Semua spekulasi mengenai perubahan dalam UMNO ekoran pengumuman mengenainya yang dibuat oleh Datuk Seri Najib Tun Razak diakhir Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini dijangka terjawab hari ini.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dijadual mengadakan sidang akhbar pada jam 3 petang ini. Mengikut ringkasan jemputan liputan sidang media itu dari ibupejabat UMNO khusus menyebut ia mengenai beberapa perubahan dalam UMNO.
Fokusnya tentulah siapa yang ganti Pengerusi Perhubungan UMNO di lima negeri iaitu Wilayah Persekutuan,Selangor,Kedah,Terengganu dan Pulau Pinang yang kini disandang oleh ‘orang luar’. Najib sendiri kini mengetuai UMNO Selangor, timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Pulau Pinang, Datuk Shafie Apdal Kedah manakala Datuk Seri Hishamuddin Hussein Terengganu.
Spekulasi hangat kebelakangan ini berkisar pada Negeri Terengganu dan Kedah. Soalnya apakah Menteri Besar Datuk Ahmad Said akan dinobatkan sebagai Pengerusi Perhubungan ganti Hishamuddin.
Ini ekoran masalah politik yang diketahui umum antara beliau dengan kumpulan bekas Menteri Datuk Seri Idris Jusoh. Tidak kurang menarik ialah siapa yang akan ganti Shafie mengetuai UMNO Kedah. Begitu juga halnya dengan penganti Muhyiddin di Wilayah Persekutuan. Selangor ikut ceritanya nama Datuk Noh Omar paling hangat diperbualkan untuk ganti Najib.
Manakala di Pulau Pinang besar kemungkinan Datuk Zainal Abidin Osman,Ketua UMNO Bahagian Nibong Tebal yang kini Timbalan Pengerusi Perhubunghan akan ambilalih tempat Zahid. Asalnya perubahan ini dijangka dimumkan oleh Najib sewaktu sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada malam 30 November lalu.
Namun dalam sidang akhbarnya, Presiden UMNO itu memberitahu pengumumannya akan dibuat sebelum akhir tahun ini dan bukan malam itu. Najib menjelaskan ini kerana beliau perlukan sedikit masa bersama-sama Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung untuk berjumpa dan berunding dengan beberapa pemimpin di peringkat negeri untuk lebih menentukan apakah tugasan dan jangkaan terhadap mereka.
Perdana Menteri bercuti mulai Ahad. Oleh itu pengumuman mengenai perubahan itu dibuat oleh Setiausaha Agung UMNO.

No comments:
Post a Comment
Setelah membaca artikel di atas, tinggallah sedikit komen, supaya kita dapat berbincang mengenai isu tersebut dan berikan komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.
* Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda.
* Elakkan dari mengunakkan nama Anonymous.
* Jika anda tidak tahu cara mengunakkan nama anda, ikut langkah berikut :
- Klik pada kotak di sebelah 'Comment as'
- Klick pada 'Name/URL' selepas tu isi nama anda, URL jika ada sahaja.
- Kemudian klik pada 'Continue' dan anda boleh terus menulis komen.
* Sila guna bahasa yang sopan dan berhemah ketika menulis komen.
* Hindari drpd menyentuh tentang sensitiviti individu, agama & perkauman.
* Segala komen yang ditulis atas tanggungjawab dan risiko anda sendiri.
- HARAP MAKLUM -