selamat datang 01 Pictures, Images and Photos

Ganjaran Hadiah Dan Wang Tunai Untuk Anda.

Dapatkan hadiah-hadiah menarik & wang tunai di sini. Daftar Segera. Berbaloi! [Klik Di Sini]

Berminat nak dapatkan Galaxy W
? [KLIK DI SINI]

Anda ingin peluang memenangi MPV? [KLIK DI SINI]


Followers

Benarkah sokongan terhadap UMNO Perlis semakin berkurangan?

Penulis terkenal masa kini, Hambali Abd Latif dalam blognya menulis Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, Hashim Jasin memuji kepimpinan Menteri Besar, Md Isa Sabu. Namun, apabila saya terbaca tulisannya mengenai Hashim Jasin (ADUN Sanglang) memuji dengan kata-kata; “Saya selesa menjadi ADUN di bawah kepimpinan Md Isa,” banyak spekulasi timbul. Pertama, kerana Hashim menang kerusi Sanglang atas ‘rasa bertolak ansur’ BN kepadanya apabila tuntutannya berjaya di mahkamah. Kemenangan calon BN Abdullah Hassan dengan majoriti 149 dibatalkan. Dalam PRU 11, 21 Mac 2004, Hashim menang kerusi ini dengan majoriti 45 undi dan di bawah kepimpinan Md Isa yang penuh kontroversi, sejak hari pertama perlantikannya menjadi Menteri Besar, Hashim sudah dapat bayangkan, Pas akan menguasai Perlis dalam PRU 13 akan datang. Sebagai Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim tentunya punya strategi menawan Perlis. Dari perkiraan Pas dan Pakatan Pembangkang, lebih mudah mengalahkan BN di Perlis di bawah pimpinan Md Isa daripada di bawah Datuk Seri Shahidan Kassim. Md Isa mungkin merasakan pahit kritikan Shahidan dan terasa manisnya puji-pujian dari Hashim. Sebagai seorang pengidap ‘kencing manis’ Md Isa tentulah memerlukan ubat yang pahit daripada gula yang manis untuk menjadi penawar. Dalam politik Pas, kekuatan pengaruh Shahidan di Perlis cukup merisaukan. Timbalan Mursyidul Am Pas dan seorang pakar perubatan Islam terkenal, Datuk Dr. Harun Din sendiri tidak pernah berjaya mencari kemenangan di Arau. Salah satu dialog dalam filem Madu Tiga arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, “baik, baik ada makna tu…” cukup sesuai dibandingkan dengan puji-pujian yang diberikan Hashim kepada Md Isa. Md Isa dilihat gagal menyelesaikannya walaupun sudah mempunyai penasihat yang pernah menjadi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Radzi Sheikh Ahmad. Md Isa menafikan dia ada melantik ‘tukang maki’ dalam Umno Perlis tetapi kegagalannya membendung penyokong-penyokongnya bercakap kasar dan tidak berhemah membuktikan kelemahannya. Mempertahankan imejnya dengan dibayangi pengaruh Radzi yang sudah ditolak kepimpinannya di Kuala Lumpur dan tidak lagi dilantik menjadi Setiausaha Agung Umno menunjukkan ‘karier politiknya’ sudah di ambang senja. Sedaya upaya, mereka mahu memadamkan rekod kehebatan kepimpinan Shahidan di Perlis. Dalam PRU 12, ketika BN tumbang di Kedah. Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kelantan dan hilang majoriti 2/3 di Negeri Sembilan, Umno dan BN Perlis gagah. Ketika Shahidan sibuk untuk memastikan kekuatan Umno dan BN kembali kuat kesan tsunami politik, mereka yang lain bekerja keras mahu merampas kuasa dan mencari kedudukan. Mereka sedar, kerja-kerja itu bukan merugikan Shahidan tetapi sebenarnya menjejaskan Umno. Orang-orang ini bukan mempunyai apa-apa perasaan kasih sayang kepada Umno kerana mereka boleh melompat ke Parti Melayu Semangat 46 ketika Umno bermasalah dan masuk semula kepada Umno apabila Umno kembali kuat, tidak menunjukkan kesetiaan mereka berterusan kepada Umno. Md Isa boleh berseronok sekarang dengan puji-pujian dari Hashim, tetapi keseronokannya itu akan terjawab apabila sampai tarikh PRU 13. Apakah kepimpinan Md Isa lebih baik dari Shahidan akan diadili oleh pengundi kelak. Penasihatnya mungkin sudah tidak bertanding lagi kerana ‘alam senjanya’ tetapi apa yang ditinggalkannya akan memberi kesan kepada prestasi BN dalam PRU 13 kelak.

No comments:

Post a Comment

Setelah membaca artikel di atas, tinggallah sedikit komen, supaya kita dapat berbincang mengenai isu tersebut dan berikan komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

* Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda.

* Elakkan dari mengunakkan nama Anonymous.
* Jika anda tidak tahu cara mengunakkan nama anda, ikut langkah berikut :

- Klik pada kotak di sebelah 'Comment as'
- Klick pada 'Name/URL' selepas tu isi nama anda, URL jika ada sahaja.
- Kemudian klik pada 'Continue' dan anda boleh terus menulis komen.

* Sila guna bahasa yang sopan dan berhemah ketika menulis komen.
* Hindari drpd menyentuh tentang sensitiviti individu, agama & perkauman.
* Segala komen yang ditulis atas tanggungjawab dan risiko anda sendiri.


- HARAP MAKLUM -