Gerakan Anak Muda
GERAM
KANGAR: Seorang individu tidak bertanggungjawab dipercayai menyamar sebagai isteri Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, dalam laman sosial facebook sebelum bertindak mengeluarkan kata-kata kesat terhadap beberapa pemimpin politik negeri itu.
Genap 26 tahun lalu, terjadi satu peristiwa penting
dalam sejarah Negara kita. Sejarah berdarah menyayat hati dan tidak mungkin
akan dilupakan. Peristiwa yang dikenali sebagai "Tragedi Memali"
ini berlaku di Kampung Memali yang terletak di bawah mukim Siong,
Baling, Kedah. Lebih 3,500 anggota keselamatan dikerah membunuh Ibrahim Libya
dan 13 orang pengikutnya. Mereka terbunuh di tangan anggota keselamatan yang
lengkap dengan pelbagai senjata termasuk senjata automatik dan kereta kebal.
Mantan Menteri Besar Perlis, Dato Seri Shahidan hari ini
berkata, beliau akan membuat tuntutan terbuka kepada Dato Seri Utama
Rais Yatim berkenaan beberapa pegawai-pegawai JASA di negeri Perlis yang telah
hilang pegangan. Terdapat
pegawai-pegawai JASA di negeri Perlis
yang tugas sebenar mereka adalah
menyatukan rakyat dengan kerajaan telah menghentam beliau yang juga Timbalan
Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perlis
dan Ketua Bahagian UMNO Arau Perlis.
Pasukan Polis Hutan, FRU Kedah, Perlis dan Pulau Pinang
telah diberitahu oleh Kementerian Dalam Negeri bahawa yang hendak diserang
adalah sebuah kem komunis di sempadan Malaysia dengan Thailand tetapi
sebenarnya mereka hendak menghapuskan pusat aktiviti Dakwah Ustaz Ibrahim
Mahmud atau lebih dikenali sebagai 'Ibrahim Libya' yang banyak berjasa kepada
penduduk Kg Memali dan persekitaran Baling.