KANGAR: Seorang individu tidak bertanggungjawab dipercayai menyamar sebagai isteri Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, dalam laman sosial facebook sebelum bertindak mengeluarkan kata-kata kesat terhadap beberapa pemimpin politik negeri itu.
Suspek berkenaan menyamar menjadi Datin Seri Asiah Asmuni iaitu isteri kepada Dr Md Isa dengan menggunakan panggilan ‘Asiah Cha’ dalam laman sosial itu.
Difahamkan, suspek yang baru mendaftar dalam laman itu bertindak mengeluarkan kata-kata berunsur ejekan kepada beberapa pemimpin parti di negeri ini dengan menggunakan gambar seorang gadis yang tidak dikenali.
Kata-kata di laman sosial suspek itu ialah ‘letih sungguh Datuk Radzi asyik kacau Bang Cha (Md Isa)’ yang disedari mangsa selepas dimaklumkan rakannya.
Mangsa kemudian tampil ke Balai Polis Kangar kira-kira jam 12 tengah hari semalam sambil ditemani beberapa rakan serta kenalannya sebelum membuat laporan polis.
Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, sebaik membuat laporan polis, mangsa diambil keterangan di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Perlis.
Menurutnya, mangsa memberi keterangan kepada pegawai penyiasat sehingga jam 4 petang bagi membolehkan siasatan terperinci.
psst! Ada juga yang berkenan nak jadi bini MB Perlis, mau jadi Siti Nurhaliza ok juga :D
Berat tuduhan sebegini.... harap2 dijauhkan...
ReplyDelete