Mantan Menteri Besar Perlis, Dato Seri Shahidan hari ini
berkata, beliau akan membuat tuntutan terbuka kepada Dato Seri Utama
Rais Yatim berkenaan beberapa pegawai-pegawai JASA di negeri Perlis yang telah
hilang pegangan. Terdapat
pegawai-pegawai JASA di negeri Perlis
yang tugas sebenar mereka adalah
menyatukan rakyat dengan kerajaan telah menghentam beliau yang juga Timbalan
Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perlis
dan Ketua Bahagian UMNO Arau Perlis.
JASA atau Jabatan Hal Ehwal Khas merupakan satu agensi yang
bertanggungjawab untuk menarik sokongan rakyat agar menyokong kerajaan. Tugas
utama mereka menyampaikan berita baik mengenai kerajaan kepada rakyat. Tetapi
lain pula dengan beberapa pegawai JASA di Negeri Perlis, tugas mereka memecah
belahkan individu dan menghentam pemimpin-pemimpin UMNO Perlis lain yang tidak sebulu
dengan Menteri Besar Perlis.
Dalam satu laman Facebook, seorang Pegawai JASA dari Bintong
yang baru sahaja dilantik oleh Dato Seri Md Isa Sabu, telah mengeluarkan
kenyataan biadap menghina dan memaki hamun Dato Seri Shahidan Kassim ketika
beliau sedang mengerjakan haji di Makkah. Dari segi agama patutkan beliau
memaki hamun seseorang yang berada di Makkah menunaikan fardhu haji
dan wajarkah mereka yang dibayar gaji mengunakan duit rakyat, sibuk menghentam
dan memaki hamun orang lain?
Dato Seri Shahidan Kassim juga berkata, jika pekara ini
tidak diambil tindakan, beliau akan bercakap pada Perhimpunan Agung UMNO nanti dan beliau juga
akan menyebut nama Pegawai JASA dari Bintong itu yang telah lupa akan tugas sebenar mereka.
Beliau yang juga merupakan Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) dan Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) telah beroleh satu kejayaan peribadi buatnya apabila atlet-atlet dibawah pimpinan beliau telah memperoleh 19 emas dari ASUM dan 6 emas dari KOAM di Sukan Sea Indonesia baru-bari ini. Ini merupakan satu pencapaian terbaik dan sejarah buat KOAM dan ASUM sejak berada dibawah pemimpin beliau.
elok sgt la tu, buang saja yang pegawai yang berkelakuan biadap. simpan pun buat malu saja.
ReplyDeletecorrection: 19 emas dari ASUM, 6 emas dari KOAM. Bukan 25 emas dari KOAM sahaja. Keduanya pimpinan DSSK.
ReplyDeleteok. terima kasih di atas pembetulan itu.
ReplyDeletepegawai2 jasa meloyakan
ReplyDeletebagi saya senang saja, sahidan mau yang mana politik atau pimpin persatuan sukan? koam yang di pimpin oleh beliau pun terlalu banyak masalah, skuad emas kita pulang tanpa ambil pingat, ramai yang marah kan dia, kepada dato sri saya rasa lebih baik dato sri letak semua jawatan dan bersara saja, nama pun baik orang dok kenang, buat apa baru balik haji dan dok ada di mekah pun orang dok hina kita, saya bercakap benar, tolong letak jawatan kesemuanya sekali, dok diam di rumah lagi baik,dah memang dato sri hanya pandai bercakap saja, buat tak. ikhlas dari ibrahim hj sabri.
ReplyDeleteJASA = Jabatan Salah Asuhan
ReplyDelete