Mungkin sudah ramai yang telah tertipu dengan kewujudan
laman facebook Menteri Besar Perlis, Dato Seri Md Isa Sabu. Ada individu yang
telah memalsukan serta menyamar laman Facebook yang kononnya dari kepunyaan
Menteri Besar Perlis diatas nama (Md Isa Sabu).
Laman sosial Facebook itu dipercayai dikendalikan oleh
seorang individu bergelar “Halmey Hamdah” dan dikatakan mempunyai kira-kira
2,791 peminat ketika artikel ini ditulis.
Disyaki penyamar tersebut memuatkan maklumat peribadi dan
profile rasmi Menteri Besar Perlis serta penulisan dan perakuan yang cuba untuk
menipu rakyat.
Selain memuat naik gambar dan aktiviti Md Isa Sabu, individu
itu juga turut melayan komen-komen peminat yang menyangkakannya dirinya ialah
Menteri Besar Perlis.
Penyalahgunaan laman sosial itu merupakan satu perbuatan yang
serius lebih-lebih lagi apabila rakyat selalu mengadu masalah di dalam laman
facebook tersebut. Harap individu yang bertanggung jawab menghentikan segala penipuan
ini.
md isa tak ada facebook sendiri ke?
ReplyDelete