selamat datang 01 Pictures, Images and Photos

Ganjaran Hadiah Dan Wang Tunai Untuk Anda.

Dapatkan hadiah-hadiah menarik & wang tunai di sini. Daftar Segera. Berbaloi! [Klik Di Sini]

Berminat nak dapatkan Galaxy W
? [KLIK DI SINI]

Anda ingin peluang memenangi MPV? [KLIK DI SINI]


Followers

Benarkah sokongan terhadap UMNO Perlis semakin berkurangan?

RADZI SHEIKH AHMAD DAKWA TRAGEDI MEMALI KERANA DESAKAN UMNO


Genap 26 tahun lalu, terjadi satu peristiwa penting dalam sejarah Negara kita. Sejarah berdarah menyayat hati dan tidak mungkin akan dilupakan. Peristiwa yang dikenali sebagai "Tragedi Memali" ini berlaku di Kampung Memali yang terletak di bawah mukim Siong, Baling, Kedah. Lebih 3,500 anggota keselamatan dikerah membunuh Ibrahim Libya dan 13 orang pengikutnya. Mereka terbunuh di tangan anggota keselamatan yang lengkap dengan pelbagai senjata termasuk senjata automatik dan kereta kebal.


Dibawah ini, petikan dari akhbar Harakah pada 14 Okt 2002 bertajuk “Peristiwa Memali kerana desakan Umno - Dato' Radzi”.  Semasa tragedi Memali itu, Dato Seri Radzi Sheikh Ahmad ketika itu adalah Timbalan Menteri Dalam Negeri. Beliau antara yang bertanggung jawab dalam tragedi pembunuhan beramai-ramai itu.  Apakah benar sejarah berdarah ini disebabkan tekanan dari UMNO? Atau ini satu perbuatan baling batu sembunyi tangan bagi membersihkan namanya yang bertanggung jawab dalam peristiwa Memali itu?

ALOR SETAR, 14 Okt (Hrkh) - Bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato' Radzi Sheikh Ahmad pernah menjelaskan bahawa polis mengambil tindakan menangkap Ustaz Ibrahim Libya pada bulan November 1985 lalu setelah ada desakan-desakan dari ahli Umno Bahagian Baling.

Keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 21 April 1987 dalam mukasurat enam itu, turut dijadikan sebahagian dari bukti dalam keterangan bertulis saksi plaintif, Azmi Salim, 53 dalam perbicaraan kes Memali yang disambung semula mulai semalam 13 hingga 15 Oktober ini.


Berita bertajuk, 'Radzi jelas sebab tindakan ke atas Ibrahim Libya' itu dikepilkan bersama keterangan bertulis Azmi yang mula memberi keterangan di Mahkamah Tinggi, di sini sebagai saksi ketiga plaintif.


Dalam keratan akhbar itu juga Radzi menjelaskan, desakan-desakan supaya polis dan Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan menyekat kegiatan PAS yang didakwa eksrtrim juga disuarakan di Perhimpunan Agung Umno pada bulan September 1985 (dua bulan sebelum tragedi Memali) oleh dua wakil Negeri Kedah, Yusof Rahman (Ketua Pemuda Kedah) dan Haji Abdul Manaf.


Keratan akhbar itu juga menyebut, Dato' Radzi berkata, antara orang yang sentiasa mendesaknya membuat tindakan ialah Ketua Umno Bahagian Baling, Haji Seroji Harun.


"Menurutnya, atas desakan dua orang wakil di Perhimpunan Agung Umno tahun 1985 beliau telah pergi ke Baling dan menemui ahli-ahli jawatankuasa Umno bahagian yang turut dianggotai oleh Setiausaha Politik Dato' Seri Sanusi Junid iaitu Encik Bahadur Shah."


"Mereka desak dan terus mendesak supaya sesuatu tindakan diambil."


"Bila balik ke Kuala Lumpur saya pun menyampaikan hasrat mereka kepada Datuk Musa (Menteri Dalam Negeri yang juga Timbalan Perdana Menteri," kata Dato' Radzi dalam laporan akhbar itu.


Plaintif iaitu 14 orang balu dalam kes pembunuhan kejam di Kampung Memali, Baling 19 November 1985 lalu, diwakili Mohideen Abdul Kader, Mohd. Taulan Rasul, Shabrimi Mohd. Sidek dan Fariz Irwan Dato' Mustaffa.


Perbicaraan dijalankan di hadapan Hakim Dato' Abdul Kadir Musa dan akan bersambung semula pada jam 10.30 pagi hari ini, 14 Oktober 2002.

SHAHIDAN AKAN BUAT TUNTUTAN TERBUKA PADA RAIS YATIM


Mantan Menteri Besar Perlis, Dato Seri Shahidan hari ini berkata, beliau akan membuat tuntutan terbuka kepada Dato Seri Utama Rais Yatim berkenaan beberapa pegawai-pegawai JASA di negeri Perlis yang telah hilang pegangan.  Terdapat pegawai-pegawai JASA di negeri Perlis  yang tugas sebenar  mereka adalah menyatukan rakyat dengan kerajaan telah menghentam beliau yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perlis  dan Ketua Bahagian UMNO Arau Perlis.

JASA atau Jabatan Hal Ehwal Khas merupakan satu agensi yang bertanggungjawab untuk menarik sokongan rakyat agar menyokong kerajaan. Tugas utama mereka menyampaikan berita baik mengenai kerajaan kepada rakyat. Tetapi lain pula dengan beberapa pegawai JASA di Negeri Perlis, tugas mereka memecah belahkan individu dan menghentam pemimpin-pemimpin UMNO Perlis lain yang tidak sebulu dengan Menteri Besar Perlis.

Dalam satu laman Facebook, seorang Pegawai JASA dari Bintong yang baru sahaja dilantik oleh Dato Seri Md Isa Sabu, telah mengeluarkan kenyataan biadap menghina dan memaki hamun Dato Seri Shahidan Kassim ketika beliau sedang mengerjakan haji di Makkah. Dari segi agama patutkan beliau memaki hamun seseorang yang berada di Makkah menunaikan fardhu haji dan wajarkah mereka yang dibayar gaji mengunakan duit rakyat, sibuk menghentam dan memaki hamun orang lain?

Dato Seri Shahidan Kassim juga berkata, jika pekara ini tidak diambil tindakan, beliau akan bercakap pada Perhimpunan Agung UMNO nanti dan beliau juga akan menyebut nama Pegawai JASA dari Bintong itu yang telah lupa akan tugas sebenar mereka.

Beliau yang juga merupakan Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) dan Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) telah beroleh satu kejayaan peribadi buatnya apabila atlet-atlet dibawah pimpinan beliau telah memperoleh 19 emas dari ASUM dan 6 emas dari KOAM di Sukan Sea Indonesia baru-bari ini. Ini merupakan satu pencapaian terbaik dan sejarah buat KOAM dan ASUM sejak berada dibawah pemimpin beliau.

Radzi Sheikh Ahmad & Tragedi Pembunuhan Memali



Masih ingatkah lagi anda semua dengan Tragedi Kg.Memali, Mukim Siong, Baling, Kedah Darul Aman? Radzi Sheikh Ahmad yang ketika itu memegang jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri  adalah salah seorang yang bertanggung-jawab dalam pembunuhan beramai-ramai itu. 

Pasukan Polis Hutan, FRU Kedah, Perlis dan Pulau Pinang telah diberitahu oleh Kementerian Dalam Negeri bahawa yang hendak diserang adalah sebuah kem komunis di sempadan Malaysia dengan Thailand tetapi sebenarnya mereka hendak menghapuskan pusat aktiviti Dakwah Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai 'Ibrahim Libya' yang banyak berjasa kepada penduduk Kg Memali dan persekitaran Baling.

Tragedi tersebut berakhirnya dengan pembunuhan beramai-ramai orang orang kampong Memali yang beragama Islam. Radzi Sheikh Ahmad yang bertanggungjawab dalam pembunuhan mangsa Memali masih hidup senang lenang bebas tanpa sebarang pendakwaan sementara waris waris Pembunuhan Memali masih terus menantikan pembelaan perundangan!

Kenapa sampai sekarang pihak perundangan negara ini boleh membiarkan sahaja pembunuh penduduk Kg Memali terlepas bebas tanpa sebarang pendakwaan?

Mana dia janji Karpal Singh untuk membela penduduk Kg Memali seperti dilaungkannya semasa Forum Keadilan di Dewan Sri Pinang pada tahun 1999? Hilang lesap ditelan masa.

Radzi atau sesiapa sahaja boleh terlepas di dunia ini, tetapi ingatlah nanti kita ada mahkamah kedua dengan hakim yang lebih adil. 

Ikutilah rakaman Tragedi Berdarah Kg.Memali di bawah ini :


Sumber

Punca Kekalahan Man Utd. Penyokong MU Kena Ambil Tahu!!!



Perlawanan antara Manchester United VS Manchester City baru saja selesai. ManUtd kalah teruk pada ManCity setelah dimalukan di laman sendiri 1-6. 

Salah satu punca kekalahan ManUtd adalah kerana Alex Ferguson tidak menurunkan Ramli pemain dari Malaysia. Ramli sendiri dah berjanji dengan ayah dia yang dia akan buat ayahnya bangga satu hari nanti. 

Dari sumber yang boleh dipercayai, Ramli agak kecewa dengan tindakan Alex Ferguson kerana tidak menurunkan beliau pada perlawanan tadi, lalu beliau mengambil jalan mencari wang lebih dengan menjual burger di kawasan stadium untuk pulang ke Malaysia. 

Siapa Radzi Sheikh Ahmad Dan Apa Jasa Beliau Dalam UMNO?



UMNO telah ditubuhkan oleh Allahyarham Dato' Onn b Jaafar pada 11 Mei 1946 di Istana Besar, Johor Bahru, Johor, yang pada masa itu dinaung Almarhum Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, Sultan Johor.


 Pada 4 Feb 1988, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Dato' Harun Mahmood Hashim telah mengharamkan UMNO setelah puak-puak  yang kalah dalam perebutan kuasa Pemilihan Kepimpinan Tertinggi Presiden dan Timbalan Presiden UMNO Apr 1987 membawa isu pendaftaran sebuah cawangan ke proses perundangan.  


Puak-puak yang diketuai Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, telah mengumpul pengikut-pengikutnya dan menubuhkankan sebuah parti baru iaitu Parti Semangat 46, termasuk Dato Radzi Sheikh Ahmad.
Setelah UMNO diharamkan, Tun Dr Mahathir Mohamad  menubuhkan semula UMNO dgn nama UMNO BARU dan beliaulah yang menjadi ahli pertama.


Pada tahun 1996, Dato Radzi Sheikh Ahmad bersama-sama kumpulan bekas Parti Semangat 46 lain seperti  Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim, Dato' Zainal Abidin Zain,  Dato Ahmad Shabery Cheek, Dato' Manan Othman, Dato' Marina Yusuf, Dato' Paduka Rahmah Othman, Datin Ilani Ishak dan lain-lain telah diterima balik menjadi ahli UMNO semula.


Parti Semangat 46 ditubuhkan 11 Mei 1989 (diluluskan ROS pada 12 Okt 1989) dan menjalin kerjasama rapat dengan PAS, dikenali sebagai Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Jalinan ini dipanjangkan dengan DAP, PRM dan PBS dan dikenali sebagai Gagasan Rakyat.


Gagasan Rakyat hampir berjaya mengalahkan Barisan Nasional (BN), buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia, dalam Pilihanraya Umum ke IX Nov 1990. Walau bagaimanapun, UMNO dikalahkan mutlak dalam PRU IX itu dan pemerintahan Kelantan berubah tangan setelah 12 tahun berkuasa. Pilihanraya Umum keX Apr 1995 masih lagi menyaksikan BN mengekalkan tradisi menerajui pemerintahan Malaysia yang dipelopori Parti Perikatan semenjak 1955.


Demikianlah jasa Dato Radzi Sheikh Ahmad yang sebelum ini telah terbukti berusaha menjahanam dan hampir meruntuhkan UMNO. Kini sekali lagi Dato Radzi Sheikh Ahmad hadir dalam meruntuhkan UMNO.

UMNO di Perlis semakin berkucar kacir akibat ketamakan kuasa dari Dato Radzi Sheikh Ahmad yang kini merupakan Penasihat Menteri Besar Perlis dan Ketua Penerangan UMNO Perlis. Beliau sepatutnya mendukung perjuangan dan aspirasi orang orang melayu dan mengimbau balik perasaan sewaktu diterima semula kepangkuan UMNO dan harus jadikan sebagai iktibar.

Pelajar 16 Tahun Bunuh Anak Sendiri


KEJAM!!! Dunia akhir zaman. Buat ibu kepada bayi malang ini bertaubatlah sebelum anda ditaubatkan. Jadikanlah pengajaran kepada anda diluar sana. Ingatlah tuhan sebelum melakukan perkara yang terkutuk itu

Zaid Ibrahim Bakal Digulingkan Dari Jawatan Presiden KITA.


Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), yang ditubuhkan Januari lalu, kini bergolak apabila ramai anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti itu mengecam hebat tindakan "tidak beretika dan tidak mengikut perlembagaan" Presiden Datuk Zaid Ibrahim memecat anggota CWC baru-baru ini.

Tindakan memecat tiga anggota CWC - setiausaha pusat Abdul Latif A Tambi, bendahari Rashid Azad Khan dan anggota CWC Muhammad Firdaus Christopher - dikatakan dibuat tanpa sebarang sebab kukuh dan hanya menerusi surat tidak rasmi iaitu hanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
Dalam satu e-mel hari ini, seorang anggota CWC parti itu, Mohd Zahrein Zakariah berkata beliau akan memanggil satu mesyuarat agung luar biasa parti sebagai saluran undang-undang untuk mendesak Zaid meletak jawatan.

"Presiden telah menyimpang jauh daripada matlamat parti ditubuhkan. Tidak ada pergaduhan dalam KITA cuma ada mereka yang memutuskan untuk bercanggah dengan prinsip parti ditubuhkan dan ini termasuklah ketua parti Zaid Ibrahim.

"KITA bermatlamat menjadi parti pembangkang utama di Malaysia, dan kami tetap teguh dengan pendirian itu serta menjadi tanggungjawab saya menentang tindakan Zaid baru-baru ini yang berlawanan dengan prinsip parti," katanya.

KITA ditubuhkan Januari lalu selepas Zaid keluar daripada PKR tahun lalu, dan menyertai parti yang sebelum ini dikenali sebagai Angkatan Keadilan Malaysia.

Zaid didakwa menggantung keanggotaan Muhammad Firdaus kerana kenyataannya bersabit langkah parti itu memotong belanjawan operasinya manakala pemecatan Abdul Latif kerana dia enggan memberikan kata laluan laman sesawang KITA kepada presiden.

Semasa dihubungi, Muhammad Firdaus mendakwa ia bukan bersabit dengan belanjawan parti tetapi hanya satu helah mahu mengalihkan perhatian terhadap isu sebenar berhubung cara mana parti itu diuruskan.

"Zaid selalu membuat keputusan tanpa berunding terlebih dahulu dengan anggogta lain dalam CWC," katanya.

Dalam satu e-mel lain, anggota CWC dan penyelaras KITA Wilayah Persekutuan Dr Rajaratnam Gopal Pillai berkata Zaid tidak mahu mendengar nasihat daripada CWC dan anggota peringkat bawah.

"Ini kerana sifatnya yang angkuh dan enggan bertolak ansur dalam soal cara menguruskan parti KITA. Saya selalu menasihatinya supaya mendengar rungutan anggota parti," katanya.


"Dia tidak mahu mendengar pandangan anggota-anggota CWC yang lain dan jika keadaan ini berterusan lambat laun parti ini akan lebur dari dalam. Tindakannya memecat anggota parti baru-baru ini menimbulkan persoalan tentang niat sebenar perjuangan politik beliau," kata Dr Rajaratnam.

Katanya ramai berpendapat sekiranya masalah dalaman parti tidak diselesaikan segera, KITA tidak mampu bertanding dalam pilihan raya umum akan datang. - mk -

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN.


Salam kepada semua pembaca. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam. Saya juga ingin memohon maaf andai kata terkasar bahasa, tersilap kata ketika di dalam penulisan dan lain-lain lagi. Harap dimaafkan. Semoga hari raya kali ini disambut dengan penuh gembira dan bersyukur kepadaNya.