selamat datang 01 Pictures, Images and Photos

Ganjaran Hadiah Dan Wang Tunai Untuk Anda.

Dapatkan hadiah-hadiah menarik & wang tunai di sini. Daftar Segera. Berbaloi! [Klik Di Sini]

Berminat nak dapatkan Galaxy W
? [KLIK DI SINI]

Anda ingin peluang memenangi MPV? [KLIK DI SINI]


Followers

Benarkah sokongan terhadap UMNO Perlis semakin berkurangan?

Bashah Ketua Perhubungan Umno Kedah? Mukhriz Timbalan?

Bashah Md Hanipah
Mukhriz Mahathir
Menurut sahabat blogger Jelapang, ada khabar-khabar angin yang sedang bertiup kencang mengatakan Ahmad Bashah Md Hanipah akan dilantik menjadi Ketua Perhubungan Umno Kedah manakala Mukhriz Mahathir pula akan dilantik menjadi Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Kedah.

Khabarnya Ahmad Bashah telah dipanggil mengadap Perdana Menteri dan Presiden Umno minggu lepas di Kuala Lumpur dan telah dimaklumkan bahawa beliau akan dilantik sebagai Ketua Perhubungan Umno Kedah yang baru menggantikan Shafie Apdal.

Sementara Mukhriz, yang merupakan hanya ahli jawatankuasa Bahagian Umno Kubang Pasu, akan dinobatkan sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah.

Alasannya ialah untuk menyakinkan dan memberi harapan baru kepada pengundi bahawa Umno mampu mengenengahkan muka baru dan membawa perubahan melalui Mukhriz, anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.


Persoalannya adakah Bashah mampu mengemudikan Umno Kedah? Dan adakah Mukhriz mampu membawa perubahan kepada Kedah? 

* Kalau dah dilantik tu, harap-harap dapat jalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan itu dengan sempurna serta dapat memperkasakan kembali UMNO Kedah dalam misi menawan Kedah kembali.

6 comments:

  1. baik mukriz ketua dari bashah..

    ReplyDelete
  2. Nasib malang la sekali lagi negeri kedah kalau Bashah jadi Pen.perhubungan,dalam bahagian sendiri pun masalah bercambah x bole selesai ni kan pula nak selesai masalah negeri....klu dah sbb org PM jadi alasan,masih tak berubah corak kepimpinan UMNO...kita tgk papa nak jadi...kesian generasi muda...

    ReplyDelete
  3. Jangan membuat kesilapan demi kesilapan tanpa usul periksa......!!! MUKHRIZ tetap berwibawa...!!!

    ReplyDelete
  4. Saya amat sokong kalau kepimpinan muda yg mnerajui negeri kedah dengan disokong oleh kepimpinan2 lama. Hasrat kita ialah nak menawan kembali Negeri Kedah dpd pembangkang.

    ReplyDelete
  5. BLOG SAUDARA DIPAUTKAN sekarang tajuk ini disokong sila klih melayurayadaily.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Elok lantik Mukhriz yang jadi Pengerusi Perhubungan. Lantik Bashah, alamatnya jadi biasa-biasa sajalah. Tak ada momentum. Mukhriz nak bergerak pun susah. Nak laju nanti dikata melangkah Ketua pulak.

    Kalau betul-betul nak kembalikan Kedah kepada UMNO, lantik terus Mukhriz sebagai Pengerusi. Inilah kemahuan majoriti rakyat kedah.

    ReplyDelete

Setelah membaca artikel di atas, tinggallah sedikit komen, supaya kita dapat berbincang mengenai isu tersebut dan berikan komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

* Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda.

* Elakkan dari mengunakkan nama Anonymous.
* Jika anda tidak tahu cara mengunakkan nama anda, ikut langkah berikut :

- Klik pada kotak di sebelah 'Comment as'
- Klick pada 'Name/URL' selepas tu isi nama anda, URL jika ada sahaja.
- Kemudian klik pada 'Continue' dan anda boleh terus menulis komen.

* Sila guna bahasa yang sopan dan berhemah ketika menulis komen.
* Hindari drpd menyentuh tentang sensitiviti individu, agama & perkauman.
* Segala komen yang ditulis atas tanggungjawab dan risiko anda sendiri.


- HARAP MAKLUM -