selamat datang 01 Pictures, Images and Photos

Ganjaran Hadiah Dan Wang Tunai Untuk Anda.

Dapatkan hadiah-hadiah menarik & wang tunai di sini. Daftar Segera. Berbaloi! [Klik Di Sini]

Berminat nak dapatkan Galaxy W
? [KLIK DI SINI]

Anda ingin peluang memenangi MPV? [KLIK DI SINI]


Followers

Benarkah sokongan terhadap UMNO Perlis semakin berkurangan?

Selepas Kenaikan Harga Minyak RON97, Malam Ini Kenaikan Harga Minyak RON95, Diesel, Gas Dan Gula Pula.

Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula dijangka mengalami kenaikan lagi mulai tengah malam ini. Ia berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi.

azlanPetrol RON95, dipercayai akan dinaikkan 5 sen menjadikan harga RM1.90 seliter.

Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.

Harga diesel pula dipercayai dinaikkan 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.
Harga gula pula dikatakan akan naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.
azlanSemua harga baru dijangka berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi esok. Ia didedahkan pada taklimat kepada editor di Putrajaya oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) .

Malaysiakini
turut dijemput ke taklimat itu melalui panggilan telefon tetapi wartawan kami dihalang memasuki ibupejabat Unit Kordinasi dan Pelaksanaan di Pejabat Perdana Menteri, kemudiannya tanpa sebarang alasan.

Pengumuman rasmi daripada Jabatan Perdana Menteri berhubung kenaikkan ini dijangkakan pada jam 8 malam.

Kali terakhir harga barangan meningkat adalah pada 15 Julai lalu. Ia membabitkan kenaikan 5-dalam-1. Barangan yang terjejas itu adalah dua gred petrol, diesel, gula dan gas. MK


* MAKAN MAGGIE PULAK LA LEPAS NI....

7 comments:

  1. KALAU NAK NAIK, TAK KISAH LA, TAPI KASI NAIK LA SKALI GAJIII,,

    ReplyDelete
  2. dino... kan makan gaji, aku..?

    ReplyDelete
  3. bagi bonus 500 pastu naik mcm2..x de makna la bg..konon utk belanja bukak sekolah, tp bayar awal utk bayar mcm2 kenaikan..dah la saman pun kena bayar, yg lain pun sama gak..ibarat mcm dah bagi pastu ambik balik..apa dia..

    ReplyDelete
  4. krajaan bodoh tahap babi.. ni kerajaan neraka nie... babi lu orang2 elit kerajaan... busuk la ko kat dalam kubur nanti.. rakyat malaysia mendoakan..

    ReplyDelete
  5. kenaikan ni berdasarkan pd harga minyak terkini.. ada kerelevanannya.. dan ada jugak yg tak patut.. dalam kerajaan memperkatakan ttg perkembangan ekonomi,tp tindakan yg dilakukan menunjukkan yg sebaliknya.. tp, kalo nak komplen ttg bonus rm500 tuh, bsyukur la daripada takdak.. bg yg bekerja di syarikat swasta mcm sy ni, bonus pun blum tentu lg.. ttg saman, tepuk dada tnya la diri sndri.. tak wajar la kalo saman pn nak salahkan kerajaan..

    sy bukan la penyokong setia kerajaan ataupn pembangkang, namun kita harus menilai sesuatu perkara itu secara berhemah.. mengutuk tindakan kerajaan dgn memaki hamun dan mengunakan perkataan tidak sopan, menunjukkan bahawa diri sendri pn tidak la se"btol" mana pun.. ada jugak kepincangan.. memaki hamun sebegitu tidak menjanjikan pahala..

    ReplyDelete
  6. stiap kali brg naik harga kami yg keja kilang la pling trasa sbb kami ni dah la gaji ciput nak naik gaji pun payah tp kna gak bli brg wlaupun harga naik...keja krajaan best la wlaupun harga brg naik tp ttp dpt petolongan dr krajaan...kami ni keja kilang kecik bonus pun xdpt apa lg naik gaji.anak2 ttp gak kena sek kn...sapa nak tlg???tanggung la sndiri................

    ReplyDelete
  7. Harga minyak naik kerana kerajaan tanggung subsidi banyak...untung juga banyak..harga minyak katanya ikut harga pasaran dunia. Tetapi, bila harga pasaran dunia turun, kenapa harga minyak tidak turun juga? Hanya naik sahaja. Gula pun begitu..kenapa tidak diproses ke pasaran terbuka, agar pengguna boleh memilih harga yang paling sesuai. Mungkin juga pengguna kita masih belum bijak menentukan harga pasaran? Musykil...harga barang terlalu dikongkong, tetapi pilihan kurang..kalau byk pilihan, apa pula jadi?

    ReplyDelete

Setelah membaca artikel di atas, tinggallah sedikit komen, supaya kita dapat berbincang mengenai isu tersebut dan berikan komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

* Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda.

* Elakkan dari mengunakkan nama Anonymous.
* Jika anda tidak tahu cara mengunakkan nama anda, ikut langkah berikut :

- Klik pada kotak di sebelah 'Comment as'
- Klick pada 'Name/URL' selepas tu isi nama anda, URL jika ada sahaja.
- Kemudian klik pada 'Continue' dan anda boleh terus menulis komen.

* Sila guna bahasa yang sopan dan berhemah ketika menulis komen.
* Hindari drpd menyentuh tentang sensitiviti individu, agama & perkauman.
* Segala komen yang ditulis atas tanggungjawab dan risiko anda sendiri.


- HARAP MAKLUM -