selamat datang 01 Pictures, Images and Photos

Ganjaran Hadiah Dan Wang Tunai Untuk Anda.

Dapatkan hadiah-hadiah menarik & wang tunai di sini. Daftar Segera. Berbaloi! [Klik Di Sini]

Berminat nak dapatkan Galaxy W
? [KLIK DI SINI]

Anda ingin peluang memenangi MPV? [KLIK DI SINI]


Followers

Benarkah sokongan terhadap UMNO Perlis semakin berkurangan?

Bob Lokman Masuk PAS!!!



Sapa tak kenal dengan penulis lirik Isabella nyanyian kumpulan Search yang juga pengacara , pelawak & pelakon iaitu saudara Bob Lokman. Dari sumber yang diterima Bob Lokman telah menyarung jersi cap bulan iaitu PAS. 

Mungkin pada niat hatinya, beliau mahu bertaubat kejalan yang benar. Tapi, apa yang pelik, adakah Bob Lokman menjadi ahli Pas semata-mata untuk berubah? Apakah dengan menyertai Pas, maka keislaman seseorang individu akan meningkat?


Mungkin juga Bob ingin mendapat berkat ke syurga kerana hanya PAS  merupakan laluan mudah untuk mendapat tiket ke sana kerana Tok Guru mereka sudah nyatakan undi PAS masuk syurga. 

Bob Lokman yang hadir ke himpunan besar Pemuda PAS dan di Alor Setar (Feb 19) menyerahkan borang keahliannya kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak yang juga pesuruhjaya PAS negeri.


Bagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, penyertaan golongan selebriti itu diharapkan memberi nafas baru kepada PAS supaya parti itu dianggotai pelbagai lapisan masyarakat.

* Lepas ni Bob boleh la cipta satu lagu khas untuk PAS pula. :D

7 comments:

  1. ROCK DALAM PASSS... YEAHHH!!!

    ReplyDelete
  2. Terima kasih sdra Bob Lokman kerana berjuang bersama PAS untuk menegakkan keadilan. saya ucapkan selamat datang kita terus berjuang. Lawan Tetap Lawan

    ReplyDelete
  3. wah2..wah2...skrg ni barulah nampak bob lokman isle..dulu bukan isle kot..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...tahniah diucapkan kepada saudara Bob Lokman..

    'Pelik' ya, boleh dikatakan semua artis/personaliti yang mula kembali (hijrah) kepada Islam sebenar, lebih cenderung untuk menyokong PAS..dikalangan mereka ada yang secara senyap2, ada secara terbuka..teringat pelakon Ali Setan, Akil Hayy dan ramai lagi..

    yang secara 'senyap2' pun ramai sebenarnya dari kalangan artis..tapi biarlah rahsia..mungkin mereka belum bersedia untuk menyatakan sokongan secara terbuka..semua sedia maklum apa natijah yg bakal dihadapi golongan ini apabila menyatakan sokongan kepada parti lawan kpd kerajaan..

    apa pun, pada saudara bob lokman, anda adalah seorang yang berani..rezeki bukan dtg dari umno atau pemerintah, tetapi yakinlah ianya datang daripada Allah..lupakan shj mitos bahawa "Umno adalah pemberi rezeki dan kenikmatan"...

    http://www.facebook.com/pages/Mohd-Hakim-bin-Lokman/102517969829083?sk=wall

    ReplyDelete
  5. INI JAWAPAN BOB LOKMAN BAGI SESIAPA YG MENFITNAH DAN BERBURUK SANGKA KEPADANYA...

    jgn hingga terkeluar dari ilmu & akal dalam mencari kebenaran. saya tidak berubah kerana PAS, tapi kerana ilmu ALLAH yg didengar melalui TG Nik Aziz. saya membantu UMNO dalam 2 pilihanraya di parlimen baling dan telah dibayar utk kerja2 itu. secara logiknya UMNO bukannya jahat, cuma benarlah mereka kurang condong pada ALLAH. semua yg bekerja mahukan upah. itu cari makan namanya. sedang 30K pemuda PAS di Kota Sarang semut pada 19hb feb sanggup membayar pendaftaran dan berdiri ditengah panas kerana dahagakan kebenaran. inilah perbezaannya berbuat sesuatu kerana cari makan atau kerana ALLAH. Sungguh perubahan saya ini mungkin tidak akan kekal, cuma saya cintakan ISLAM sudah lama, hanya sekarang baru saya tampilkan. saya juga bimbang penampilan ini menjadikan saya riya', namun InsyaALLAH berkat ilmu yg dipelajari saya akan berwaspada. maka kalau satu hari jika ditakdirkan saya kembali kealam fasiq dan saya mati, maka jangan disembahyangkan hatta disedekahkan fatihah jika itulah takdir. namun perubahan hari ini adalah melalui kefahaman ilmu dari kitab yg saya pelajari dari pelbagai tempat. untuk itu jika saudara & saudari ingin menilai kebenaran bermulalah dengan akidah yg benar iaitu: beriman kepada ALLAH melalui pengetahuan dari kitab yang dibawa oleh RASUL yg tahu dengan bantuan Malaikat. bila kita faham cerita Akhirat baru kita akan takut kpd ALLAH den menerima apa sahaja ketentuan baik dan buruk dariNYA. Jgn semata-mata menggunakan akal kerana syaitan juga mengalir didalam tubuh kita sebagaimana mengalirnya darah. ingatlah jika belum sampai kepintu kematian memang kita tidak takut kpd ALLAH. juga jgn berkata mengenai ISLAM secara sesuka hati nanti ISLAM keluar dari diri. bila akidah menyimpang iblis akan menggalakkan kita utk kuat bersembahyang, tapi untuk siapakah ibadat kita setelah agama ALLAH bukan lagi milik kita. WALLAHUA'LAM

    http://www.facebook.com/notes/mohd-hakim-bin-lokman/jawapan-ambe/104025956344951

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah Bob..anda sudah nampak jalan Allah S.W.T. Berjuanglah demi agama bukan demi bangsa, insyaAllah Allah S.W.T tolong..Dunia hanyalah fatamorgana..Takbir!! Allahuakbar!!

    ReplyDelete

Setelah membaca artikel di atas, tinggallah sedikit komen, supaya kita dapat berbincang mengenai isu tersebut dan berikan komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

* Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda.

* Elakkan dari mengunakkan nama Anonymous.
* Jika anda tidak tahu cara mengunakkan nama anda, ikut langkah berikut :

- Klik pada kotak di sebelah 'Comment as'
- Klick pada 'Name/URL' selepas tu isi nama anda, URL jika ada sahaja.
- Kemudian klik pada 'Continue' dan anda boleh terus menulis komen.

* Sila guna bahasa yang sopan dan berhemah ketika menulis komen.
* Hindari drpd menyentuh tentang sensitiviti individu, agama & perkauman.
* Segala komen yang ditulis atas tanggungjawab dan risiko anda sendiri.


- HARAP MAKLUM -