selamat datang 01 Pictures, Images and Photos

Ganjaran Hadiah Dan Wang Tunai Untuk Anda.

Dapatkan hadiah-hadiah menarik & wang tunai di sini. Daftar Segera. Berbaloi! [Klik Di Sini]

Berminat nak dapatkan Galaxy W
? [KLIK DI SINI]

Anda ingin peluang memenangi MPV? [KLIK DI SINI]


Followers

Benarkah sokongan terhadap UMNO Perlis semakin berkurangan?

Md Isa Akan Letak Calon Sakit Pada PRU Akan Datang


Apa dah mabuk ke Md Isa Sabu ni? Kalau tahap kesihatan pun dah tak “OK” macam mana nak berkhidmat pada rakyat? Lepas sebulan jadi wakil rakyat, silap² kena buat pilihanraya kecil pula. Dah tak ada calon lain lagi ke untuk Perlis? Ramai calon² muda di Perlis yang perlu diketengahkan pada PRU akan datang. Mana pergi ketua pemuda Kangar, Arau dan Padang Besar? Kenapa dipinggirkan?

KANGAR 19 Nov. – Kewibawaan calon yang boleh membawa kemenangan pada pilihan raya umum adalah lebih penting daripada tahap kesihatan mereka, kata Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu hari ini.
Beliau berkata, walaupun tahap kesihatan boleh diambil kira sebagai kriteria pemilihan calon, apa yang lebih penting ialah mereka perlu berwibawa dan mendapat sokongan pengundi.

Seseorang calon yang mempunyai masalah kesihatan tetapi berwibawa dan masih boleh berkhidmat dengan sempurna tidak seharusnya diketepikan, katanya.

Beliau berkata demikian ketika menutup program wacana ilmuan negara (Winner) peringkat Parlimen Kangar bertajuk “Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen: Kesungguhan Kerajaan Membentuk Pilihan Raya Yang Telus” di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perlis di sini. - Bernama

Isteri MB Perlis mangsa facebook

KANGAR: Seorang individu tidak bertanggungjawab dipercayai menyamar sebagai isteri Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, dalam laman sosial facebook sebelum bertindak mengeluarkan kata-kata kesat terhadap beberapa pemimpin politik negeri itu.
Suspek berkenaan menyamar menjadi Datin Seri Asiah Asmuni iaitu isteri kepada Dr Md Isa dengan menggunakan panggilan ‘Asiah Cha’ dalam laman sosial itu.

Difahamkan, suspek yang baru mendaftar dalam laman itu bertindak mengeluarkan kata-kata berunsur ejekan kepada beberapa pemimpin parti di negeri ini dengan menggunakan gambar seorang gadis yang tidak dikenali.
Kata-kata di laman sosial suspek itu ialah ‘letih sungguh Datuk Radzi asyik kacau Bang Cha (Md Isa)’ yang disedari mangsa selepas dimaklumkan rakannya.

Mangsa kemudian tampil ke Balai Polis Kangar kira-kira jam 12 tengah hari semalam sambil ditemani beberapa rakan serta kenalannya sebelum membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, sebaik membuat laporan polis, mangsa diambil keterangan di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Perlis.
Menurutnya, mangsa memberi keterangan kepada pegawai penyiasat sehingga jam 4 petang bagi membolehkan siasatan terperinci.


  psst! Ada juga yang berkenan nak jadi bini MB Perlis, mau jadi Siti Nurhaliza ok juga :D

RADZI SHEIKH AHMAD DAKWA TRAGEDI MEMALI KERANA DESAKAN UMNO


Genap 26 tahun lalu, terjadi satu peristiwa penting dalam sejarah Negara kita. Sejarah berdarah menyayat hati dan tidak mungkin akan dilupakan. Peristiwa yang dikenali sebagai "Tragedi Memali" ini berlaku di Kampung Memali yang terletak di bawah mukim Siong, Baling, Kedah. Lebih 3,500 anggota keselamatan dikerah membunuh Ibrahim Libya dan 13 orang pengikutnya. Mereka terbunuh di tangan anggota keselamatan yang lengkap dengan pelbagai senjata termasuk senjata automatik dan kereta kebal.


Dibawah ini, petikan dari akhbar Harakah pada 14 Okt 2002 bertajuk “Peristiwa Memali kerana desakan Umno - Dato' Radzi”.  Semasa tragedi Memali itu, Dato Seri Radzi Sheikh Ahmad ketika itu adalah Timbalan Menteri Dalam Negeri. Beliau antara yang bertanggung jawab dalam tragedi pembunuhan beramai-ramai itu.  Apakah benar sejarah berdarah ini disebabkan tekanan dari UMNO? Atau ini satu perbuatan baling batu sembunyi tangan bagi membersihkan namanya yang bertanggung jawab dalam peristiwa Memali itu?

ALOR SETAR, 14 Okt (Hrkh) - Bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato' Radzi Sheikh Ahmad pernah menjelaskan bahawa polis mengambil tindakan menangkap Ustaz Ibrahim Libya pada bulan November 1985 lalu setelah ada desakan-desakan dari ahli Umno Bahagian Baling.

Keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 21 April 1987 dalam mukasurat enam itu, turut dijadikan sebahagian dari bukti dalam keterangan bertulis saksi plaintif, Azmi Salim, 53 dalam perbicaraan kes Memali yang disambung semula mulai semalam 13 hingga 15 Oktober ini.


Berita bertajuk, 'Radzi jelas sebab tindakan ke atas Ibrahim Libya' itu dikepilkan bersama keterangan bertulis Azmi yang mula memberi keterangan di Mahkamah Tinggi, di sini sebagai saksi ketiga plaintif.


Dalam keratan akhbar itu juga Radzi menjelaskan, desakan-desakan supaya polis dan Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan menyekat kegiatan PAS yang didakwa eksrtrim juga disuarakan di Perhimpunan Agung Umno pada bulan September 1985 (dua bulan sebelum tragedi Memali) oleh dua wakil Negeri Kedah, Yusof Rahman (Ketua Pemuda Kedah) dan Haji Abdul Manaf.


Keratan akhbar itu juga menyebut, Dato' Radzi berkata, antara orang yang sentiasa mendesaknya membuat tindakan ialah Ketua Umno Bahagian Baling, Haji Seroji Harun.


"Menurutnya, atas desakan dua orang wakil di Perhimpunan Agung Umno tahun 1985 beliau telah pergi ke Baling dan menemui ahli-ahli jawatankuasa Umno bahagian yang turut dianggotai oleh Setiausaha Politik Dato' Seri Sanusi Junid iaitu Encik Bahadur Shah."


"Mereka desak dan terus mendesak supaya sesuatu tindakan diambil."


"Bila balik ke Kuala Lumpur saya pun menyampaikan hasrat mereka kepada Datuk Musa (Menteri Dalam Negeri yang juga Timbalan Perdana Menteri," kata Dato' Radzi dalam laporan akhbar itu.


Plaintif iaitu 14 orang balu dalam kes pembunuhan kejam di Kampung Memali, Baling 19 November 1985 lalu, diwakili Mohideen Abdul Kader, Mohd. Taulan Rasul, Shabrimi Mohd. Sidek dan Fariz Irwan Dato' Mustaffa.


Perbicaraan dijalankan di hadapan Hakim Dato' Abdul Kadir Musa dan akan bersambung semula pada jam 10.30 pagi hari ini, 14 Oktober 2002.

SHAHIDAN AKAN BUAT TUNTUTAN TERBUKA PADA RAIS YATIM


Mantan Menteri Besar Perlis, Dato Seri Shahidan hari ini berkata, beliau akan membuat tuntutan terbuka kepada Dato Seri Utama Rais Yatim berkenaan beberapa pegawai-pegawai JASA di negeri Perlis yang telah hilang pegangan.  Terdapat pegawai-pegawai JASA di negeri Perlis  yang tugas sebenar  mereka adalah menyatukan rakyat dengan kerajaan telah menghentam beliau yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perlis  dan Ketua Bahagian UMNO Arau Perlis.

JASA atau Jabatan Hal Ehwal Khas merupakan satu agensi yang bertanggungjawab untuk menarik sokongan rakyat agar menyokong kerajaan. Tugas utama mereka menyampaikan berita baik mengenai kerajaan kepada rakyat. Tetapi lain pula dengan beberapa pegawai JASA di Negeri Perlis, tugas mereka memecah belahkan individu dan menghentam pemimpin-pemimpin UMNO Perlis lain yang tidak sebulu dengan Menteri Besar Perlis.

Dalam satu laman Facebook, seorang Pegawai JASA dari Bintong yang baru sahaja dilantik oleh Dato Seri Md Isa Sabu, telah mengeluarkan kenyataan biadap menghina dan memaki hamun Dato Seri Shahidan Kassim ketika beliau sedang mengerjakan haji di Makkah. Dari segi agama patutkan beliau memaki hamun seseorang yang berada di Makkah menunaikan fardhu haji dan wajarkah mereka yang dibayar gaji mengunakan duit rakyat, sibuk menghentam dan memaki hamun orang lain?

Dato Seri Shahidan Kassim juga berkata, jika pekara ini tidak diambil tindakan, beliau akan bercakap pada Perhimpunan Agung UMNO nanti dan beliau juga akan menyebut nama Pegawai JASA dari Bintong itu yang telah lupa akan tugas sebenar mereka.

Beliau yang juga merupakan Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) dan Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) telah beroleh satu kejayaan peribadi buatnya apabila atlet-atlet dibawah pimpinan beliau telah memperoleh 19 emas dari ASUM dan 6 emas dari KOAM di Sukan Sea Indonesia baru-bari ini. Ini merupakan satu pencapaian terbaik dan sejarah buat KOAM dan ASUM sejak berada dibawah pemimpin beliau.

Radzi Sheikh Ahmad & Tragedi Pembunuhan Memali



Masih ingatkah lagi anda semua dengan Tragedi Kg.Memali, Mukim Siong, Baling, Kedah Darul Aman? Radzi Sheikh Ahmad yang ketika itu memegang jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri  adalah salah seorang yang bertanggung-jawab dalam pembunuhan beramai-ramai itu. 

Pasukan Polis Hutan, FRU Kedah, Perlis dan Pulau Pinang telah diberitahu oleh Kementerian Dalam Negeri bahawa yang hendak diserang adalah sebuah kem komunis di sempadan Malaysia dengan Thailand tetapi sebenarnya mereka hendak menghapuskan pusat aktiviti Dakwah Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai 'Ibrahim Libya' yang banyak berjasa kepada penduduk Kg Memali dan persekitaran Baling.

Tragedi tersebut berakhirnya dengan pembunuhan beramai-ramai orang orang kampong Memali yang beragama Islam. Radzi Sheikh Ahmad yang bertanggungjawab dalam pembunuhan mangsa Memali masih hidup senang lenang bebas tanpa sebarang pendakwaan sementara waris waris Pembunuhan Memali masih terus menantikan pembelaan perundangan!

Kenapa sampai sekarang pihak perundangan negara ini boleh membiarkan sahaja pembunuh penduduk Kg Memali terlepas bebas tanpa sebarang pendakwaan?

Mana dia janji Karpal Singh untuk membela penduduk Kg Memali seperti dilaungkannya semasa Forum Keadilan di Dewan Sri Pinang pada tahun 1999? Hilang lesap ditelan masa.

Radzi atau sesiapa sahaja boleh terlepas di dunia ini, tetapi ingatlah nanti kita ada mahkamah kedua dengan hakim yang lebih adil. 

Ikutilah rakaman Tragedi Berdarah Kg.Memali di bawah ini :


Sumber