selamat datang 01 Pictures, Images and Photos

Ganjaran Hadiah Dan Wang Tunai Untuk Anda.

Dapatkan hadiah-hadiah menarik & wang tunai di sini. Daftar Segera. Berbaloi! [Klik Di Sini]

Berminat nak dapatkan Galaxy W
? [KLIK DI SINI]

Anda ingin peluang memenangi MPV? [KLIK DI SINI]


Followers

Benarkah sokongan terhadap UMNO Perlis semakin berkurangan?

Kronologi kehilangan Datuk Sosilawati dan tiga individu lain

6 September 2010
Media melaporkan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, hilang sejak 30 Ogos lalu selepas urus niaga pembelian tanah di Banting bersama peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38 dan pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44. Sosilawati dikatakan membawa RM4 juta bersamanya.

7 September
Dua kereta BMW, masing-masing dengan nombor pendaftaran WTL 11 dan AAJ 5, milik Sosilawati dan Ahmad Kamil ditemui. Kereta Sosilawati ditemui di Apartmen Angsana, Taman Subang Mewah, Subang Jaya; manakala kereta Ahmad Kamil ditemui di hadapan Hotel Dorsett di SS12, Subang Jaya. Keluarga Sosilawati menafikan mangsa membawa wang RM4 juta.

8 September
Polis melaporkan Sosilawati dan tiga individu lain masih dalam negara. Sosilawati mengunjungi kedai Fazz Enterprise Kerepek House di Kampung Sungai Lang, Banting pada jam 4 petang, 30 Ogos lalu. Noorhisham pula menghubungi isterinya untuk memaklumkan beliau tidak akan pulang tiga hari melalui telefon pada malam 30 Ogos.

9 September
Media melaporkan Sosilawati disembunyikan di lokasi rahsia oleh kumpulan tertentu kerana perselisihan perniagaan dan kewangan.

10 September
Kehilangan Sosilawati dilaporkan didalangi seorang ahli perniagaan bergelar Datuk. Polis menahan lima suspek berhubung kehilangan empat mangsa itu.

11 September
Polis menemui lokasi empat mangsa itu dibunuh dan mayat mereka dibakar di sebuah ladang di Teluk Gadong berhampiran Tanjung Sepat, Banting. Polis menahan ahli perniagaan bergelar Datuk dan adiknya.
Polis mengesahkan Sosilawati, Ahmad Kamil, Noorhisham dan Kamaruddin dipukul sampai mati, mayat mereka dibakar di Ladang Gadong, sebelum abunya dibuang ke dalam sungai.

12 September
-12.30am : Pihak media mula berkumpul di laluan masuk lokasi penemuan mayat.
-3.00am   : Polis terus mengawal lokasi penemuan mayat.
-8.00am   : Penduduk kampung mula memenuhi laluan masuk Ladang Gadong.
-9.10am   : Kelihatan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa memasuki lokasi dan meninggalkannya kira2 10 minit kemudian.
-12.10pm : Sepasukan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kimia Malaysia kelihatan memasuki kaasan lokasi penemuan mayat.
-2.00pm:    Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin mengesahkan Sosilawati bersama 3 lelaki yang dilaporkan hilang bersamanya mati dibunuh dan kesemua mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang di sebuah sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat. Polis juga turut menahan seoarang lagi individu.

* Sumber dipetik dari Berita Harian Dan Sinar Harian

Wajah Pembunuh Datuk Sosilawati Dan 3 Orang Rakannya



Datuk Pathmanabhan A/L Nalliannen
Surrendren adik Datuk Pathmanabhan
2 gambar tersebut merupakan suspek yang disyaki dalang pembunuh Dato' Sosilawati dan 3 orang rakannya ketika kita menyambut Hari Raya Aidilfitri.  Maklumat menyatakan Dato' Pantmanabhan adalah salah seorang peguam di Bar Council. Bayangkanlah penjenayah yang paling kejam berada dalam ahli majlis peguam, Nama ja peguam tapi undang-undang pun tak tahu. Kita hormati undang undang. Tapi ada juga peguam yang bahlul mempermainkan undang undang. Elok bakar ja peguam india ni depan org ramai.

ALFATIHAH buat mangsa Sosilawati Lawiya,Kamaruddin Shamsuddin, Noorhisham Mohammad,dan Ahmad Kamil Abd Karim. Semoga ALLAH mencucuri rahmat keatas mereka semua. AMIN.

Pembunuhan kejam Datuk Sosilawati dan 3 individu lain

Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dipukul sampai mati, sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai di Ladang Gadong, Tanjung Sepat di sini.

Polis menahan seorang peguam bergelar Datuk N. Patm****han dari Bar Counsil  dan adiknya, juga seorang peguam serta enam pekerja mereka. Keempat-empat mereka dipercayai diculik pada 30 Ogos lalu, dibunuh kemudian dibakar di kandang ternakan yang dikelilingi tembok di ladang kelapa sawit itu, manakala abu mereka dibuang ke Sungai Panchau, kira-kira dua kilometer dari tempat pembunuhan.

Difahamkan, Datuk terbabit yang dikatakan mempunyai ramai kenalan di kalangan orang kenamaan, dipercayai berperanan sebagai broker dalam urus niaga tanah bernilai RM4 juta di Pulau Pinang itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, pembunuhan kejam itu dilakukan di kawasan seluas 500 meter persegi dalam ladang seluas 1.6 hektar di Tanjung Sepat, Banting dekat sini. Menurut beliau, di dalam ladang itu, terdapat beberapa buah rumah kediaman serta tembok yang menghalang pemandangan dari luar.

“Bagaimanapun, hasil siasatan berdasarkan pengakuan-pengakuan suspek menjurus kepada kes kehilangan keempat-empat mangsa sejak 30 Ogos lalu.

“Kita percaya mangsa telah dimusnahkan dengan cara demikian (tahan, bunuh, bakar dan buang). Semua eksibit (bahan bukti) termasuk pisau dibakar menjadi abu. Mereka telah dibunuh dan dibakar di tempat yang sama.

“Pegawai polis kini sedang menyiasat untuk mencari bahan bukti dengan kerjasama Jabatan Forensik dan Jabatan Kimia di tempat kejadian,” katanya.

Ya Allah... KAU cucurilah rahmat, taufiq dan hidayah pada roh mereka yg terinaya ini. Dan KAU berilah balasan pada mereka yg melakukan kekejaman ini di dunia ini dan aku mohon agar balasan ini dapat dilihat oleh semua orang. Agar menjadi tauladan. Moga tiada lagi orang yg berbuat kekejaman begini. Sesungguhnya aku lihat sepertinya tiada lagi belas ikhsan perikemanusiaan dan kasih simpati di dunia MU ini. KAU tunjukkan lah ya Allah. AMIN.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

Tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut hari yang penuh kegembiraan iaitu Hari Raya Aidilfitri ataupun di panggil hari raya puasa. Jadi dikesempatan ini, saya selaku pemilik Fans Facebook Support Dato Seri Shahidan Kassim for Perlis Real MB dan blog http://perelih.blogspot.com ini dengan rasa rendah dirinya ingin menyusun sepuluh jari dan memohon ampun dan maaf sekiranya secara langsung ataupun tidak langsung telah melakukan kesalahan kepada pembaca fans dan blog ini. Dan dengan lapang dadanya saya ingin mengucapkan sekali lagi Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua sempena artikel yang terakhir sebelum tibanya hari raya. Moga bulan syawal nanti kita akan dikurniakan keberkatan apabila kita saling memaafi antara satu sama lain. Semoga anda semua bergembira di hari raya yang akan tiba nanti. Hari raya merupakan kemenangan pada umat Islam kita. Ramadan telah berakhir, kini syawal mula menjelma. Moga syafaat kita di bulan ramadan mendapat keberkatan selama-lamanya. AMIN...

Ajaran Sesat Di Perlis -9 orang Ditahan kerana Sambut Raya Awal Hari Ini

Orang raya hari Jumaat ni, tapi ada pulak golongan ajaran sesat yang teringin nak raya awal, siap sembahyang raya, ada khutbah raya lagi. Biar betul? Kejadian pelik yang sesat lagi menyesatkan ni berlaku di Perlis hari ni 8hb September.

Sembilan anggota termasuk empat sekeluarga ditahan selepas didapati menyambut Aidilfitri lebih awal di sebuah surau di Seriab, dekat sini, hari ini. Apa yang lebih menghairankan lagi, ketua ajaran sesat ini dan isterinya adalah dari kalangan pendidik. Si suami pesara guru, manakala si isterinya penolong kanan hal ehwal murid di sebuah sekolah rendah di Perlis. Mohon Jabatan Pelajaran Perlis mengambil tindakan tegas terhadap guru tersebut agar ajaran sesatnya tidak mempengaruhi guru guru dan murid murid di sekolahnya.

Petikan berita :
Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Abdul Malik Hussin berkata kumpulan berkenaan, dipercayai membawa ajaran dari Dumai, Indonesia, ditahan selepas dikesan menunaikan solat Aidilfitri di surau berkenaan pada pukul 8.30 pagi ini.

Semasa ditahan, kumpulan itu sedang mendengar khutbah yang disampaikan oleh ketua kumpulan itu, Shuit Ismail, 51, di surau berkenaan yang dipercayai menjadi markas kumpulan itu.

Kesemua anggota kumpulan itu kemudian dihadapkan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada sebelah petang dan mereka didakwa mengikut Seksyen 28 Enakmen Jenayah Dalam Syariah 1991 Negeri Perlis kerana mengingkari titah perintah Raja Perlis berhubung kentetuan tarikh bermulanya puasa dan Hari Raya.
Mereka yang berusia antara 19 dan 52 tahun itu, tidak diwakili peguam, mengakui bersalah atas tuduhan itu dan memohon hukuman ringan dengan pelbagai alasan termasuk menanggung beban hidup.

Ketua Hakim Syarie Perlis, Othman Ibrahim, kemudian menjatuhi hukuman denda RM1,000 atau empat bulan penjara ke atas Shuit manakala lapan yang lain dijatuhi hukuman denda RM900 atau tiga bulan penjara termasuk dua anak Shuit iaitu Zulhaq, 21 dan Hakimul Ariff, 19 dan isterinya Haslina Md Hashim, 50.
Lima lagi ialah Shahrizal Ahmad, 26, Ahmad Darus, 62, Kamaridan Man, 54, Shahrulnizan Yusof, 21, dan Norazlina.

Ramadan Bulan Keberkatan


Duit Raya Untuk Kakitangan Awam

Tahniah kepada semua kakitangan awam dan pesara-pesara kerajaan kerana telah mendapat imbuhan duit raya tahun ni dari Kerajaan Malaysia. Taniah juga kepada kakitangan awam dari Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Melaka kerana telah diumumkan akan mendapat bonus tambahan dari kerajaan negeri masing-masing. Adakah selepas ini akan menyusul beberapa negeri lain akan turut memberi duit raya kepada penjawat awam mereka? Bagaimana dengan negeri Perlis pula? Adakah Dato Seri Md Isa Sabu hanya mengambil keputusan untuk berdiam sahaja? Tak pernah dalam sejarah negeri, atau negeri bangkrap kerana membantu rakyat, termasuk memberikan duit raya kepada penjawat awam masing-masing. Apalah sangat nak dibandingkan ratusan setiap penjawat awam jika hendak dibandingkan sumbangan dan keperitan hidup mereka sekarang ini. Persiapan raya yang "ala kadar" belanja isi rumah lagi, dan komitmen persendirian lagi. Berilah satu butir senyuman kepada mereka. Mungkin rakyat Perlis ketika ini sedang menunggu pengumuman gembira untuk mereka dari kerajaan Negeri Perlis. Harap-harap kerajaan Perlis dapat mengambil contoh seperti kerajaan Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Melaka yang peka dan prihatin terhadap rakyat mereka.

Biadapnya Rakyat Indonesia

Kedutaan kita di Jakarta dibaling dengan najis dan Jalur Gemilang dipijak dan dibakar. Apakah reaksi rakyat Malaysia ke atas insiden ini? Pemimpin kita menggesa agar rakyat Malaysia mengibarkan Jalur Gemilang tetapi rakyar Indonesia memijak dan membakar Jalur Gemilang. Apakah ini harus dibiarkan begitu saja terhadap rakyat Indonesia yang kurang ajar ini?