Mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo telah ditahan hari ni oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan akan didakwa di Mahkamah Seksyen Shah Alam, di bawah Sekyen 165 Kanun Keseksaan atas kesalahan rasuah. Seksyen 165 Kanun Keseksaan, seseorang boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan..
Difahamkan, penahanan Khir Toyo, ada kaitan dengan "Istana Khir" iaitu rumah ala Bali milik mantan menteri besar itu di Seksyen 7, Shah Alam. Kedua-dua lot tanah berkenaan yang bernilai RM3.5 juta diterima pada 29 Mei 2007. Lot tanah berkenaan sebelum ini telah dibeli oleh Pengarah syarikat Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Haryoni, pada harga RM6.5 juta pada tahun 2004.
Khir Toyo, 45, menjadi Menteri Besar Selangor yang ke-13 pada Ogos 2000 ketika berumur 35 tahun dan penjawat jawatan Menteri Besar yang termuda.
Kes ni rasanya dah lama. baru hari ni ditahan?
ReplyDeletepilihanraya dah dekat le tu..
ReplyDeleteJika pemimpin mengumpul kekayaan, rakyat rasa dilupakan.
ReplyDeletePemimpin kena selamatkan rakyat bukan selamatkan perut sendiri..
Ikutilah kepimpinan Para Sahabat...Baru Selamat
Politik menganjar segala gala nya.harap yang berkenaan banyak bersabar.
ReplyDeletebetulkah khabar itu ,klau betul mcmana prsaaan rakyat nanti,,,pemimpin yg rakyat ingikn adalah yg boleh membela nasibnya bukan pemimpin yg dok bela diri sendiri?
ReplyDeletesungguh amat memalukan kepada bangsa dan agama sekira nya didapati benar menerima dan mengambil harta dunia yg haram lg menjijikan
ReplyDelete