Masalah sistem peparitan dan pengurusan sampah yang tidak diselia. Setelah beberapa aduan telah dibuat kepada pihak berkuasa tempatan (MPK) namun tiada sebarang tindakan diambil malah wakil rakyat yang bertanggungjawab langsung tidak memperdulikan desakan penduduk Taman Bakau, Kangar Perlis.
Bayangkan rumah yang dibeli dengan hasil usaha penat lelah bekerja siang dan malam tidak dapat didiami dengan selesa seperti yang diimpikan. Menurut sepasang suami isteri yang mempunyai seorang bayi berusia 9 bulan, mereka terpaksa hidup dalam keadaan rumah yang berbau sampah setiap hari malah bahagian belakang rumah mereka juga dicemari bau busuk air longkang lama yang tidak diselenggara ditambah pula dengan gendola sampah yang dihantar ke tepi rumah mereka hari ini benar² mencabar kesabaran mereka.
Segala aduan yang dibuat hanya dipandang sepi malah wakil rakyat juga tidak ambil peduli. Saya berharap pihak bertanggungjawab dapat membantu pasangan ini bagi meneruskan kehidupan yang lebih selamat, kerana masalah ini banyak memberikan risiko kesihatan dan keselamatan kepada semua penghuni Taman Bakau, Kangar, Perlis.
Selamatkan mereka dari masalah taun, masalah pembiakan nyamuk dan pencemaran bau yang keterlaluan.