhadap kebanyakan blog yang ada diantaranya terus tidak dapat diakses kecuali mereka yang mengambil risiko mengabaikan arahan daripada melayari blog-blog berkenaan. Beberapa template tertentu dikesani mudah untuk berkompromi dengan malware ini.Bagi yang telah terkena jangkitan malware ini pastikan anda membersihkan "cookies" daripada browser-browser anda.

Pastikan portal dan blog anda TIDAK memasang iklan daripada Innity dan manggaonline. Bagi iklan pop-up dari widgeo.net yang mengganggu pelayaran blog, buang widget yang memaparkan data pengunjung. Sekalipun cantik dan maklumatnya bermakna, tetapi iklan popup yang diterbitkan terlalu menganggu sehinggakan pengunjung boleh menjadi bosan kerananya. Semua malware akan menyebabkan sistem komputer bertambah lambat seperti penyambungan Internet dan juga masa untuk sistem ‘boot’ menjalankan operasinya.


Sumber blog Media Permatang Pauh

*Nah blog ni pun dah kena???

Rakan Sosilawati ditemui mati

BUKIT MERTAJAM 18 Sept. - Pengasas produk kecantikan Aveer, Sarina Jaafar yang juga kenalan rapat jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya ditemui mati di rumahnya di Taman Pauh Jaya di sini hari ini.
Pemilik syarikat SBJ Aveer Services Sdn. Bhd. berusia 45 tahun itu ditemui tergantung di biliknya kira-kira pukul 8.30 pagi oleh anak bongsunya yang berusia 16 tahun.

Polis setakat ini mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut.

Anak sulung Sarina, Mohd. Azrul Affendi Zakaria, 24, yang dihubungi memberitahu, berita kematian ibunya mengejutkan seluruh ahli keluarga kerana arwah tidak menunjukkan perubahan sikap kebelakangan ini. Mohd. Azrul berkata, kejadian berlaku ketika dia berada di Kuala Lumpur dan kali terakhir dia menemui Sarina ialah pada petang semalam dan sempat menasihati ibunya supaya berhati-hati dalam perniagaan ekoran banyak berlaku kes pembunuhan kebelakangan ini.

"Ibu beberapa kali turut menyuarakan rasa terkilan dan sedih berhubung kejadian yang menimpa Datuk Sosilawati kerana ibu rapat dengannya," kata Mohd. Azrul. Menurutnya, kejadian tersebut sangat menyedihkan keluarganya tambahan lagi ia berlaku ketika mereka sedang memulakan persiapan bagi majlis perkahwinannya yang dijadualkan Januari nanti. "Saya telefon ibu pagi tadi tetapi tidak diangkat sehinggalah diberitahu mengenai kejadian ini," katanya. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Supritendan Mohan Singh Tara Sigh yang dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes tersebut setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Katanya, mayat Sarina ditemui mati di rumahnya kira-kira pukul 8.30 pagi dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini untuk bedah siasat. "Polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut dan kita harap semua pihak tidak membuat spekulasi walaupun mangsa dikatakan kenalan rapat Datuk Sosilawati," katanya.

Sumber Utusan Malaysia 

M. Rajoli meninggal dunia

Al Fatihah buat M Rajoli atau nama sebenar beliau Haji Mohd Rajoli Bin Mohamed Zain yang telah kembali ke rahmatullah akibat barah otak pada jam 10.45 malam tadi.

M Rajoli merupakan seorang pelakon veteran dari era lewat 70-an dan cukup dikenali dengan lakonannya yang begitu verstail dan bersahaja.

Sewaktu dimasukkan ke hospital tersebut, pelakon itu sudah didapati semakin tenat dan diberi alat bantuan pernafasan kerana masalah yang dihadapinya itu.
Allahyarham telah mengidap penyakit barah otak sejak 4 tahun lalu dan pernah menjalani beberapa pembedahan sebelum ini dan sering kali keluar masuk hospital. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat, Kuala Lumpur sebelum solat zuhur, hari ini (Sabtu).

Al Fatihah kepada Allahyarham M Rajoli.

Murugiah buat laporan polis kaitkannya dengan suspek utama kes Sosilawati

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T. Murugiah hari ini membuat laporan polis berhubung satu khidmat pesanan ringkas (SMS) yang beliau terima mengaitkannya dengan suspek utama pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya.

Beliau berkata laporan itu dibuat di Balai Polis Pekan Baru, Ipoh berikutan SMS yang dihantar melalui telefon bimbit yang berbaur fitnah.

"SMS ini adalah fitnah terhadap saya yang sengaja mengaitkan saya 
dengan suspek utama pembunuhan kejam Sosilawati di mana SMS berkenaan tidak  benar sama sekali," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini. Beliau berkata antara kandungan SMS itu berbunyi :"peguam yang kena tuduh dalam kes Sosilawati bercadang sertai MIC kata Murugiah yang juga kawan  baik beliau. Peguam ini juga adalah salah seorang penasihat Timbalan Menteri berkenaan dalam kes ROS (Pendaftar Pertubuhan). Murugiah adalah rakan kongsi peguam dalam perniagaan di mana Murugiah dapat RM3 juta dalam urusan itu".

Murugiah berkata suspek tersebut bukan peguam yang mengendalikan kes ROS
seperti yang dinyatakan dan SMS itu sengaja dihantar bagi menjejaskan imej dan kedudukannya dalam politik dan sebagai Timbalan Menteri.

"Saya yakin SMS berkenaan kemungkinan dihantar oleh orang yang mempunyai
kepentingan politik dan mendapat manfaat sekiranya karier politik saya dibunuh.

"Perkara ini amat serius bukan sahaja ia SMS fitnah terhadap saya tetapi
juga penyebarannya boleh menjejaskan penyiasatan kes Sosilawati yang merupakan kes berprofil tinggi," katanya.

Sebelum ini Murugiah ketika menziarahi keluarga Sosilawati mendedahkan
pernah bertemu dengan suspek utama pembunuhan tersebut, iaitu peguam bergelar Datuk itu dalam satu majlis penyampaian sumbangan hari raya di Banting, Selangor pada 8 September lalu.

Pada majlis itu suspek turut menyatakan hasratnya kepada Murugiah untuk
menyertai MIC.

Sementara itu Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Ibrahim Abu Bakar
ketika dihubungi mengesahkan bahawa pihaknya ada menerima laporan berkenaan daripada Murugiah.

Beliau berkata setiausaha Timbalan Menteri berkenaan membuat laporan di
Balai Polis Pekan Baru 10 pagi tadi.

"SMS berkenaan diterima ketika Timbalan Menteri itu menghadiri satu program
di Teluk Intan (Perak) semalam," katanya.

Selain itu, menurutnya satu laporan polis berkaitan perkara itu turut dibuat
oleh setiausaha beliau di Ibu Pejabat Polis Daerah Teluk Intan semalam.

Sumber BERNAMA

PERLUKAH PERKASA DISOKONG?

PERKASA adalah salah satu pertubuhan atau NGO yang mendapat sokongan padu dari Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan ramai lagi pemimpin pemimpin dan pejuang pejuang melayu, pun begitu terdapat juga pemimpin pemimpin dan pejuang pejuang melayu menolaknya atas beberapa alasan yang boleh diterima pakai.

Apa pendapat anda pula terhadap keujudan PERKASA, mestikah PERKASA disokong oleh semua bangsa melayu atau sebaliknya, komen anda bererti nada melayu anda!!!

* Bincang mengenai PERKASA di sini.
            SILA KLIK DI SINI