Langkah tarian ini, ke depan, ke belakang, ke kiri dan ke kanan dikatakan menyerupai bentuk salib. Barangkali ramai peminat tarian poco-poco di negara ini terkejut apabila mengetahui tarian yang berasal dari negara seberang ini adalah haram. Tarian ini sangat popular di negara kita pada masa kini.
Ia bukan sahaja dilakukan oleh orang kebanyakan malah oleh golongan atasan dalam pelbagai bentuk majlis keraian. Jabatan kerajaan juga tidak ketinggalan mengadakan tarian poco-poco sebagai menggantikan senaman pagi untuk peserta kursus.

Namun dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang diadakan pada 24 hingga 26 Januari 2011 lalu memutuskan bahawa tarian atau senaman poco-poco diharamkan. Surat berkenaan ditandatangani Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria.
Asas pengharaman kerana ia mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama, juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ia sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian. Mesyuarat tersebut juga telah mengambil keputusan bahawa pengharaman tersebut akan diwartakan.

Kalau tak silap ada juga tarian lain yg buat langkah depan belakang dan kiri kanan. Camne tu? Terpulang pada niat kot. Tarian zapin/joget boleh ganti poco2. Ada mana2 jurutari boleh gubah step?
ReplyDeleteBekas Mufti Perlis Dr Asri kata tak ada sebab nak diharamkan kerana bergantung pada niat. Kalau sekadar untuk exercise apa salahnya.. Apa benarkah exercise kalau dah sampai 3 pagi 4 pagi.... tinggal anak pinak dok menari macam tu. Dr asri pi sama ka dalam majlis tu? Dia tak pa lah tak kena panggil. Banyak cara lain lagi kalau nak sangat senaman ni...
ReplyDeleteNiat tak menghalalkan cara. orang melayu ni suka sangat meniru budaya orang luar yang tidak tahu asal usul. tak pernah kaji dimana datangnya budaya tersebut dan tujuan tarian tsb. asal popular terus ikut. masalahnya, ramai gak pemimpin negara yang nari sam...itu yang kelakarnya...hihihi
ReplyDelete