selamat datang 01 Pictures, Images and Photos

Ganjaran Hadiah Dan Wang Tunai Untuk Anda.

Dapatkan hadiah-hadiah menarik & wang tunai di sini. Daftar Segera. Berbaloi! [Klik Di Sini]

Berminat nak dapatkan Galaxy W
? [KLIK DI SINI]

Anda ingin peluang memenangi MPV? [KLIK DI SINI]


Followers

Benarkah sokongan terhadap UMNO Perlis semakin berkurangan?

ROMBAKAN KECIL KABINET : ADAKAH WAKIL DARI PERLIS TURUT TERSENARAI PADA PETANG INI?


Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein dan Presiden MIC, Senator Datuk G. Palanivel disebut-sebut akan dilantik sebagai menteri penuh dalam rombakan kecil kabinet yang khabarnya bakal diumumkan lewat petang ini.
 
Palanivel adalah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan pada 6 Disember tahun lalu diangkat sebagai presiden MIC menggantikan Datuk Seri S. Samy Vellu yang mengundurkan diri selepas 31 tahun menerajui parti itu.

Seorang lagi yang disebut-sebut bakal dilantik ke jawatan menteri penuh ialah Timbalan Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa, Datuk Mukhriz Mahathir.
Mukhriz baru sahaja dilantik sebagai timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kini sedang mempengerusikan mesyuarat mingguan Jemaah Menteri di Kompleks Seri Perdana, Jabatan Perdana Menteri.

Sehingga berita ini ditulis, adalah tidak diketahui siapakah yang akan digugurkan dari senarai kabinet Najib jika rombakan kabinet mengambil tempat.

Juga tidak diketahui apakah dengan pelantikan Palanivel, Datuk Dr S. Subramaniam yang buat masa ini menyandang jawatan Menteri Sumber Manusia akan terus kekal dalam kabinet Najib.
Subramaniam adalah satu-satunya wakil MIC dalam kabinet kerajaan persekutuan. Beliau kini adalah timbalan presiden MIC.

Khabar mengenai rombalan kabinet telah berulang kali disebut tetapi tidak menjadi kenyataan. MSO

* Bagaimana pula dengan orang kuat UMNO di Perlis? Adakah ada orang kuat UMNO Perlis dilantik menjadi menteri penuh pada pengumuman petang ini? Perlis antara negeri yang menjadi kubu kuat BN dan menang besar pada pilihanraya umum yang lalu. Tetapi sehingga kini masih belum ada wakil yang dilantik menjadi menteri di kabinet. Harap-harap pengumuman pada petang ini membawa berita gembira buat rakyat Perlis.

1 comment:

  1. 100% mmenang parlimen..tapi tak dak menteri pun dlm kabinet...dok kalut jaga mca n mic saja....
    piiirahhhh...

    ReplyDelete

Setelah membaca artikel di atas, tinggallah sedikit komen, supaya kita dapat berbincang mengenai isu tersebut dan berikan komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

* Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda.

* Elakkan dari mengunakkan nama Anonymous.
* Jika anda tidak tahu cara mengunakkan nama anda, ikut langkah berikut :

- Klik pada kotak di sebelah 'Comment as'
- Klick pada 'Name/URL' selepas tu isi nama anda, URL jika ada sahaja.
- Kemudian klik pada 'Continue' dan anda boleh terus menulis komen.

* Sila guna bahasa yang sopan dan berhemah ketika menulis komen.
* Hindari drpd menyentuh tentang sensitiviti individu, agama & perkauman.
* Segala komen yang ditulis atas tanggungjawab dan risiko anda sendiri.


- HARAP MAKLUM -