selamat datang 01 Pictures, Images and Photos

Ganjaran Hadiah Dan Wang Tunai Untuk Anda.

Dapatkan hadiah-hadiah menarik & wang tunai di sini. Daftar Segera. Berbaloi! [Klik Di Sini]

Berminat nak dapatkan Galaxy W
? [KLIK DI SINI]

Anda ingin peluang memenangi MPV? [KLIK DI SINI]


Followers

Benarkah sokongan terhadap UMNO Perlis semakin berkurangan?

UMNO Perlis Berubah Atau Rebah?



Akhirnya teka-teki mengenai siapakah yang bakal mengemudi UMNO Perlis telah terjawab. Dato Seri Md Isa Sabu kekal sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis, manakala Dato Seri Shahidan Kassim dilantik menjadi Timbalannya menggantikan Datuk Zahidi Zainul Abidin yang telah digugurkan. Persoalannya, adakah Dato Seri Shahidan Kassim dan rata-rata ahli UMNO Perlis, menerima baik keputusan yang telah diumumkan oleh Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor itu?

Mungkin perit bagi Dato Seri Shahidan Kassim untuk menerima keputusan yang telah diumumkan itu, Bukan perit sebab dia diangkat menjadi Timbalan Pengerusi Perhubungan tetapi perit kerana terpaksa bekerja di bawah Menteri Besar Perlis, Md Isa Sabu, "pemimpin tua" yang menggantikannya sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis.

Semua sedia maklum, hubungan antara Dato Seri Shahidan dan Md Isa Sabu sudah menjadi seteru sejak sekian lama lebih-lebih lagi apabila berlaku gerakan nak menjatuhkan beliau ketika Pak Lah berkuasa dahulu, hasil pakatan Radzi Sheikh Ahmad, Azmi Khalid dan beberapa pemimpin UMNO Perlis termasuklah Md Isa Sabu sendiri. Dato Seri Shahidan telah ditolak sebagai Menteri Besar walhal beliau mengetuai gerakan mempertahankan Perlis daripada tumbang di tangan pembangkang ketika tsunami politik 2008 lalu.

Lalu apabila Tengku Adnan mengumumkan bahawa beliau akan menjadi Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis di bawah pimpinan Md Isa Sabu, sudah tentulah Dato Seri Shahidan Kassim tidak dapat menerimannya. Daripada menjadi seorang Pengerusi, beliau telah dilucutkan, dan kini dilantik menjadi Timbalan Pengerusi.Adakah ini satu penghormatan buat beliau yang telah lama berjuang bersama UMNO?

Bukan hendak mempertikaikan keputusan yang telah dibuat oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak, tetapi tertanya-tanya juga adakah sistem petunjuk prestasi utama (KPI) yang diperkenalkan dahulu masih diterima pakai, atau hanya "syok-syok" sahaja? Jika masih diterima pakai, adakah KPI Md Isa lebih baik daripada Dato Seri Shahidan Kassim.Dan adakah usaha melobi, ugut, dan campur tangan pihak ketiga sebahagian daripada sistem KPI?

Persoalan demi persoalan bermain difikiran, kemungkinan Dato Seri Shahidan Kassim hanya dipergunakan didalam perlantikkan ini dan mungkin juga Dato Seri Najib mahukan penyokong Dato Seri Shahidan Kassim, memberi sokongan buat Md Isa sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis.Yang lebih nyata dan jelas, kepimpinan UMNO, amat takut pada Radzi yang pernah menyebabkan UMNO dibubarkan suatu ketika dahulu. Mungkin ramai yang sudah melupakan episod hitam itu. Radzi jugalah yang memporak- perandakan UMNO Perlis menjelang pilihan raya umum 2008. Kepimpinan UMNO seolah-olah terpaksa membalas jasa Radzi yang memegang sesuatu rahsia besar ketika Radzi memegang jawatan Setiausaha Agung UMNO dahulu.

Apa yang berlaku pada PRU 12 lalu adalah kesilapan dari UMNO sendiri, dan jadikan ianya sebagai pengajaran kerana PRU 13 adalah detik genting halatuju UMNO untuk terus memerintah. Jangan sampai suatu hari nanti, Dato Seri Najib dipersalahkan, kerana beliaulah UMNO menjadi pembangkang. Berubahlah sebelum rebah.

6 comments:

  1. jika difikirkan memang x gam tetapi ke2 2 mempunyai pengaruh yang kuat kepada penduduk tempatan dan semestinya kesatuan ahli2 parti dalam PRU terdekat ni amatlah penting.

    ReplyDelete
  2. selaku rkyat perlis..sy ingin mngatakan bahawa ramai rakyat perlis skrg lebih sukakan pimpinan DS shahidan Kassim...dan sekarang..atas plantikan yg kurang tepat dan xfikirkan pndngan rakyat...ramai sudah mula membenci BN..sy juga sudah kurg berminat dengan pimpinan UMNO perlis bawah Md Isa...kawan2 juga begitu...mggu PRU13 nnti menuntut perubahan besar..mgkin PAS lebih bertenaga disini...azmi khalid,radzi syekh ahmad dan konco2nya boleh turun kerusi buat selamanya daari jadi menteri....

    ReplyDelete
  3. Jika KPI diperkenalkan sewaktu DS Shahidan Kassim mengambil alih kepemimpinan UMNO Perlis dan diangkat sebagai menteri besar maka mudah kita mengukur prestasi beliau. Tapi tak ada KPI sepanjang tempoh beliau menjadi MB perlis, dari 1995 hingga 2008.

    Yang boleh kita ukur adalah semua projek yang diperkenalkannya kepada umum melalui laporan media massa sepanjang tempoh berkaitan. Antara projek yang dimaksudkan adalah lapangan terbang, institusi pengajian tinggi dari luar negeri, projek usahasama membina kapal terbang, projek2 yang bertujuan menarik pelancong ke negeri Perlis dan banyak lagi. Berapa projek yang berjaya dilaksanakan? Kalau tak salah saya, satu pun tidak. Yang dilaksanakan hanyalah projek2 kerajaan pusat.

    Lagipun, jika kita membuat analisis yang seimbang, kita tak dapat menafikan bahawa DS Shahidan bukan berusaha menyatupadukan UMNO Perlis. Sebaliknya dia juga memporakperandakan keadaan dengan aktiviti cantas mencantasnya, semuanya dengan tujuan mengekalkan kedudukannya. Tanya orang Perlis, rakyat biasa, bukan ahli parti. Buat 'survey' dan nilai segala2nya. Apakah manfaat yang dinikmati rakyat Perlis sepanjang DS Shahidan menduduki kerusi Menteri Besar? Pertunujukan wayang kulit mungkin kot?

    Jika kita jujur kepada diri kita sendiri dan benar2 nak menyumbang kepada kemantapan kedudukan UMNO/BN negeri Perlis kita harus jujur dengan analisis kita dan berani memberi ulasan yang tak berat sebelah.

    Jadi, apakah yang ditinggalkan oleh DS Shahidan yang memanfaatkan rakyat negeri Perlis? Negeri Perlis diperthankan oleh Shahidan seorang saja ke? Radzi Sheikh Ahamd, Azmi Khalid dan lain2 tak ada peranan langsung dalam ushasa mempertahankan kedudkan BN di Perlis? Majoriti bertambah yang diperolehi Radzi Sheikh Ahmad pun hasil usaha gigih DS Shahidan?

    Memang ada benarnya cliche "Melayu mudah lupa". Dah lupa semua janji2 Shahidan yang satu pun tak menjelma. Sekiranya kita terus menilai KPI seseorang pemimpin secara emosional dan bukan berlandaskan realiti, selama itulah UMNO akan ketinggalan zaman. Jika daya penarik pemimpin Melayu hanya keupayaannya "bergelembong" saja, habislah kita semua.

    Bagi saya, yang pentingnya pemimpin yang 'inclusive', yang tak takut kepada orang yang lebih pandai daripada dia, yang berani menggunakan khidmat orang yang berkelayakan dan berkeupayaan demi kemajuan dan kebaikan rakyat dan negeri Perlis. Orang yang tak takut pada bayang2. Orang ni DS Shahidan ke?

    Semoga Allah swt melindungi Perlis dan rakyatnya. Amin.

    ReplyDelete
  4. sy sokong ayah.Dalam tempoh 13 tahun pemerintahan DSSK apa yg kta dpat jika nk d bandingkn tempoh yg lama itu.mari kta bndng kn dengan DSMIS, dalam tempoh 3 tahun beliau menyelesaikn masalah pengambilan tanah oleh unimap yang bertahun2 x selesai d zaman DSSK, sthn dh satle.lepas 2 kta de komplek membeli blah besar (c-mart,Klau tidak tesco). projek kawasan perindustrian di kwasan pauh sedang dijalankn.mgkin byk lagi yg bakal mnjelma hanya dlm tempoh 3 thn

    mari kta tgk dlm 3 tahun fitnah yg DSMIS dapat.mla2 kes x byr kwsp tertunggak hingga 2007 yg bernilai kalau x silap 200k.DSSK menuduh kerajaan ketika itu tidak cekap(padahal ketika itu tahun 2008)
    seterusnya Projek pembinaan pusat latihan polis di wang kelian.DSSK menuduh DSMIS mengambil tanah itu tampa pengetahuan penduduk (padahal tanah tu diambil sebelum tahun 2000)msuk berita beb tp klu yg pandai npk la siapa sebenrnya yg zalim dlam hal ini

    inikah wajah pemimpn yg kita mahu.yg gilakn kuasa dn pngkat,fitnah sn sni,kta d kaburi dengan duit yg d tabur hakikatnya rakyat perlis masih ketingalan.

    ReplyDelete
  5. hampa dok hingaq pasai apa?kes arak hampa x hingaq pulak?

    ReplyDelete
  6. sebagai rakyat perlis saya melihat perjalana politik diperlis agak sekian lama ...tapi kenyataan terbongkar hari in apabila MB hari ini md isa cukup lemah dlm menjalakan tanggungungjawabnya sbg MB...md isa org bagus tapi beliau x layak jadi MB itu hakikat yg saya nampak...jadi kalau saudara diatas mengatakan dia bagus sbg MB saudara adalah pengampu untuk kepentingan saudara sendiri...utk dapat projek umpamanya...

    ReplyDelete

Setelah membaca artikel di atas, tinggallah sedikit komen, supaya kita dapat berbincang mengenai isu tersebut dan berikan komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

* Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda.

* Elakkan dari mengunakkan nama Anonymous.
* Jika anda tidak tahu cara mengunakkan nama anda, ikut langkah berikut :

- Klik pada kotak di sebelah 'Comment as'
- Klick pada 'Name/URL' selepas tu isi nama anda, URL jika ada sahaja.
- Kemudian klik pada 'Continue' dan anda boleh terus menulis komen.

* Sila guna bahasa yang sopan dan berhemah ketika menulis komen.
* Hindari drpd menyentuh tentang sensitiviti individu, agama & perkauman.
* Segala komen yang ditulis atas tanggungjawab dan risiko anda sendiri.


- HARAP MAKLUM -