selamat datang 01 Pictures, Images and Photos

Ganjaran Hadiah Dan Wang Tunai Untuk Anda.

Dapatkan hadiah-hadiah menarik & wang tunai di sini. Daftar Segera. Berbaloi! [Klik Di Sini]

Berminat nak dapatkan Galaxy W
? [KLIK DI SINI]

Anda ingin peluang memenangi MPV? [KLIK DI SINI]


Followers

Benarkah sokongan terhadap UMNO Perlis semakin berkurangan?

Kes Sosilawati : Dua Orang Dipenjara 7 tahun Selepas Mengaku Bersalah.

Dua orang pekerja ladang yang terlibat dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain telah dikenakan hukuman penjara 7 tahun atas tuduhan melupuskan bahan bukti.

Tertuduh K Sarawanan, 19, dan U Suresh, 26, yang masing-masing menghadapi empat pertuduhan mengaku bersalah melupuskan bahan bukti dan didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan.

N. Pathmanabhan didakwa di mahkamah sama dengan niat bersama-sama dengan tiga lelaki lain termasuk seorang remaja belasan tahun membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.

Mengikut pertuduhan, Pathmanabhan dan tiga lagi tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu antara jam 8.30 hingga 9.45 malam, 30 Ogos lalu di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat.

U Suresh, 26, (tengah) dan K Saravanan, 19, (kanan)

UMNO Perlis Masih Leka.

"SAYA rasa tidak mustahil untuk PAS memenanginya. Manakala rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat pula dilihat berpeluang memenangi beberapa kerusi lagi," kata Pesuruhjaya PAS negeri, Hashim Jasin. Beliau bercakap semasa PAS Perlis melancarkan gerak kerja, sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13 dengan mensasarkan sekurang-kurangnya lapan kerusi DUN bagi merampas negeri itu dari BN. Bagaimanapun, beliau yang juga ahli jawatankuasa Dewan Ulama PAS 'merahsiakan' kawasan yang disasar parti itu.

PAS sudah bersiap sedia mengatur strategi untuk merampas Perlis pada pilihanraya akan datang. Adakah kepimpinan BN Perlis masih lagi leka dan dibuai mimpi? Selepas dua tahun kepimpinan UMNO Perlis bertukar teraju, apakah yang dilakukan oleh BN Perlis untuk menawan hati rakyat? Adakah BN Perlis masih selesa dengan kemenangan besar pada pilihanraya umum lepas yang ketika itu diketuai oleh Dato Seri Shahidan Kassim. Mahukah dilihat PRU 13 BN menjadi parti pembangkang di Perlis? Kembalilah memperkuatkan Barisan Nasional Perlis seperti zaman kepimpinan Dato Seri Shahidan Kassim bagi menghadapi pilihanraya yang akan datang.

Ibrahim Ali Dilucutkan Gelaran Datuk Oleh Istana Kelantan


Istana Kelantan hari ini melucutkan gelaran 'Datuk' yang dianugerah kepada presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali.

Selain Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas, gelaran Datuk bekas setiausaha kerajaan negeri, Datuk Wan Hashim Wan Daud juga ditarik balik. Sementara itu, dalam reaksi spontannya, Ibrahim ketika dihubungi oleh Malaysiakini mengesahkan beliau dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan pagi ini bahawa DMSK yang membawa gelaran 'Datuk' yang dianugerahkan kepadanya telah dilucutkan.

Pingat itu dikurniakan oleh Sultan Kelantan ketika itu, Sultan Ismail Petra.

“Saya tidak tahu sebab-sebabnya tetapi pada 7 Oktober lalu, saya ada menziarahi Sultan Ismail di Istana Mahkota. Sejak Sultan Ismail gering dan pulang ke Kelantan, inilah pertama kali saya melawat kerana hubungan peribadi saya amat rapat dengan Sultan Ismail.

Apapun, ia tidak menjadi hal pada saya dan saya terima dengan hati terbuka,” katanya dalam pesanan ringkas SMS kepada Malaysiakini. Menurut presiden PERKASA itu lagi, taat setianya kepada Sultan Kelantan sekarang, Tuanku Muhammad V tidak berbelah-bagi.

“Saya tetap dengan pendirian mempertahankan institusi raja kerana ia asas perlembagaan negara dan sebahagian daripada budaya Melayu menjunjung kedaulatan raja. Ampun Tuanku,” katanya. Ibrahim juga menjelaskan beliau masih bergelar 'datuk' kerana mempunyai dua lagi darjah - iaitu DPMS dan DMSM yang diterimanya daripada Selangor dan Melaka

MK

Pemimpin Perlis Masih Dibuai Mimpi

Tun Dr Mahatir pernah bergurau mengatakan Perlis terlalu kecil. Rasanya sebab itulah tak boleh nak dibuat lapangan terbang di negeri ini, bimbang Boeing 747 terlajak ke Siam sewaktu mendarat! Bagi UMNO Perlis, mungkin nampak lebih mudah untuk kemenangan BN sebab Negeri Perlis terlalu kecil. Di Perlis, PAS hanya mempuny...ai dua kerusi DUN iaitu Simpang Empat dan Sanglang. Mungkin mereka percaya kapal besar itu tak akan karam. Mereka tidak mahu belajar dengan apa yang berlaku di negeri sebelah utara yang diambil alih oleh pembangkang pada PRU 12 yang lalu. Hanya Perlis sahaja diantara negeri negeri sebelah utara yang masih kebal dengan kekuatan BN. Hakikat yang perlu disedari ialah bukan semua orang di Perlis menyenangi dan berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan yang ada. Perlis memang negeri yang kecil, tetapi rakyatnya berjiwa besar.

Majlis Perkahwinan Lebih Popular Dari Ke Angkasa Lepas.

Publisiti perkahwinan Dato' Dr Sheikh Muszaphar nampaknya lebih popular berbanding kepulangan Dato' Dr Sheikh Muszaphar dari angkasa lepas. Kerajaan telah menghabiskan duit untuk menaikkan nama Dato' Dr Sheikh Muszaphar.
 
Semoga Dato' Dr Sheikh Muszaphar boleh beri kemajuan pada diri dan orang melayu sendiri. Yang kita boleh berbangga sekarang ialah, apabila adanya orang melayu yang dah sampai ke angkasa lepas. Media merupakan peranan yang penting untuk menaikkan nama seseorang, tetapi berapa banyakkah media memainkan peranan menaikkan nama anak-anak melayu yang berjaya dalam bidang agama seperti bacaan al-quran dan hafazan al-quran? 


Kadang-kadang nampak jelas,  kita tak berapa nak balance between dunia dan akhirat itu yang menjadi banyak masalah dan tak tentu hala.

* Sumbangan artikel daripada seorang rakan facebook

PKENPs DAN PERNIAGAAN ARAK (SIRI 2)

Sumber : Syed Atief
              http://qunang.blogspot.com

Membuka Pekung?

1. Seandainya saya meneladani amalan politik primitif yang diamalkan oleh sebahagian besar pimpinan-pimpinan UMNO, saya perlu mengiyakan tindakan bobrok mereka atau setidak-tidaknya menyembunyikannya dalam poket.

2. Zaman menyembunyikan atau mengiyakan segala-gala kebobrokan pimpinan UMNO/BN sudah berlalu.

3. Tindakan menyembunyikan tindakan hanky-panky mungkin relevan dizaman cengkaman politik UMNO/BN begitu kuat dalam suasana keterbatasan maklumat alternatif lebih kurang 15 tahun yang lalu.

4. Hari ini, UMNO/BN berada dalam keadaan sama sekali tidak boleh melakukan kesilapan . Pimpinan UMNO/BN perlu teliti dan cermat dari melakukan tindakan yang tempang atau dilihat tempang oleh rakyat terbanyak.

5. Apabila YB Hashim Jasin (N15 Sanglang – PAS) bercakap mengenai penglibatan PKENPs dalam perniagaan arak dalam sidang Dewan Undangan Negeri pada 28 Julai 2010; nampaknya pekung sudah terbuka dan tembelang sudah pecah.

6. Oleh yang demikian, sekiranya saya menulis atas kapisiti sebagai pemimpin kecil UMNO, barang pasti saya tidak sepatutnya menulis tentang keburukan pemimpin-pemimpin UMNO. Akan tetapi, atas sifat kasih saya terhadap UMNO, setelah menyedari dengan begitu jelas bahawa isu ini akan menjadi “peluru besar” pembangkang di Perlis menjelang Pilihanraya Umum ke-13, saya perlu mengikut arus --- arus pengundi atas pagar non-partisan dan bukan arus membodek mengharapkan “hun” yang menjadi amalam segelintir pimpinan Pemuda UMNO.

7. Sekiranya saya ingin membodek untuk mendapat sedikit “hun”, saya harus bersetuju bahawa perniagaan ARAK adalah wajar dalam kerangka pembangunan dan kemajuan negeri Perlis! Saya harus berkata “betul! betul! betul!” bila sahaja berhadapan dengan Datuk Seri Md Isa Sabu atau askar-askar recondnya.

Pekung Yang Terbuka?

8. Berbalik kepada tindakan tempang oleh pentadbiran Md Isa, beberapa isu besar menjadi signifikan untuk diperdebatkan hari ini dan bukan beberapa hari sebelum Pilihanraya Umum ke-13.

9. Walaupun memanjat kerusi Menteri Besar melalui jalan belakang, Md Isa adalah Menteri Besar yang sah ketika berurusan dalam perniagaan ARAK dengan Ocean Chandlers Sdn. Bhd. (OCSB) diatas kapasitinya sebagai Pengerusi PKENPs. Oleh itu, Md Isa harus faham sensitiviti ARAK dalam masyarakat Islam apatah lagi untuk melibatkannya dalam usahasama dengan syarikat milik kerajaan negeri --- satu-satunya agensi kerajaan di Malaysia yang terlibat secara langsung dalam urusniaga ARAK.

10. Ketika 7 Eleven memulakan operasi di Perlis beberapa tahun sebelum Md Isa menjadi Menteri Besar, wujud reaksi ketidapuasan hati oleh golongan ibubapa dan guru bilamana ARAK dijual secara terbuka dan bebas dibeli oleh dua tiga kerat remaja Melayu. Datuk Seri Shahidan Kassim selaku Menteri Besar ketika itu lantas meminta agar penjualan ARAK dihentikan serta merta. Md Isa sepatutnya mengutamakan kesinambungan ketegasan pimpinan terdahulu dalam isu-isu sensitif sebegini.

11. Tindakan PKENPs menurunkan sewa bulanan dari RM 10,000 (oleh anak syarikat PKENPs) kepada RM 1560 (oleh OCSB) adalah insentif yang tidak munasabah memandangkan perniagaan tersebut tidak memberi apa-apa manfaat kepada penduduk tempatan, sementelah tenaga kerja pun sebahagian besarnya diimport. Alangkah mulianya sekiranya insentif sewa rendah sebegini diberikan kepada usahawan “middle-class” tempatan?

12. Peralihan urusniaga penyimpanan ARAK (dan barangan lain) kepada OCSB secara total mungkin dilihat bijak sebagai refleksi keinsafan selepas terkantoi dengan PAS. Akan tetapi, OCSB tidak pula diarah membayar balik puluhan ribu kos installation and comissioning untuk peralatan dan sistem yang telah dipasang di GBA Padang Besar. Sebaliknya, PKENPs terus menanggung bil internet broadband berjumlah RM500 sebulan sehingga hari ini. Hal yang demikian hakikatnya telah menurunkan lagi kadar sewa kepada hanya RM1060 untuk sebuah fasiliti pergudangan seluas lebih 10 ekar. Ianya jelas begitu rendah berdasarkan nilai urusniaga purata untuk perdagangan ARAK di premis ini yang menjangkau RM1.2 juta sebulan.

13. Kegagalan Md Isa untuk melindungi kepentingan PKENPs terlihat dengan jelas pada tenancy agreement yang dibuat secara licik dan tergesa-gesa bagi menyembunyikannya dari Lembaga Pengarah PKENPs. PKENPs, melalui tenancy agreement tersebut, bukan hanya sekadar bersetuju dengan kadar sewa murah malah bersetuju menggunakan kuasa dan pengaruhnya untuk MEMASTIKAN segala lesen dan geran untuk urusan penyimpanan ARAK diperolehi.

14. Tidak cukup dengan itu, Para 5 (The Second Schedule) membuka ruang usahama untuk memperluaskan perniagaan ARAK ini. “The landlord and the Tenant shall form a joint venture to manage and operate the complementary portion of this business” (Pemilik dan Penyewa boleh mengadakan usahasama untuk mengurus dan menjalankan operasi pada baki kawasan sekitar yang dimiliki oleh Pemilik).

15. Orang-orang bawahan Md Isa sebenarnya sejak dari pertengahan tahun 2008 lagi cuba mengaitkan Datuk Seri Shahidan Kassim dengan “syarikat NCER” apabila merujuk kepada Perlis NCER Trading. “Syarikat NCER” (Northern Corridor Economic Region) ini sebenarnya ditubuhkan sebagai anak syarikat PKENPs di era kepimpinan Shahidan untuk menguruskan gudang di Padang Besar sebagai sebahagian dari strategi meluaskan dry-port di sempadan Thailand-Padang Besar. Ketika itu, syarikat ini sama sekali tidak terlibat dengan urusniaga ARAK.

16. Sekiranya dirujuk kepada Enakmen Jenayah Dalam Syarak Negeri Perlis 1991 (Enakmen 4 tahun 1993), Seksyen 24(2): “Mana-mana orang Islam yang terlibat membuat, menjual, menghadiah, mempamer untuk jualan, MENYIMPAN, membawa atau membeli apa-apa ARAK atau minuman yang memabukkan adalah bersalah atas suatu kesalahan yang boleh disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali”. Adakah Kerajaan Negeri Perlis hari ini sebuah kerajaan “orang Islam”?

17. Ringkasnya, orang-orang muda ISLAM mendesak Pengerusi PKENPs supaya bersikap gentleman untuk mengakui kesalahan dan menamatkan operasi OCSB dengan serta merta. Demi nama baik parti keramat UMNO yang menjadi bahtera perjuangan orang-orang ISLAM, jangan lagi kamu berdolak-dalih bila sudah terkantoi!

PKENPs DAN PERNIAGAAN ARAK (SIRI 1)

Sumber : Syed Atief
              http://qunang.blogspot.com

Berikut disertakan kronologi penglibatan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Datuk seri Md Isa Sabu, dalam urusan perniagaan gudang arak.










Bayi Berusia Empat Hari Mati Diserang Monyet Liar

Seorang bayi perempuan berusia empat hari mati diserang seekor monyet liar di rumahnya berhampiran Happy Garden, Rasah di sini, petang ini. Bayi yang belum diberi nama itu cedera parah di kepala, telinga, leher dan muka akibat dicakar dan digigit oleh haiwan itu pada 1.15 petang tadi.

Datuk bayi itu, A. Valayutham, 75, berkata cucunya diserang ketika bayi itu berada di ruang tamu rumahnya.Katanya, sewaktu kejadian beliau berada di dapur manakala menantunya B. Revathy, 28, iaitu ibu bayi itu berada dalam bilik air.

"Pada mulanya saya berada di ruang tamu bersama cucu saya itu. Saya kemudian ke dapur untuk minum, namun apabila menantu saya keluar dari bilik air dia dapati bayinya tiada dan terdapat kesan darah.
"Menantu saya cemas dan meluru keluar rumah dan mendapati cucu saya berada di luar rumah dengan kesan darah di kepala dan badan.
“Jiran saya kemudian kejarkan cucu saya ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban namun didapati cucu saya telah meninggal dunia,” kata Valayutham.

Sumber BERNAMA