selamat datang 01 Pictures, Images and Photos

Ganjaran Hadiah Dan Wang Tunai Untuk Anda.

Dapatkan hadiah-hadiah menarik & wang tunai di sini. Daftar Segera. Berbaloi! [Klik Di Sini]

Berminat nak dapatkan Galaxy W
? [KLIK DI SINI]

Anda ingin peluang memenangi MPV? [KLIK DI SINI]


Followers

Benarkah sokongan terhadap UMNO Perlis semakin berkurangan?

Rombakan Pemimpin UMNO Negeri Jam 3 Petang Ini.


Semua spekulasi mengenai perubahan dalam UMNO ekoran pengumuman mengenainya yang dibuat oleh Datuk Seri Najib Tun Razak diakhir Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini dijangka terjawab hari ini.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dijadual mengadakan sidang akhbar pada jam 3 petang ini.
Mengikut ringkasan jemputan liputan sidang media itu dari ibupejabat UMNO khusus menyebut ia mengenai beberapa perubahan dalam UMNO.

Fokusnya tentulah siapa yang ganti Pengerusi Perhubungan UMNO di lima negeri iaitu Wilayah Persekutuan,Selangor,Kedah,Terengganu dan Pulau Pinang yang kini disandang oleh ‘orang luar’.
Najib sendiri kini mengetuai UMNO Selangor, timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Pulau Pinang, Datuk Shafie Apdal Kedah manakala Datuk Seri Hishamuddin Hussein Terengganu.

Spekulasi hangat kebelakangan ini berkisar pada Negeri Terengganu dan Kedah.
Soalnya apakah Menteri Besar Datuk Ahmad Said akan dinobatkan sebagai Pengerusi Perhubungan ganti Hishamuddin.

Ini ekoran masalah politik yang diketahui umum antara beliau dengan kumpulan bekas Menteri Datuk Seri Idris Jusoh.
Tidak kurang menarik ialah siapa yang akan ganti Shafie mengetuai UMNO Kedah. Begitu juga halnya dengan penganti Muhyiddin di Wilayah Persekutuan. Selangor ikut ceritanya nama Datuk Noh Omar paling hangat diperbualkan untuk ganti Najib.

Manakala di Pulau Pinang besar kemungkinan Datuk Zainal Abidin Osman,Ketua UMNO Bahagian Nibong Tebal yang kini Timbalan Pengerusi Perhubunghan akan ambilalih tempat Zahid.
Asalnya perubahan ini dijangka dimumkan oleh Najib sewaktu sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada malam 30 November lalu.

Namun dalam sidang akhbarnya, Presiden UMNO itu memberitahu pengumumannya akan dibuat sebelum akhir tahun ini dan bukan malam itu.
Najib menjelaskan ini kerana beliau perlukan sedikit masa bersama-sama Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung untuk berjumpa dan berunding dengan beberapa pemimpin di peringkat negeri untuk lebih menentukan apakah tugasan dan jangkaan terhadap mereka.

Perdana Menteri bercuti mulai Ahad.
Oleh itu pengumuman mengenai perubahan itu dibuat oleh Setiausaha Agung UMNO.

JOHOR CORPORATION (JCORP) Nak Jual KFC ?


JCORP nak menjual KFC? Kenapa perlu dijual, sedangkan ia adalah lubuk emas yang sepatutnya tidak dijual. Begitu sayang perniagaan yang mendatangkan keuntungan cash flow yang cukup banyak hendak dijual begitu sahaja. Dah tak ada benda lain dah ka nak dijual? Perlu diingat, sumber utama pendapatan JCorp adalah KFC. Janganlah mudah tunduk kepada desakan ahli politik tertentu yang mempunyai kepentingan tersembunyi.

* Lihat laporan dari utusan malaysia (KLIK)

* Dan lihat di sini juga (KLIK)

EDISI SANTAI : Apa Anda Boleh Buat Selepas Makan KFC. [MESTI CUBA]


 Bagi anda yang bosan menunggu rakan anda menghabiskan ayam KFC. Kini anda boleh mencuba kekreatifan anda seperti gambar di bawah ini.








* Macam mana? Ok Tak? Selamat Mencuba :D

Itu Perlis punya fasal, kata Harussani


Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mengakui keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan tidak membenarkan bukan Islam menjadi peguam syarie bukan dibuat secara sebulat suara. Bagaimanapun, anggota majlis tersebut berkata keputusan itu dicapai secara majoriti oleh ulama dan mutfi yang mengganggotainya. "Keputusan tidak membenarkan peguam syarie bukan Islam dicapai pada majlis muzakarah yang diadakan sebelum ini," katanya.

Isnin lalu, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya tampil menafikan bahawa kesemua anggota majlis itu bersetuju secara tuntas dengan larangan terhadap non-Muslim itu, malah sebahagiannya mahukan perkara itu diperhalusi. Ini kerana, menurut Dr Juanda, kertas yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak mantap dan tidak mempunyai asas yang kukuh daripada al-Quran dan al-Sunnah. Felo pelawat di Universiti Oxford itu berpendapat, dalil larangan yang dikemukakan bagi menyokong pendirian itu hanya bersandarkan ayat-ayat walayah (kepimpinan) sedangkan hal itu berkaitan persoalan wakalah (perwakilan). Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Harussani bagaimanapun menjelaskan sekiranya terdapat mufti negeri lain, seperti Perlis yang tidak bersetuju dengan pendapat itu tiada masalah tidak mengikutinya.

"Itu dia punya fasal," kata Harussani sambil menjelaskan majlis itu tidak memaksa kerana setiap negeri mempunyai sultan sebagai ketua agamanya sendiri. "Muzakarah Fatwa Kebangsaan kali ke-92 di Melaka baru-baru ini adalah untuk penyelarasan sahaja," jelasnya lagi. Ditanya pandangannya sendiri, mufti paling senior itu berkata: "Ingin saya tegaskan, macam mana orang bukan Islam hendak berhujah (sebagai peguam) sedangan mereka sendiri tidak tahu dan memahami nas al-Quran secara mendalam dan sebelum ini pernah ada masalah berlaku. "Perkara ini (peguam syarie bukan Islam) tidak perlu dihujahkan. Apabila seseorang itu berhujah (menentangnya) seperti beliau tidak percaya pada Al-Quran," katanya. MK

Fauziah Latif Kekasih Uncle Seekers?



Syed Abdullah Alattas membuka satu lembaran baru dalam kisahnya dengan bekas Permaisuri Agong Cik Puan Aishah bila menyiarkan gambar dia bermesra dengan penyanyi Fauziah Latif yang disebutnya sebagai 'sayang'.

Ini adalah update terbarunya selepas sebelum ini menceritakan dia sudahpun mempunyai seorang wanita yang disayanginya. Menurutnya wanita itu pernah hadir semasa dia beri kaunseling pada Cik Puan Aishah. Syed Abdullah menulis dia berharap akan berkahwin dengan wanita yang disebutnya sebagai ' sayang' itu.

Jika mengikut gambar terbaru yang disiarkan di laman blognya di bahagian 7 itu nampak jelas dia hendak memberitahu wanita berkenaan ialah Fauziah Latif, bekas isteri Johan Indot.

Fauziah sudah lama menjanda. Entahlah apa nak jadi dengan anak Alattas ini, semua VVIP dia 'sapu'...sudah-sudah lah apa lagi yang nak di hebahkan pada orang ramai.


* Uncle ooohhh Uncle, ekau gilo publisiti ke apo?

Pemilik Akaun Facebook 'Sultan Yang Setan' Ditahan Polis



Klik pada gambar untuk besarkan.
Akhirnya pemilik akaun facebook "Sultan Yang Setan" yang diburu sejak Ogos lalu kerana menyiarkan komen menghina institusi diraja Johor telah ditahan polis.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan, berkata lelaki berumur 40 tahun itu yang dipercayai mewujudkan akaun itu selepas kemangkatan Sultan Johor Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail pada Januari lalu, diberkas di ibu negara pada 29 November lalu.

Akaun berkenaan menggunakan alamat e-mel ''pendekar.bentan@gmail.com'' namun identiti yang digunakan adalah kepunyaan individu lain, katanya.

Syed Ismail berkata lelaki itu adalah bekas pelajar sebuah universiti tempatan.
"Motif suspek mewujudkan akaun itu adalah untuk memperjuangkan idealisme sendiri kerana siasatan mendapati beliau tidak terlibat dengan mana-mana politik," katanya.

Beliau juga menasihati orang ramai supaya "Jangan meulis sebarang unsur fitnah dan hasutan yang boleh menggugat ketenteraman awam dalam laman-laman sosial kerana polis mampu mengesan sebarang hebahan yang salah,"

Bom tangan ditemui di pusat pelupusan di Arau



Sebutir bom tangan ditemui di tempat pelupusan sampah di Padang Siding dekat Arau malam semalam ketika seorang pemandu jentolak sedang melakukan kerja-kerja meratakan sampah di situ.

Timbalan Ketua Polis Daerah Arau DSP Lee Swee Meng berkata pihaknya menerima panggilan pukul 8.15 malam kira-kira 15 minit selepas bom itu ditemui dan bergegas ke lokasi.

Bom tangan itu dikatakan ditemui pemandu jentolak itu yang mulanya tidak menyangka objek besi yang ditemuinya di pusat pelupusan sampah itu adalah bom tangan.

Bom itu dimusnahkan di lokasi terbabit pukul 9 pagi ini kerana usaha memusnahkannya malam semalam tidak dapat dilakukan berikutan hujan.

Lee yang ditemui dilokasi itu hari ini menasihati orang ramai agar melaporkan kepada polis sekiranya menemui sebarang objek ganjil dan meragukan untuk tindakan lanjut. Bernama

Pengakuan Lelaki BODOH Yang Mengaku Dirinya "GAY"



Azwan Ismail, 32 seorang jurutera, penyair & penulis merupakan salah seorang peserta kempen Seksualiti Merdeka yang menyokong individu yang memilih untuk hidup sebagai "gay", "lesbian" dan sebagainya. Kempen tersebut mendapat sokongan daripada pergerakan
It’s Get Better Project.

Dalam video ini, Azwan Ismail mengaku bahawa dirinya gay dan bangga dengan slogannya "Saya Gay, Saya OK".

Di sini aku tidak mahu menulis panjang tentang hukum atau implikasi perbuatan pemuda jahil ini. Semua orang tahu kisah Nabi Lut, hukum mengamalkan homoseksual, dan bahana yang bakal diterima oleh orang yang melanggar fitrah dan norma manusia.

Pesan aku pada lelaki ni, bertaubat la sebelum terlambat..!!

Videonya :-
Sumber : Pejuang Maya

* Apa kebodohnya mamat ni. sampai dah tak tahu hukum mengamalkan homoseksual. Ni lah manusia yang paling bodoh dalam dunia ni, yang bangga mengaku dirinya GAY. Memang dasar Al-Juburi. BODOH!!!