selamat datang 01 Pictures, Images and Photos

Ganjaran Hadiah Dan Wang Tunai Untuk Anda.

Dapatkan hadiah-hadiah menarik & wang tunai di sini. Daftar Segera. Berbaloi! [Klik Di Sini]

Berminat nak dapatkan Galaxy W
? [KLIK DI SINI]

Anda ingin peluang memenangi MPV? [KLIK DI SINI]


Followers

Benarkah sokongan terhadap UMNO Perlis semakin berkurangan?

Malek Noor Dari Seorang Jaguh Bina Badan Menjadi Lelaki Lembik, Dan Kini?

SETELAH lebih 10 tahun tidak berjumpa dengan Malek Noor, 53, ternyata jaguh bina badan Asia peringkat heavyweight sebanyak enam kali ini amat berbeza daripada dulu.Kalau dulu, apabila berjumpa mulutnya becok tak henti-henti bercakap pelbagai topik yang melucukan. Tetapi pertemuan minggu lalu menampakkan sisi lain Malek. Sifat lucu dan becoknya hilang tiba-tiba dan yang nyata Malek hari ini tidak sama dengan Malek ketika baru berlakon filem Ujang akhir tahun 1980-an.

Perbualan petang itu berkisar tentang aktivitinya hari ini. Selain menjalankan perniagaan membekal barangan fitness di bawah syarikatnya Sportec’s Divemate Sdn. Bhd. Malek juga berlakon dan kini sedang menjalani penggambaran drama Damak dengan memegang watak Tok Guru.Perbualan yang rancak petang itu, tiba-tiba menjadi hening seketika apabila Malek membuka rahsia hidupnya yang selama ini dipendam tanpa pengetahuan sesiapa.

“Dalam hidup saya hari ini, sebenarnya saya hanya mencari satu sahaja iaitu keredaan Allah. Walau apa juga yang saya lakukan untuk hidup, kejujuran adalah penting.

“Setiap waktu dan ketika saya sentiasa berdoa kepada Allah semoga menerima ibadat saya, ampunkan dosa saya dan semoga Allah tetapkan iman saya dan menjadikan saya manusia yang soleh,” kata Malek dengan suara sebak.

Siapa sangka, seorang jaguh bina badan yang nampak gagah dan perkasa tiba-tiba menjadi seorang yang boleh dikatakan ‘lembik’ tiba-tiba. Di satu sudut ruang coffee house di sebuah hotel di pinggir kota, Malek yang mulanya bersemangat tiba-tiba menangis menceritakan dosa-dosa yang telah dilakukan sebelum ini. Dengan suara sebak dan mata berkaca, Malek Noor bercerita:

“Saya terlalu banyak buat dosa. Saya betul-betul insaf sekarang. Setiap saat dan ketika sentiasa berdoa semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya. “Dulu saya jahat. Saya tidak ingat mati tapi kini saya betul-betul insaf. Kini setiap waktu walau sesibuk mana pun saya akan hadkan sekurang-kurangya 10 minit untuk menunaikan solat.

“Saya terlalu banyak buat dosa. Saya makan dan minum benda-benda haram. Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya takut, saya taubat dan saya menyesal.

“Andai waktu boleh berputar, saya ingin kembali zaman kanak-kanak. menjalankan kewajipan sebagai seorang Muslim yang sejati,” luahnya.

Zaman kanak-kanak

Mungkin ramai yang tidak tahu, ketika zaman kanak-kanak lagi Malek merupakan anak yang susah hendak berpuasa. Kalau berpuasa pun cuma di depan keluarga. Di belakang, Malek curi-curi makan dan minum. Tetapi itu di zaman kanak-kanak, apa yang dibuat mungkin manis didengar.

Bukan itu sahaja, malah sejak berusia 12 tahun dan sehingga umur meningkat 46 tahun, sebenarnya Malek tidak pernah berpuasa, apa lagi menunaikan solat lima waktu sehari.

“Saya lupa pada tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Saya tak sembahyang, saya tak berpuasa. Kesibukan saya merantau di Amerika dan Hong Kong selama lebih 30 tahun mengumpul harta kekayaan membuatkan saya lalai.

“Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya tidak pernah mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Apa yang ada dalam fikiran saya hanya mencari harta dan nama.

“Sehinggalah suatu hari pada tahun 2002 semuanya berlaku tanpa saya duga. Ketika itu saya dengan berseluar pendek berdiri di Penthouse saya berdepan dengan bangunan KLCC.

“Tiba-tiba saya terdengar azan sayup dari masjid berhampiran dan meresap ke jiwa saya. Saat itu saya jadi tak tentu arah. Saya masuk ke rumah dan berpusing-pusing entah berapa kali dan saya tak tahu apa yang saya cari.

“Selepas berpusing-pusing macam orang gila, satu jam saya tak bertenaga. Saya menangis dan terus menangis. Tiba-tiba saya teringat sesuatu dan terus berwuduk kemudian menunaikan solat Maghrib. Esoknya saya ke Jalan Masjid India dan membeli pelbagai kitab mengenai Islam dan saya turut membeli sebuah al-Quran,” cerita Malek.

Bagi Malek, walaupun keinsafan dan kesedaran itu datang ketika usianya 46 tahun, dia tetap bersyukur kerana tahu Allah masih sayangkannya. “Malam selepas saya bersolat taubat, saya bermimpi didatangi arwah ibu, Jariah Ahmad yang menaburkan bunga emas pada saya.

“Selepas peristiwa itu saya pergi semula ke Hong Kong tetapi bukan untuk menetap di sana. Sebaliknya saya uruskan pemindahan syer perniagaan KK Design dengan rakan kongsi sebab saya memang tidak mahu menetap di sana.

“Ketika itu saya sudah membuat keputusan, saya mahu menetap di Malaysia untuk mencari seorang Muslim yang soleh. Bukan itu sahaja, malah saya mahu menjejaki akar umbi budaya Melayu yang telah lama saya lupakan.

“Setelah semuanya selesai, sejak 2006 saya terus menetap di KL dan tidak lagi ke Hong Kong. Kini saya benar-benar merasakan hidup ini amat bahagia dan tenang.

“Dalam kotak fikiran saya, hanya mahu melakukan suruhan Allah dan berbakti kepada masyarakat. Saya tidak sanggup lagi hidup bergelumang dosa dan noda.

“Cukuplah apa yang saya dah lakukan selama ini. Saya benar-benar insaf. Sejak itulah semua piala yang saya menang sebagai Mr. Asia saya buang.

“Dulu rumah saya penuh dengan patung-patung, tapi…semua saya dah buang. Kini rumah saya hanya dihiasi ayat-ayat suci al-Quran.

“Saya amat bersyukur kepada Allah kerana sejak saya bertaubat, sudah tiga kali saya khatam membaca al-Quran. Bukan itu sahaja, malah sejak tahun 2006 saya sudah menunaikan puasa enam, syukur Alhamdulillah,” kata Malek.

Kini kata Malek, walau apapun yang dilakukan oleh kawan-kawannya beliau tetap bersabar. Malah ada kawan yang meminjam duitnya dalam jumlah yang begitu banyak dan tidak mahu membayar semula, dia tidak pedulikan semua itu.
“Sekarang saya benar-benar reda dengan apa yang berlaku. Sama ada dia mahu bayar atau tidak, saya halalkan kerana bagi saya semua itu hanya harta dunia.
“Kini hidup saya mencari keredaan Allah. Insya-Allah saya akan tunaikan umrah tidak lama lagi dan jika diizinkan saya juga mahu menunaikan haji tahun ini,” Malek menyambung cerita.

Menurut Malek, semua yang dilakukan kerana sedar Allah benar-benar sayangkannya dan menerima taubatnya. Bukan itu sahaja, malah mimpi berjumpa arwah ibunya yang memimpinnya masuk ke Masjidil Haram dan terus sampai di depan Kaabah benar-benar menggamit hati dan nalurinya untuk ke sana.

“Selepas saya menunaikan rukun Islam yang kelima, jika ada jodoh saya mahu berumah tangga dan membina keluarga bahagia yang hidup berlandaskan Islam.

“Penghijrahan saya ini bukan sahaja memberi kesan kepada saya, malah adik beradik yang lain juga gembira. Sebab itu saya nasihatkan anak-anak saudara saya kalau buat jahat pun biarlah ada ruang untuk kita bertaubat di hati ini,” kata Malek yang juga pernah membintangi filem Juara, Rimba Malam, Kelisa, Pendekar Mata Satu dan yang terakhir Sahabat pada tahun 1999.

MISTERI : Minyak Masak Gagal Dikesan Sekitar Perlis.


Minyak Ohh Minyak. Tadi ada seorang kawan beritahu, hari ni dia terpaksa melawat kedai-kedai di sekitar Kangar. Hampir 11 buah kedai dia melawat. Hajat utama lawatan dia, sebenarnya nak mencari minyak masak. Dari satu kedai ke satu kedai dia mencari, tak juga jumpa. Pelik juga. Orang Perlis sekarang ni masak pakai planta ka?

Pusing punya pusing, akhirnya jumpa juga minyak masak yang dicari. Itu pun setelah 11 kedai dikunjunginya. Tapi yang ada pun minyak Sri Murni dalam botol. Yang dalam paket, nampak raga kosong saja. Pi mana habis minyak masak ni? Memang tak ada? Atau kena sorok? Sapa harus dipersalahkan? Kita salahkan kerajaan, kerajaan salahkan pemborong, pemborong salahkan pengilang, pengilang salahkan kerajaan sebab kenakan cukai yang tinggi. Habis tu, sapa yang harus dipersalahkan?

* Jadilah macam lagu bangau oh bangau...

UMNO Perlis Berubah Atau Rebah?



Akhirnya teka-teki mengenai siapakah yang bakal mengemudi UMNO Perlis telah terjawab. Dato Seri Md Isa Sabu kekal sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis, manakala Dato Seri Shahidan Kassim dilantik menjadi Timbalannya menggantikan Datuk Zahidi Zainul Abidin yang telah digugurkan. Persoalannya, adakah Dato Seri Shahidan Kassim dan rata-rata ahli UMNO Perlis, menerima baik keputusan yang telah diumumkan oleh Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor itu?

Mungkin perit bagi Dato Seri Shahidan Kassim untuk menerima keputusan yang telah diumumkan itu, Bukan perit sebab dia diangkat menjadi Timbalan Pengerusi Perhubungan tetapi perit kerana terpaksa bekerja di bawah Menteri Besar Perlis, Md Isa Sabu, "pemimpin tua" yang menggantikannya sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis.

Semua sedia maklum, hubungan antara Dato Seri Shahidan dan Md Isa Sabu sudah menjadi seteru sejak sekian lama lebih-lebih lagi apabila berlaku gerakan nak menjatuhkan beliau ketika Pak Lah berkuasa dahulu, hasil pakatan Radzi Sheikh Ahmad, Azmi Khalid dan beberapa pemimpin UMNO Perlis termasuklah Md Isa Sabu sendiri. Dato Seri Shahidan telah ditolak sebagai Menteri Besar walhal beliau mengetuai gerakan mempertahankan Perlis daripada tumbang di tangan pembangkang ketika tsunami politik 2008 lalu.

Lalu apabila Tengku Adnan mengumumkan bahawa beliau akan menjadi Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis di bawah pimpinan Md Isa Sabu, sudah tentulah Dato Seri Shahidan Kassim tidak dapat menerimannya. Daripada menjadi seorang Pengerusi, beliau telah dilucutkan, dan kini dilantik menjadi Timbalan Pengerusi.Adakah ini satu penghormatan buat beliau yang telah lama berjuang bersama UMNO?

Bukan hendak mempertikaikan keputusan yang telah dibuat oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak, tetapi tertanya-tanya juga adakah sistem petunjuk prestasi utama (KPI) yang diperkenalkan dahulu masih diterima pakai, atau hanya "syok-syok" sahaja? Jika masih diterima pakai, adakah KPI Md Isa lebih baik daripada Dato Seri Shahidan Kassim.Dan adakah usaha melobi, ugut, dan campur tangan pihak ketiga sebahagian daripada sistem KPI?

Persoalan demi persoalan bermain difikiran, kemungkinan Dato Seri Shahidan Kassim hanya dipergunakan didalam perlantikkan ini dan mungkin juga Dato Seri Najib mahukan penyokong Dato Seri Shahidan Kassim, memberi sokongan buat Md Isa sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis.Yang lebih nyata dan jelas, kepimpinan UMNO, amat takut pada Radzi yang pernah menyebabkan UMNO dibubarkan suatu ketika dahulu. Mungkin ramai yang sudah melupakan episod hitam itu. Radzi jugalah yang memporak- perandakan UMNO Perlis menjelang pilihan raya umum 2008. Kepimpinan UMNO seolah-olah terpaksa membalas jasa Radzi yang memegang sesuatu rahsia besar ketika Radzi memegang jawatan Setiausaha Agung UMNO dahulu.

Apa yang berlaku pada PRU 12 lalu adalah kesilapan dari UMNO sendiri, dan jadikan ianya sebagai pengajaran kerana PRU 13 adalah detik genting halatuju UMNO untuk terus memerintah. Jangan sampai suatu hari nanti, Dato Seri Najib dipersalahkan, kerana beliaulah UMNO menjadi pembangkang. Berubahlah sebelum rebah.

Al Fatihah : Nik Aziz Meninggal Dunia


Berita Ringkas

Al Fatihah

Dari Allah kita datang dan kepadanya kita kembali

Nik Abdul Aziz bin Nik Mat telah kembali menemui Allah yang maha pencipta.
Marilah sama-sama kita doakan semoga urusan kuburnya dipermudahkan serta rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Berita lanjut KLIK pada link di bawah.


Sumber Web UtusanOnline (Klik)

Takziah diucapkan kepada ahli keluarganya.

Senarai Rasmi Pengerusi dan Timb Perhubungan UMNO Negeri.


Perlis
Pengerusi
- Dato Seri DR Md Isa Sabu
Timb Pengerusi
- Dato Seri DR Shahidan Kassim

Kedah
Pengerusi
- Dato Paduka Ahmad Bashah
Timb Pengerusi
- Dato Mukhriz Mahathir

Kelantan
Pengerusi
- Dato Seri Mustafa Mohamed
Timb Pengerusi
- Dato DR Awang Adek Hussin

Terengganu
Pengerusi
- Dato Seri Ahmad Said
Timb Pengerusi
- YB Yahya Bin Khatib

Pulau Pinang
Pengerusi
- Dato Zainal Abidin Osman
Timb Pengerusi
Datuk Haji Musa Sheikh Fadzir

Perak
Pengerusi
- Dato Seri DR Zambry Abd Kadir
Timb Pengerusi
- Dato Seri Ahmad Husnihanadzlah

Pahang
Pengerusi
- Dato Seri Adnan  Yaakob
Timb Pengerusi
- Dato Mohd Sharkar Shamsudin

Selangor
Pengerusi
- Dato Seri Najib Razak
Timb Pengerusi
- Dato Seri Noh Omar

W/Persekutuan
Pengerusi
- Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timb Pengerusi
- Dato Raja Nong Chik Dato Raja Zainal Abidin

Negeri Sembilan
Pengerusi
- Dato Seri Utama Mohamad Hassan
Timb Pengerusi
- Dato Shaziman Abu Mansor

Melaka
Pengerusi
- Datuk Seri Ali Rustam
Timb Pengerusi
- Datuk Wira Abu Seman

Johor
Pengerusi
- Dato Abdul Ghani Othman
Timb Pengerusi
- Datuk DR Abdul Latif Ahmad

Sabah
Pengerusi
- Datuk Seri Panglima Musa Aman
Timb Pengerusi
- Dato Mohd Salleh Tun Said

Rombakan Pemimpin UMNO Negeri Jam 3 Petang Ini.


Semua spekulasi mengenai perubahan dalam UMNO ekoran pengumuman mengenainya yang dibuat oleh Datuk Seri Najib Tun Razak diakhir Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini dijangka terjawab hari ini.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dijadual mengadakan sidang akhbar pada jam 3 petang ini.
Mengikut ringkasan jemputan liputan sidang media itu dari ibupejabat UMNO khusus menyebut ia mengenai beberapa perubahan dalam UMNO.

Fokusnya tentulah siapa yang ganti Pengerusi Perhubungan UMNO di lima negeri iaitu Wilayah Persekutuan,Selangor,Kedah,Terengganu dan Pulau Pinang yang kini disandang oleh ‘orang luar’.
Najib sendiri kini mengetuai UMNO Selangor, timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Pulau Pinang, Datuk Shafie Apdal Kedah manakala Datuk Seri Hishamuddin Hussein Terengganu.

Spekulasi hangat kebelakangan ini berkisar pada Negeri Terengganu dan Kedah.
Soalnya apakah Menteri Besar Datuk Ahmad Said akan dinobatkan sebagai Pengerusi Perhubungan ganti Hishamuddin.

Ini ekoran masalah politik yang diketahui umum antara beliau dengan kumpulan bekas Menteri Datuk Seri Idris Jusoh.
Tidak kurang menarik ialah siapa yang akan ganti Shafie mengetuai UMNO Kedah. Begitu juga halnya dengan penganti Muhyiddin di Wilayah Persekutuan. Selangor ikut ceritanya nama Datuk Noh Omar paling hangat diperbualkan untuk ganti Najib.

Manakala di Pulau Pinang besar kemungkinan Datuk Zainal Abidin Osman,Ketua UMNO Bahagian Nibong Tebal yang kini Timbalan Pengerusi Perhubunghan akan ambilalih tempat Zahid.
Asalnya perubahan ini dijangka dimumkan oleh Najib sewaktu sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada malam 30 November lalu.

Namun dalam sidang akhbarnya, Presiden UMNO itu memberitahu pengumumannya akan dibuat sebelum akhir tahun ini dan bukan malam itu.
Najib menjelaskan ini kerana beliau perlukan sedikit masa bersama-sama Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung untuk berjumpa dan berunding dengan beberapa pemimpin di peringkat negeri untuk lebih menentukan apakah tugasan dan jangkaan terhadap mereka.

Perdana Menteri bercuti mulai Ahad.
Oleh itu pengumuman mengenai perubahan itu dibuat oleh Setiausaha Agung UMNO.

JOHOR CORPORATION (JCORP) Nak Jual KFC ?


JCORP nak menjual KFC? Kenapa perlu dijual, sedangkan ia adalah lubuk emas yang sepatutnya tidak dijual. Begitu sayang perniagaan yang mendatangkan keuntungan cash flow yang cukup banyak hendak dijual begitu sahaja. Dah tak ada benda lain dah ka nak dijual? Perlu diingat, sumber utama pendapatan JCorp adalah KFC. Janganlah mudah tunduk kepada desakan ahli politik tertentu yang mempunyai kepentingan tersembunyi.

* Lihat laporan dari utusan malaysia (KLIK)

* Dan lihat di sini juga (KLIK)

EDISI SANTAI : Apa Anda Boleh Buat Selepas Makan KFC. [MESTI CUBA]


 Bagi anda yang bosan menunggu rakan anda menghabiskan ayam KFC. Kini anda boleh mencuba kekreatifan anda seperti gambar di bawah ini.








* Macam mana? Ok Tak? Selamat Mencuba :D