Md Isa Sabu |
Ada juga suara-suara dan khabar yang mengatakan Dato Seri Najib Razak akan melantik Mantan Menteri Besar Perlis, Dato Seri Shahidan Kassim menerajui semula Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis.
Peralihan jawatan tersebut berdasarkan pekembangan semasa di Perlis berikutan prentasi Md Isa yang telah gagal untuk menyatu padukan dan memperkasa semula UMNO Perlis. Selama Md Isa menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis, hingga kini tidak ada satu program pun yang mampu dianjurkan Md Isa atas nama Perhubungan UMNO Perlis.
Masalah yang ada di Perlis kini, tidak ada tokoh yang berkelayakan untuk dilantik menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis yang baru selain Shahidan, yang telah berjaya mengetuai UMNO Perlis sehingga Perlis menang besar pada pilihanraya yang lalu. Perlis satu-satunya negeri di utara yang telah berjaya mempertahankan kemenangannya pada pilihanraya yang lalu, hasil usaha keras Shahidan. Negeri-negeri yang berjiran dengan Perlis, semuanya dilanda tsunami pilihanraya apabila telah kalah teruk dan kini dikuasai oleh pembangkang. BN atau Umno tidak macam dulu lagi, boleh buat pilihan pilih mereka yang terbaik dari kalangan mereka. Tetapi bila ada campur tangan pihak tertentu, telah menyebabkan Najib terpaksa mengambil mereka yang tidak layak ataupun berpengalaman menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis.
Ketika Perlis dilanda banjir baru-baru ini, Md Isa selaku Menteri Besar Perlis dan Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis telah menunjukkan kelemahannya dalam menangani masalah banjir. Amat mendukacitakan, ada sesetengah penempatan mangsa-mangsa banjir tidak diberi perhatian yg sewajarnya, bekalan makanan dan peralatan lambat diagihkan dan ada antaranya yang tidak sampai kepada mangsa banjir sehinggalah keadaan banjir pulih seperti sediakala.
Rakyat tertanya-tanya, kemanakah perginya menteri besar dan wakil-wakil rakyat yang lain, ketika Perlis dilanda banjir? Mujurlah ada Shahidan yang telah mengeluarkan wangnya sendiri, menghulurkan sumbangan dan memberi bantuan bekalan makanan dan lain-lain keperluan melalui Yayasan Pok dan Kassim miliknya, kepada mangsa-mangsa banjir diseluruh Perlis.
Pada sidang DUN Perlis, 14 disember, Ustaz Hashim Jasin (PAS-Sanglang) sendiri memuji tindakan Yayasan Pok dan Kassim milik Shahidan yang banyak membantu, ketika Perlis dilanda banjir. Md Isa seharusnya mengakui pengurusan bencana banjir di Perlis, baru-baru ini telah gagal dilaksanakan oleh beliau.
Klik pada gambar untuk besarkan. |
Berdasarkan hasil penilaian sokongan terhadap UMNO Perlis pada blog ini, sehingga 15 disember 2010 jam 12.38pm. 1379 undian berjaya diperolehi, 689 (49%) mengatakan sokongan terhadap UMNO Perlis kini semakin berkurangan, 354 (25%) mengatakan tidak, dan 344 (24%) mengatakan tidak pasti. Ternyata sokongan terhadap UMNO Perlis kini semakin berkurangan. Majoriti rakyat Perlis sudah semakin bosan dengan kepimpinan UMNO yang ada sekarang.
Justeru itu, terserahlah pada Dato Seri Najib, seharusnya beliau menukar ganti Md Isa dengan tokoh yang lebih layak. Ia akan membolehkan kita membetulkan apa yang salah dalam UMNO Perlis. Rakyat Perlis juga mengetahui Menteri Besar "Pintu Belakang" telah khianat dan engkar terhadap amanah yang telah dilafaz sumpah olehnya sewaktu majlis angkat sumpah menjadi menteri besar. Rakyat Perlis bagaikan kaca terhempas ke batu dengan kepimpinan UMNO Perlis yang ada sekarang. Jangan biarkan Perlis ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua. Takut ada diantara rakyat Perlis sudah bosan dan berpaling arah. Kebanyakkan rakyat Perlis sudah kecewa dengan pentadbiran yang ada sekarang, tidak sanggup pula lihat Perlis menerima nasib yang sama seperti negeri-negeri jiran lain, yang telah ditadbir pembangkang. Hanya rakyat Perlis sahaja yang dapat menilai, seharusnya ianya perlu ditukar ganti segera!!!
"SELAMATKAN LAH UMNO PERLIS"
molek sgt la kalau ditukarkan md isa sabu tu..
ReplyDeleteTukar la kalau rasa yang lama tak berkhidmat dengan baik.
ReplyDeleteCuba yang baru pula mungkin lebih baik.
eloknya di tukar ja UMNO perlis tu kepada PAS.. bagi pas pulak perintah perlis...
ReplyDeletebelajarlah terima hakikat.... dunia semua tu..
ReplyDeleteTukar je ke PAS kan lagi better.... insyaAllah Ustad Hashim leh pimpin sampi syurga...
ReplyDelete