Ganjaran Hadiah Dan Wang Tunai Untuk Anda.
Dapatkan hadiah-hadiah menarik & wang tunai di sini. Daftar Segera. Berbaloi! [Klik Di Sini]
Berminat nak dapatkan Galaxy W? [KLIK DI SINI]
Anda ingin peluang memenangi MPV? [KLIK DI SINI]
Berminat nak dapatkan Galaxy W? [KLIK DI SINI]
Anda ingin peluang memenangi MPV? [KLIK DI SINI]
Followers
Benarkah sokongan terhadap UMNO Perlis semakin berkurangan?
NAIB PENGERUSI DAP PERLIS ORANG MELAYU
Cuba kita lihat dalam senarai jawatankuasa DAP
Perlis. Mana tersesat pula seorang
Melayu dalam parti tersebut. Apakah DAP
mengunakan orang melayu untuk bertapak di Perlis? Dan adakah melayu yang sokong pembangkang
sudah tidak percayakan PAS dan PKR lagi? Mereka sanggup pilih DAP sebagai parti
politik mereka. Mana maruah PAS sebagai parti melayu Islam yang mewakili
pembangkang, jika melayu pembangkang pun sudah tidak suka sama PAS.
Kalau semakin ramai melayu masuk DAP. Sudah pasti DAP
tidak memerlukan PAS dan PKR lagi untuk bertanding dalam kawasan melayu. DAP
sendiri sudah ada calon melayu dan tidak perlu lagi mereka hendak bergabung dengan
PAS dan PKR.
DAP sudah mula buat perancangan sendiri untuk mereka
menguasai kerajaan masa depan nanti.
Mereka sudah mula memikat orang melayu. Tak mustahil mereka akan tubuhkan sayap
Dap Melayu di Perlis. Pas dan Pkr hanyalah tongkat sementara sebelum rebah,
bila dah kuat, tongkat itu pun mereka akan buang.
“Janganlah jadi
seperti Pak Kaduk, menang sorak, kampung tergadai. Janganlah sudah terhantuk,
baru terngadah dan Janganlah sampai nasi menjadi bubur. Menyesal dahulu
pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. DAP sudah pasti bukanlah parti
untuk orang Melayu dan Bumiputera”
FACEBOOK MD ISA SABU TIPU RAKYAT
Mungkin sudah ramai yang telah tertipu dengan kewujudan
laman facebook Menteri Besar Perlis, Dato Seri Md Isa Sabu. Ada individu yang
telah memalsukan serta menyamar laman Facebook yang kononnya dari kepunyaan
Menteri Besar Perlis diatas nama (Md Isa Sabu).
Laman sosial Facebook itu dipercayai dikendalikan oleh
seorang individu bergelar “Halmey Hamdah” dan dikatakan mempunyai kira-kira
2,791 peminat ketika artikel ini ditulis.
Disyaki penyamar tersebut memuatkan maklumat peribadi dan
profile rasmi Menteri Besar Perlis serta penulisan dan perakuan yang cuba untuk
menipu rakyat.
Selain memuat naik gambar dan aktiviti Md Isa Sabu, individu
itu juga turut melayan komen-komen peminat yang menyangkakannya dirinya ialah
Menteri Besar Perlis.
Penyalahgunaan laman sosial itu merupakan satu perbuatan yang
serius lebih-lebih lagi apabila rakyat selalu mengadu masalah di dalam laman
facebook tersebut. Harap individu yang bertanggung jawab menghentikan segala penipuan
ini.
SHABERY CHEEK YAKIN KEMAMPUAN SHAHIDAN
“SAYA percaya apa yang berlaku dalam Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM)
berpunca daripada masalah dalaman persatuan itu terutama di kalangan pegawai
kerana saya masih yakin dengan kepemimpinan Datuk Seri Shahidan Kassim
(Presiden KOM) untuk menerajui KOM,” kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri
Ahmad Shabery Cheek.
Katanya, Shahidan bukan saja menerajui KOM tetapi turut memimpin Persatuan
Renang Amatur Malaysia (Asum) yang meraih 19 pingat emas dalam acara akuatik
pada temasya Sukan Sea di Jakarta baru-baru ini, sekali gus membuktikan
kepemimpinan beliau dalam memastikan kecemerlangan atlet di peringkat
antarabangsa.
“Jika kepemimpinan beliau (Shahidan) dipertikai tidak mungkin kejayaan memberangsangkan itu dicapai dengan keseluruhannya meraih 25 pingat emas termasuk enam menerusi atlet olahraga.
“Saya tiada masalah dengan Shahidan dan yakin dengan kepemimpinannya untuk
menerajui badan induk olahraga negara itu,” katanya selepas merasmikan
Konvensyen Pegawai-Pegawai Belia dan Sukan SeMalaysia di Kompleks Belia dan
Sukan Paroi Seremban, semalam.
Hashim Jasin Karektor Tua Dalam PAS Perlis
Pesuruhjaya PAS Perlis YB Ustaz Hashim Jasin seharusnya
tidak perlu lagi bertanding pada pilihanraya umum akan datang dan beliau
sepatutnya memberi peluang kepada orang yang lebih muda untuk mengemudi parti
tersebut di Perlis.
Bukan sahaja dalam UMNO, PAS juga harus memberi peluang kepada
golongan muda untuk melakukan
transformasi politik menerusi idea dan pendekatan baru.
Beliau yang kini sudah berusia 72 tahun, sepatutnya
mengambil keputusan untuk bersara dalam dunia politik dan menumpukan perhatian
kepada keluarganya. Berilah peluang
kepada orang yang lebih muda terutama YB Rus'sele
Eizan, Saudara Anuar Tahir dan
Saudara Jamil Kamis yang dilihat sesuai dan mantap bagi memacu negeri kecil yang sukar
dikuasai oleh PAS.
Md Isa Akan Letak Calon Sakit Pada PRU Akan Datang
Apa dah mabuk ke Md Isa Sabu ni? Kalau tahap kesihatan pun
dah tak “OK” macam mana nak berkhidmat pada rakyat? Lepas sebulan jadi wakil
rakyat, silap² kena buat pilihanraya
kecil pula. Dah tak ada calon lain lagi ke untuk Perlis? Ramai calon² muda di Perlis yang perlu diketengahkan pada PRU
akan datang. Mana pergi ketua pemuda Kangar, Arau dan Padang Besar? Kenapa
dipinggirkan?
KANGAR 19 Nov. – Kewibawaan calon yang boleh membawa kemenangan pada pilihan
raya umum adalah lebih penting daripada tahap kesihatan mereka, kata Menteri
Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu hari ini.
Beliau berkata, walaupun tahap kesihatan boleh diambil kira sebagai kriteria
pemilihan calon, apa yang lebih penting ialah mereka perlu berwibawa dan
mendapat sokongan pengundi.
Seseorang calon yang mempunyai masalah kesihatan tetapi berwibawa dan masih
boleh berkhidmat dengan sempurna tidak seharusnya diketepikan, katanya.
Beliau berkata demikian ketika menutup program wacana ilmuan negara (Winner)
peringkat Parlimen Kangar bertajuk “Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen:
Kesungguhan Kerajaan Membentuk Pilihan Raya Yang Telus” di Auditorium Jabatan
Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perlis di sini. - Bernama
Isteri MB Perlis mangsa facebook
KANGAR: Seorang individu tidak bertanggungjawab dipercayai menyamar sebagai isteri Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, dalam laman sosial facebook sebelum bertindak mengeluarkan kata-kata kesat terhadap beberapa pemimpin politik negeri itu.
Suspek berkenaan menyamar menjadi Datin Seri Asiah Asmuni iaitu isteri kepada Dr Md Isa dengan menggunakan panggilan ‘Asiah Cha’ dalam laman sosial itu.
Difahamkan, suspek yang baru mendaftar dalam laman itu bertindak mengeluarkan kata-kata berunsur ejekan kepada beberapa pemimpin parti di negeri ini dengan menggunakan gambar seorang gadis yang tidak dikenali.
Kata-kata di laman sosial suspek itu ialah ‘letih sungguh Datuk Radzi asyik kacau Bang Cha (Md Isa)’ yang disedari mangsa selepas dimaklumkan rakannya.
Mangsa kemudian tampil ke Balai Polis Kangar kira-kira jam 12 tengah hari semalam sambil ditemani beberapa rakan serta kenalannya sebelum membuat laporan polis.
Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, sebaik membuat laporan polis, mangsa diambil keterangan di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Perlis.
Menurutnya, mangsa memberi keterangan kepada pegawai penyiasat sehingga jam 4 petang bagi membolehkan siasatan terperinci.
psst! Ada juga yang berkenan nak jadi bini MB Perlis, mau jadi Siti Nurhaliza ok juga :D
RADZI SHEIKH AHMAD DAKWA TRAGEDI MEMALI KERANA DESAKAN UMNO
Genap 26 tahun lalu, terjadi satu peristiwa penting
dalam sejarah Negara kita. Sejarah berdarah menyayat hati dan tidak mungkin
akan dilupakan. Peristiwa yang dikenali sebagai "Tragedi Memali"
ini berlaku di Kampung Memali yang terletak di bawah mukim Siong,
Baling, Kedah. Lebih 3,500 anggota keselamatan dikerah membunuh Ibrahim Libya
dan 13 orang pengikutnya. Mereka terbunuh di tangan anggota keselamatan yang
lengkap dengan pelbagai senjata termasuk senjata automatik dan kereta kebal.
Dibawah ini, petikan dari akhbar Harakah pada 14 Okt 2002
bertajuk “Peristiwa Memali kerana desakan Umno - Dato' Radzi”. Semasa tragedi Memali itu, Dato Seri Radzi
Sheikh Ahmad ketika itu adalah Timbalan Menteri Dalam Negeri. Beliau antara
yang bertanggung jawab dalam tragedi pembunuhan beramai-ramai itu. Apakah benar sejarah berdarah ini disebabkan
tekanan dari UMNO? Atau ini satu perbuatan baling batu sembunyi tangan bagi
membersihkan namanya yang bertanggung jawab dalam peristiwa Memali itu?
ALOR SETAR, 14 Okt (Hrkh) - Bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato' Radzi Sheikh Ahmad pernah menjelaskan bahawa polis mengambil tindakan menangkap Ustaz Ibrahim Libya pada bulan November 1985 lalu setelah ada desakan-desakan dari ahli Umno Bahagian Baling.
Keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 21 April 1987 dalam mukasurat enam itu, turut dijadikan sebahagian dari bukti dalam keterangan bertulis saksi plaintif, Azmi Salim, 53 dalam perbicaraan kes Memali yang disambung semula mulai semalam 13 hingga 15 Oktober ini.
Berita bertajuk, 'Radzi jelas sebab tindakan ke atas Ibrahim Libya' itu dikepilkan bersama keterangan bertulis Azmi yang mula memberi keterangan di Mahkamah Tinggi, di sini sebagai saksi ketiga plaintif.
Dalam keratan akhbar itu juga Radzi menjelaskan, desakan-desakan supaya polis dan Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan menyekat kegiatan PAS yang didakwa eksrtrim juga disuarakan di Perhimpunan Agung Umno pada bulan September 1985 (dua bulan sebelum tragedi Memali) oleh dua wakil Negeri Kedah, Yusof Rahman (Ketua Pemuda Kedah) dan Haji Abdul Manaf.
Keratan akhbar itu juga menyebut, Dato' Radzi berkata, antara orang yang sentiasa mendesaknya membuat tindakan ialah Ketua Umno Bahagian Baling, Haji Seroji Harun.
"Menurutnya, atas desakan dua orang wakil di Perhimpunan Agung Umno tahun 1985 beliau telah pergi ke Baling dan menemui ahli-ahli jawatankuasa Umno bahagian yang turut dianggotai oleh Setiausaha Politik Dato' Seri Sanusi Junid iaitu Encik Bahadur Shah."
"Mereka desak dan terus mendesak supaya sesuatu tindakan diambil."
"Bila balik ke Kuala Lumpur saya pun menyampaikan hasrat mereka kepada Datuk Musa (Menteri Dalam Negeri yang juga Timbalan Perdana Menteri," kata Dato' Radzi dalam laporan akhbar itu.
Plaintif iaitu 14 orang balu dalam kes pembunuhan kejam di Kampung Memali, Baling 19 November 1985 lalu, diwakili Mohideen Abdul Kader, Mohd. Taulan Rasul, Shabrimi Mohd. Sidek dan Fariz Irwan Dato' Mustaffa.
Perbicaraan dijalankan di hadapan Hakim Dato' Abdul Kadir Musa dan akan bersambung semula pada jam 10.30 pagi hari ini, 14 Oktober 2002.
Subscribe to:
Posts (Atom)






